Australia

Empat Musim di Perth: Keseronokan yang Luar Biasa

Kepelbagaian musim yang terdapat di Perth serta lokasinya yang menghadap Lautan Hindi menjadikan ia salah satu destinasi percutian paling menarik untuk diterokai. Berikut adalah panduan empat musim bagi memudahkan anda memilih waktu paling sesuai untuk melancong ke Perth

Musim Bunga (September – November)

Spring in Perth_2.jpg
Kedit via

Bermula pada awal bulan September dan berakhir pada hujung bulan November. Pada musim ini, cuasa selalunya cerah dan suhu tidak terlalu panas terutamanya dalam bulan Oktober/November. Secara amnya cuaca amat baik dan adakalanya hujan akan turun sekali sekala. Purata Suhu sekitar 15°C – 26°C

Travel Tips:

  • Nikmati keindahan bunga liar yang memukau di taman-taman negara Perth.
  • Menjelajah ke Penguin Island untuk melihat sendiri penguin terkecil di dunia.
  • Bersiar-siar sambil menyaksikan bunga-bunga Tulip yang berkembang mekar di Araluen Botanic Park.

Musim Panas (Disember – Februari)

 

gpoelectriccanvascamcampbell11.jpg
Kredit via

Bermula pada bulan Disember dan berakhir pada penghujung bulan Februari. Cuaca panas beransur terik menjelang bulan Januari dan udara sangat kering ketika itu. Namun fenomena “Fremantle Doctor” ataupun tiupan agin dari arah barat laut dan selatan membantu menurunkan suhu disekitar Perth pada musim ini.

Travel Tips:

  • Rasakan keajaiban musim cuti dengan dekorasi dan kilauan lampu Krismas di Perth City Festival of Christmas.
  • Raikan sambutan tahun baru di Origin NYE yang juga merupakan pesta terbesar di bandar Perth

Musim Luruh (Mac – Mei)

IMG_3303-1.jpg
Kredit via

Bermula pada bulan Mac sehingga hujung bulan Mei. Selalunya suhu yang tinggi pada waktu siang dan beransur sejuk menjelang malam. Sangat sesuai untuk melakukan pelbagai aktivti luar seperti mendaki bukit, berbasikal, berkanu dan sebagainya.

Travel Tips:

  • Berbasikal mengelilingi Rotness Island dan berswafoto bersama Quokka
  • Ikuti pelayaran ikan lumba-lumba di sepanjang pesisir pantai Perth, Rockingham dan Mandurah

Musim Sejuk (Jun – Ogos)

Perth Winter Wonderland.jpg
Kredit via

Bermula pada bulan June sehingga penghujung bulan Ogos. Pada musim ini, hujan akan turun hampir setiap hari. Suhu pada waktu siang amat sejuk biarpun tiada hujan. Dan yang paling penting untuk anda tahu di Perth tiada salji ya!

Travel Tips:

  • Bersiar-siar di Kings Park sambil menikmati keindahan wildflower dan panorama Bandar Perth dari sudut yang berbeza
  • Bergembira meraikan perayaan musim sejuk terbesar di City of Perth Winter Arts Festival.

1 comment

  1. Wow menarik info ini. Adakah di musim sejuk kita perlu memakai baju tebal juga walaupun tiada salji turun di Perth pada bulan Jun-Ogos?

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: