Korea

10 tarikan Jeju yang membuatkan anda ingin terbang sekarang

Jeju-do ataupun Pulau Jeju merupakan pulau terbesar di Korea dan sangat terkenal dengan keindahan semula jadinya. Dengan adanya penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Pulau Jeju pasti membuat ramai yang teruja untuk meneroka keindahan di pulau ini.

 

Berikut kami senaraikan 10 tarikan utama Jeju yang pasti membuatkan anda ingin terbang sekarang.

1. Seongsan Ilchulbong

Kawah ini merupakan kawah yang terhasil daripada letusan gunung berapi bawah laut sejak 100, 000 tahun yang lalu. Datang awal pagi untuk melihat matahari terbit, serius anda pasti tidak akan menyesal!

1

Kredit via

2. Seopjikoji

Lokasi pengambaran bagi drama “All In”, “Gingko Bed,” “The Uprising,” dan juga “One Thousand and One Nights”. Anda boleh mendaki hingga ke kawasan atas dimana terdapat satu rumah api dan juga glasshouse berlatar belakangkan Seongsan lIchulbong.

2

Kredit via

3. Gimnyeong Maze Park

Sukakan cabaran? Cuba susuri laluan di Gimnyeong Maze Park ini tanpa menggunakan peta. Paling singkat pengunjung mampu menamatkan perjalan hanya dalam 5 minit. Tapi jika anda tidak bernasib baik, mungkin anda akan sesat hampir sejam.

3

Kredit via

4. Hallasan

Tempat yang wajib pergi buat si kaki gunung. Untuk sampai ke puncak Hallasan, terdapat beberapa laluan yang di sediakan. Jika anda baru sahaja mahu berjinak-jinak dengan hiking anda boleh mencuba laluan Eoseungsaengak. Laluan ini merupakan laluan yang terpendek dan boleh didaki lebih kurang 30 minit sahaja.

4

Kredit via

5. Jeongbang Waterfall

Merupakan satu-satunya air terjun di Asia yang mengalir terus ke lautan biru. Ia juga merupakan destinasi air terjun yang selalu menjadi tumpuan pelancong. Tidak hairanlah Jeongbang Waterfall disenaraikan sebagai “Top 3 famous Waterfall in Jeju-do”

5

Kredit via

6. Manjanggul Cave

Terowong lava terbaik di dunia dan merupakan monumen semulajadi yang boleh anda kunjungi jika ke Pulau Jeju. Terowong lava ataupun lava tube ini terhasil daripada limpahan lava gunung berapi dari dasar bumi yang mengalir ke permukaan tanah. Hanya 1km daripada 7.4km kawasan keseluruhan Manjangul Cave ini di buka kepada pengunjung.
6

Kredit via

7. Cheonjiyeon Waterfall

Cheonjiyeon bermaksud “penghubung langit dan daratan” dan merupakan air terjun paling cantik di Pulau Jeju. Untuk sampai ke Cheonjiyeon Waterfall, pengunjung perlu berjalan sekitar 10 hingga 15 minit sambil menikmati keindahan flora dan fauna yang terdapat di kawasan ini.

7

Kredit via

8. Jeju folk village

Salah satu perkampungan tradisional yang boleh anda kunjungi jika ke pulau Jeju. Terdapat hampir 120 rumah tradisional korea dan kemudahan yang disediakan di Jeju folk village. Di sini juga anda boleh menyaksikan persembahan kebudayaan tradisional Korea seperti Gilnori, Chaesangpan dan banyak lagi.

8

Kredit via

9. Marado

Sangat terkenal dengan jolokan pulau paling hujung di selatan Jeju pasti membuatkan anda seakan tidak ingin pulang. Untuk sampai ke sini anda perlu menaiki feri selama 30 minit. Cubalah berbasikal mengelilingi pulau kecil ini, pasti ia membuatkan anda benar-benar jatuh hati.

9

Kredit via

10. Camellia Hill

Nikmati keidahan bunga-bunga Camellia di Camellia Hill. Di sini terdapat lebih 6000 tanaman daripada 500 spesis Bunga Camellia. Pada musim panas, Festival Bunga Hydrangea turut dianjurkan di sini.

10

Kredit via

1 comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: