Japan

6 Restoran Halal dan Mesra Muslim di Jepun

1

Kredit via

Bukan mudah untuk mendapatkan makanan Halal di Jepun. Penduduk muslim di negara matahari terbit ini masih lagi dikategorikan sebagai golongan minoriti. Namun jangan risau, artikel ini kami kongsikan beberapa restaurant makanan halal dan mesra muslim yang boleh anda cuba jika berkunjung ke Jepun.

 

1. Halal Ramen Gion Naritaya

2

Kredit via

Jika anda pengemar ramen, tidak sah sekiranya tidak berkunjung ke restoran ini. Terletak di Gion, Kyoto, restoran ini menyajikan pelbagai jenis ramen asli yang pasti membuatkan anda terliur. Restoran ini juga merupakan Restoran Naritaya yang pertama mendapat pengiktirafan halal daripada JAKIM Malaysia. Kemudahan ruang solat turut disediakan di Halal Ramen Gion Naritaya bagi kemudahan penguna.

 

Alamat: Ability Gion Bidg. 1F, 424 Rinkacho, Higashiyama-ku, Kyoto-shi, Kyoto 605-0062

No Tel: 075-531-8200

Waktu Operasi: 11AM – 10PM

Harga: 700 JPY – 1,700 JPY

Akses: 8-10 minit berjalan kaki dari Gion Shijo Station

 

2. Ganko Sanjo Honten

3

Kredit via

Restoran ini merupakan salah satu restoran shushi halal yang boleh anda dapati di Kyoto. Pelbagai variasi shushi boleh didapati di sini dengan harga yang sangat berpatutan.

 

Alamat: 101 Nakajima-cho, Sanjo-dori, Kawaramachi Higashi iru, Nakagyo-ku, Kyoto

No Tel: +81 75-255-1128

Waktu Operasi: 11AM – 11PM

Harga: 600 JPY – 2,000 JPY

Akses: 2 minit berjalan kaki dari Sanjo Station

 

3. Ramen Honolu Osaka

4

Kredit via

Restoran ini dibuka atas permintaan yang tinggi dikalangan pelancong muslim yang datang ke Osaka. Ramen Honolu Osaka terletak tidak jauh dari JR Namba Station dan menu-menu yang disajikan pasti tidak akan mengecewakan anda. Pilih sahaja Rich Chicken  Soy-sauce ataupun Rich Chicken Flavor Ramen untuk menikmati rasa ramen yang asli. Jika anda sukakan makanan yang lebih pedas, Spicy Ramen Chili ataupun Curry flavor merupakan pilihan yang tepat.

 

Alamat: 2 Chome-5-27 Motomachi, Naniwa Ward, Osaka

No Tel: +81 6-6710-9604

Waktu Operasi: 11.30AM – 2.30PM / 5.30PM – 9.30PM

Harga: 700JPY – 1,200 JPY

Akses: 10 minit berjalan kaki dari JR Namba Station

 

4. Matsuri

5

Kredit via

 

Satu lagi restoran halal di Osaka yang menyajikan pelbagai jenis makanan tempatan Jepun seperti shushi, takoyaki, okonomiyaki, ramen dan lain-lain. Matsuri yang bermaksud festival dalam bahasa Jepun dan merupakan restoran pertama di Jepun yang menyediakan takoyaki halal. Di sini anda tidak perlu gusar kerana ruang solat juga turut di sediakan bagi kemudahan pengunjung.

 

Alamat: 3 Chome-27-17 Yoshino, Fukushima Ward, Osaka, Osaka Prefecture 553-0006, Japan

No Tel: +81 6-6940-6633

Waktu Operasi: 11AM–2PM /  5PM–11PM

Harga: 580 JPY –  1,800 JPY

Akses:  5 minit berjalan kaki dari Nodahanshin Station

 

5. Ramen Sasuke Sapporo Clock Tower

6

Kredit via

Terletak di Sapporo, Restoran Ramen Sasuke Sapporo Clock Tower ini sangat terkenal dengan Samurai Ramen. Menu ramen di restoran ini diakui bebas alkohol dan daging khinzir. Selain itu daging yang di gunakan dalam masakan merupakan daging yang diperbuat daripada kacang soya yang pasti menambat selera anda.

 

Alamat: Tokeidai Bldg. B1F, Nishi 2 chome, Kita 1 jo, Chuoku, Sapparo-shi, Hokkaido 060-0001

No Tel: 011-210-7333

Waktu Operasi: 11:00am-10:00pm

Harga:  680 JPY

Akses: 5 minit berjalan kaki dari Odori Station

 

6. Tentei, Narita Airport

7

Kredit via

Jemu dengan ramen sepanjang di Jepun? Anda boleh cuba Udon dan juga tempura halal di Tentei Restoran. Restoran ini terletak di tingkat empat Lapangan Terbang Antarabangsa, Narita dan diperakui halal oleh Malaysian Halal Consultancy & Training Agency (MHCT). Jika anda ingin melihat sendiri bagaimana tempura dimasak, anda boleh memilih untuk duduk berdekatan dengan kaunter. Jangan risau tiada bayaran tambahan dikenakan.

 

Alamat: 4F, Narita Airport Terminal 2,1 Furugome, Narita-shi, Chiba

No Tel: +81-47634-6133

Waktu Operasi: 7:30 AM – 9:00 PM

Harga: 980 JPY – 1,500 JPY

Akses: Narita International Airport Terminal 2.

1 comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: