Korea

Cenderahati Menarik untuk Dibeli Jika Melancong ke Korea Selatan

Apabila anda melancong ke Korea Selatan, anda pasti tertanya-tanya apakah cenderahati yang boleh dibawa pulang ke tanah air untuk dijadikan kenangan atau dihadiahkan kepada yang lain. Senarai di bawah akan memudahkan anda membuat pilihan.

11

1. Penanda Buku

Penanda buku menjadi pilihan mereka yang minat membaca dan ingin menambah koleksi penanda buku. Ada pelbagai pilihan penanda buku yang direkabentuk khas bagi melambangkan Korea. Ada yang dibuat dari besi, kertas dan kain. Pasti anda akan rambang mata untuk memilih dari puluhan rekaan yang cantik-cantik belaka. Ada yang melambangkan ciri-ciri tradisional seperti hanbok, ada yang menunjukkan tempat-tempat tarikan pelancong di Korea, dan ada yang mempunyai motif bendera Korea. Apa pun, pasti salah satu corak akan menepati citarasa anda. Bila terlalu banyak pilihan, anda mungkin  ingin memborong kesemuanya sekali!

22

2. Magnet Peti Ais

Jangan lupa untuk menambah koleksi magnet peti ais anda apabila melewati mana-mana kedai cenderahati. Magnet peti ais juga adalah antara cenderahati yang lazim dibeli oleh pelancong dalam jumlah yang banyak buat rakan-rakan dan saudara-mara. Harganya yang berpatutan dan rekabentuk yang unik antara faktor yang membuatkan pelancong gemar membelinya.

33

Kredit: Alan di Flickr 

 

3. Set Sudu, Garpu dan Chopstick

Rugi sekiranya ke Korea tanpa mendapatkan set sudu, garpu dan chopstick yang khas dibuat di Korea. Sekiranya anda gemar menikmati makanan Korea atau menonton drama Korea, anda akan tahu bahawa rekabentuk sudu dan garpunya sedikit berbeza dari negara-negara lain. Pemegangnya lebih panjang dan sudunya juga agak bulat. Chopstick Korea pula biasanya dibuat daripada besi. Ini adalah kerana makanan Korea yang banyak tertumpu kepada sayur jeruk membuatkan penggunaan chopstick besi lebih sesuai daripada kayu.

44

Kredit: anokarina di Flickr

4. Cawan

Menikmati kopi panas di dalam cawan comel dari Korea di rumah pasti akan mengingatkan kita tentang kenangan melancong Korea. Anda akan menyesal jika tidak membawa pulang cawan ini! Pilihan corak pelbagai warna akan menambah kecantikan rak di dapur anda. Gunakan cawan ini semasa di pejabat setiap hari, anda akan sentiasa terinspirasi untuk melancong ke pelbagai tempat menarik di serata dunia! Semangat anda untuk bekerja keras mengumpul wang pasti berlipat ganda.

55

5. Hanbok

Hanbok adalah pakaian tradisi Korea yang hanya terdapat di Korea. Bagi yang mempunyai budget lebih, anda boleh membawa pulang hanbok yang cantik. Harganya berbeza-beza mengikut saiz dan rekabentuk. Malah, ada juga hanbok untuk kanak-kanak yang pasti akan kelihatan comel bila mengenakan pakaian tradisi Korea ini.

66

6. Patung Korea

Patung Korea ini mengenakan pakaian tradisi Korea pelbagai corak dan warna. Sesuai dibuat koleksi yang akan mencantikkan lagi ruang tamu anda. Perincian yang halus pada patung ini menjadikan ia cenderahati yang istimewa.

77

7. Patung Comel

Korea terkenal dengan obsesi terhadap benda-benda comel seperti patung comel. Rekabentuk di Korea juga lain dari yang lain dan sukar didapati di negara lain. Patung-patung ini boleh didapati di Doota Mall, The Poong Lim Mart dan tempat-tempat lain. Hati-hati bila membawa kanak-kanak ke kawasan ini, mereka mungkin ingin membeli kesemuanya!

88

8. Topi

Topi memang banyak dijual di mana-mana kedai, tapi untuk mendapatkan topi berciri Korea, mungkin anda boleh mencari topi yang mempunyai tulisan Hangul. Tulisan Hangul dicipta oleh Maharaja Korea beribu tahun dahulu dan mempunyai nilai yang besar buat masyarakat Korea.

99

9. Kerongsang (Brooch)

Tidak sah kunjungan ke Korea tanpa singgah ke kedai menjual kerongsang yang banyak juga dieksport ke Malaysia. Namun apabila anda mendapatkannya di Korea, harganya jauh lebih murah. Hati-hati, kilauan dari keronsang-keronsang ini mungkin menambah kekeliruan anda semasa memilih!

10

10. Masker Wajah dan Alat Kosmetik

Korea Selatan sangat terkenal sebagai syurga kosmetik dan alat penjagaan muka terutamanya bagi kaum wanita. Kedai-kedai yang menjual alat-alat kosmetik berderet-deret di beberapa kawasan terkemuka seperti di Myeongdong. Di sini, anda boleh mendapatkan masker wajah yang dijual secara borong dengan harga yang jauh lebih murah daripada di Malaysia. Dapatkan stok selama setahun dan mungkin, impian anda untuk memilik kulit semulus selebriti Korea akan tercapai. Teknologi kosmetik di Korea juga lebih canggih, rugi sekiranya anda tidak membeli alat kosmetik dari Korea.

111

11. Kipas Tangan

Kipas tangan buatan Korea boleh dijadikan hiasan atau untuk disimpan di dalam beg tangan. Ada yang dibuat dari kertas yang lebih sesuai sebagai hiasan dan ada juga yang dibuat dari kain. Motif tradisional biasanya mempunyai tulisan hangul dan gambar pemandangan yang cantik.

222

Kredit: Gustavo M di Flickr

12. Stokin

Ada anak-anak yang menunggu kepulangan anda di rumah? Mungkin anda boleh mendapatkan stokin-stokin lucu pelbagai corak bergantung kepada minat anak-anak. Ada banyak karakter yang boleh dipilih seperti Gangnam Style, Big Bang, Sailormoon, Doraemon, Batman, Hello Kitty, puteri-puteri Disney, puteri Korea, dan pelbagai corak binatang comel. Cuba ingat, yang mana satu kegemaran mereka. Mereka pasti lebih seronok menyambut kepulangan anda!

333

Kredit: Chelsea Marie Hicks di Flickr

13. Beg Duit

Beg duit yang mempunyai motif Korea pula sesuai buat kaum perempuan. Pilihan warna yang sangat banyak pasti akan membuat anda rambang mata. Saiz beg duit juga berbeza-beza mengikut keperluan anda. Beg duit syiling lebih kecil dan ada juga pilihan beg yang bersaiz sederhana.

444

Kredit: Paul B. di Flickr

Jangan lupa membeli cenderahati yang telah disebutkan. Menyesal kalau tak beli sebelum pulang ke tanah air!

 

6 comments

  1. assalam sis
    nak tanye kalau kat incheon ni barang2 nak beli untuk cenderahati kat mana ye selain kena pergi pekan..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: