Eropah

Kesilapan Yang Sering Dilakukan Oleh Traveler Ketika Berkunjung Ke Eropah

winter_in_prague-wallpaper-2048x1152

Berikut ialah 5 kesilapan yang dilakukan oleh pelancong apabila berkunjung ke Eropah :

1. Mengabaikan Kesihatan dan Travel Insurans.

Sekali pandang, memang akan nampak benda ni remeh. Tapi cuba bayangkan, nak dijadikan cerita, tiba-tiba jatuh sakit, nak masuk hospital mahal dan tak mampu. Haa time tu nak menyesal memang tak ada guna dah. Kos perubatan dan ubat agak mahal disana. Kalau difikirkan balik, tak rugi pun ambil insurans ni sebenarnya. Bukan sahaja dapat cover kos perubatan, insurans ni dapat cover juga kalau tiba-tiba duit kita kena curi, passport hilang, flight delay, luggage bag hilang dan bermacam-macam lagi. Bak kata orang tua-tua, malang ni tak berbau. Kita tak tahu bila nak jadi.

(Tips: Kalau anda ni jenis ke luar negara lebih dari 2 kali setahun, seeloknya beli travel insurans yang cover untuk setahun terus. Lebih jimat

2. Bawa Terlalu Banyak Barang

Masalah bagi kebanyakkan pelancong terutamanya kaum hawa adalah backpack / bag terlalu berat. Bila terlalu berat, ianya akan beri kesan kepada mood kita. Biasakan buat senarai barang. Dan yang paling penting, sila ikut senarai barang yang telah dibuat. Faham, kadang-kadang kita selalu rasa tak cukup nak bawa baju sikit. Tapi masa ini lah dinamakan melancong dengan bijak. Belanja sikit duit untuk hantar dobi baju. Memang secara zahirnya nampak merugikan, tapi kalau badan sakit bawa beg berat, lagi la rugi.

3. Tidak berubah-ubah

Selalu ramai yang terlepas pandang part ni. Memang sebelum melancong dah buat jadual dan itinerary. Tapi tak semestinya anda kena ikut satu persatu. Sebagai contoh, ada sesetengah muzium beri percuma untuk tiket masuk pada hari-hari yang tertentu atau masa-masa yang tertentu. Disini la anda perlu jadi lebih fleksibel. Kadang-kadang memang anda dah buat kajian, tapi mungkin data yang anda dapat ketika buat kajian tu dah ketinggalan zaman. Dalam situasi lain pula, mungkin anda dah tetapkan dalam jadual, sepatutnya anda pergi ke kawasan sekian-sekian. Tapi adakalanya terpaksa ubah plan atas alasan cuaca yang tidak sesuai. Buat apa nak pergi tepi laut kalau memang tengok ramalan kaji cuaca pada hari itu adalah hujan atau ribut.

4. Berbelanja Tidak Mengikut Kemampuan

Sebelum travel ke mana-mana, pastikan anda buat pelan perbelanjaan terlebih dahulu. Dan paling penting, ketika melancong sila ikut pelan yang telah dibuat. Jangan terlalu teruja nak beli barang cenderahati sampai tak cukup duit untuk makan dan meneruskan perjalanan. Dari segi makan pula, tak salah jika nak merasa makanan lokal. Tapi kalau poket pun dah kering, lupakan sahaja keinginan-keinginan yang tidak sepatutnya.

(Tips: Simpan duit syilling didalam poket yang senang dicapai. Habiskan kesemua syilling sebelum berangkat pulang ke Malaysia. Duit syilling ini tak laku ya di Malaysia)

5. Tidak Membuat Salinan Dokumen Penting

Mungkin kadang-kadang kita ambil mudah dengan salinan passport, salinan kad bank, salinan tiket penerbangan dan juga salinan tempahan bilik. Kalau nak tahu, benda-benda ni adalah sangat penting terutamanya ketika sesi cop passport di balai ketibaan. Kadang-kadang pihak immigration ni mahu lihat anda bermalam di mana, dengan siapa dan kalau dia tak puas hati, dia nak lihat salinan tiket penerbangan balik Malaysia. Kalau tak puas hati lagi, boleh jadi anda dihantar pulang terus ke Malaysia. Haru ke tak? Mungkin anda akan cakap, tak apa, salinan tu semua ada dalam email. Perlu diingatkan, tak semua airport ada free wifi. Lagi pun kalau dah tengah panic, nama sendiri pun kita boleh lupa.

(Tips: Sentiasa print siap-siap salinan booking penginapan, pengangkutan dan juga passsport)

” ONCE YOU GO , YOU WIll FALLING IN LOVE ”

Sekian terima kasih.

semoga tips ini dapat membantu anda untuk pergi ke luar negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: