Negara- negara eropah sangat seronok dan menarik apabila kita kunjungi kerana keindahan alam semula jadi serta kreativiti masyarakat setempat yang membuatkan negara mereka menjadi tarikan bagi negara lain terutamanya negara Asia.
Disini kami kongsikan tips untuk mereka yang ingin melancong ke negara eropah dengan budget rendah tetapi menggunakan khidmat agen perlancongan.
1. Jikalau ke negara London
Saya cadangkan menggunakan Oystercard kerana ia akan menjimatkan perjalanan anda.
2. Elakkan Bercuti untuk Musim panas
Bulan Jun hingga September merupakan musim yang paling ramai pelancong ke Eropah, jika anda mahu bercuti dengan kos rendah , elakkan untuk pergi pada musim ini. Anda boleh pergi pada musim yang lain kerana kos melancong ke eropah pada musim panas berkali ganda mahal.
3. Bercuti dalam Kumpulan yang kecil atau besar
Orang kata berdua lebih baik dari seorang , lebih ramai lebih bagus kerana jika kita keseorangan, banyak kemungkinan yang akan berlaku dan diri mungkin akan sentiasa berada dalam bahaya.
Banyak kelebihan apabila bercuti berkumpulan , antaranya kita boleh kongsi bilik, bergambar bersama, kongsi kenderaan, boleh berkongsi pendapat untuk membeli belah. cuma masing – masing harus pandai bertolak ansur antara satu sama lain, supaya segala percutian berjalan dengan lancar.
4. Penerbangan tambang murah
Jangan abaikan kapal terbang tambang murah seperti, Easyjet, RyanAir, Wizzair dan banyak lagi pilihan tambang murah terbaik di Eropah. Rajin-rajin tengok promosi terkini di laman web mereka. Sesetengah orang pernahmembeli tiket penerbangan RyanAir dari Dublin ke Manchester dengan harga 5 Euro sahaja.
5. Belajar bahasa tempatan
Orang tempatan sangat menghormati jika ada orang luar cuba untuk bercakap bahasa mereka. Jika anda merancang untuk ke Sepanyol, hafal beberapa soalan penting dalam bahasa mereka. Saya pasti layanan mereka akan lebih mesra sebaik mendengar anda bertanya dalam bahasa Sepanyol.
6. Sediakan pakaian yang sesuai
Terutama pada musim sejuk kemuncaknya pada bulan Disember, Januari dan Februari. Suhu sesetengah tempat pada bulan tersebut boleh mencecah bawah paras beku -15°c. Pakaian dan kelengkapan musim sejuk sangat penting. Jaket tebal, baju thermal, sarung tangan, kasut bertutup dan penutup kepala.
7. Mengikuti perjalanan dengan berjalan kaki
Di kebanyakkan bandar besar di Eropah selalunya ada disediakan lawatan berjalan kaki secara percuma oleh pemandu pelancong tempatan, jangan lepaskan peluang, rajin buat carian di google.
Sangat seronok, jalan-jalan sambil dapat mendengar penerangan setiap tempat yang dilawati. Dapat tambah ilmu sekali.
8. Hati-hati dengan Penyeluk saku
Walaupun negara eropah maju, kegiatan penyeluk saku juga sangat maju dan laju. Jangan mudah terpedaya dengan orang disekeliling, sentiasa berhati-hati, kadang kala buat tidak tahu itu lebih baik dari melayan orang tidak dikenali di tepi jalan.
9. Simpan atau bawa sekali barang berharga anda semasa berada di dalam tandas
Orang kata sediakan payung sebelum hujan, lebih baik sediakan beg kalis air sebelum dikebas orang. Jika ke tandas untuk mandi, masukkan barang berharga anda ke dalam beg kecil dan bawa sekali ketika mandi, biarkan apa orang nak kata, asal tidak merana jika berlaku kecurian.
23. Kad Debit HSBC
Mengembara ke Eropah terutamanya ke United Kingdom kadang-kadang akan disoal siasat dengan pegawai imigresen. Antara soalan popular yang biasa ditanya ialah tentang duit belanja yang kita bawa.
Saya sendiri pernah ditanya ketika mengembara bersama isteri dan anak. Dalam dompet hanya bawa tunai tidak sampai 300 pound, rancang nak duduk tiga minggu.
Masa itu tidak mempunyai kad kredit, nasib saya baik kerana bawa kad debit HSBC. Jika tidak mungkin saya dan keluarga tidak dibenarkan masuk ke United Kingdom kerana disyaki untuk datang bekerja.
Kenapa kad HSBC? Kerana bank HSBC merupakan bank terkemuka dunia, seolah-olah siapa yang mempunyai akaun HSBC seperti orang berduit. Jadi bagi siapa yang tidak mempunyai kad kredit mungkin boleh buka akaun bank HSBC sebagai backup plan.
” ONCE YOU GO , YOU WIll FALLING IN LOVE ”
Sekian Terima Kasih.