China

Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Ke Disneyland Shanghai

Disneyland Shanghai merupakan Taman Tema antara Terbesar Di Dunia . Admin kongsikan beberapa perkara yang korang perlu tahu sebelum kesini .

Disneyland Shanghai ialah sebuah taman tema yang mula dibina pada tahun 2011 dan dibuka pada tahun 2016. Ia terletak di Pudong, Shanghai, China. Taman tema Disneyland Shanghai merupakan taman tema Disney kedua terbesar selepas Walt Disney World Resort di Florida. Bayangkan keseronokan meneroka taman tema yang besar ini!

0

Kredit: Ryutaro Koma di Flickr

1. Bermalam di Hotel

Pasti satu hari belum cukup untuk anda meneroka taman tema yang cukup besar ini. Untuk menikmati sepenuhnya Disneyland Shanghai tanpa tergesa-gesa, anda boleh bermalam di Shanghai Disneyland Hotel. Apabila anda bermalam di sini, anda dapat merasakan pengalaman Disneyland secara menyeluruh. Seolah-olah anda berada di dalam dunia kisah dongeng yang dicipta di Disney World. Ada juga Toy Story Hotel yang akan menggembirakan anak-anak yang menyukai filem ini! Segala kemudahan dan hiasan dalaman hotel adalah mengikut tema filem-filem Disney. Suasananya yang unik akan membuatkan anda teringat-ingat pengalaman menginap di hotel-hotel ini.

1

Kredit: Ryutaro KomaRyutaro Koma di Flickr

2. Destinasi Terakhir Sebelum Berangkat Pulang

Disneyland Shanghai terletak berdekatan dengan Pudong Airport. Habiskan hari-hari awal anda di Shanghai untuk meneroka bandar dan jadikan Disneyland Shanghai tempat persinggahan terakhir sebelum ke tempat-tempat lain. Ini akan memudahkan anda ke lapangan terbang terutamanya sekiranya anda bermalam di Disneyland. Sesuaikan jadual perjalanan mengikut apa yang dapat memudahkan perjalanan percutian anda tanpa perlu menghabiskan masa yang banyak di dalam kenderaan untuk ke mana-mana destinasi.

2

Kredit: Timmy_L di Flickr

3. Mungkin Akan Ada Jurang Bahasa

Ingat bahawa anda berada di China dan bahasa Mandarin adalah bahasa kebangsaan yang digunakan. Sekiranya anda ingin berkomunikasi dengan pengunjung-pengunjung lain yang kebanyakannya adalah orang tempatan, mungkin akan terdapat sedikit kesukaran. Sekiranya anda bertuah, anda akan berjumpa dengan beberapa orang yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Apa pun, ini semestinya tidak akan menjadi halangan untuk anda menikmati Disneyland Shanghai kerana papan-papan tanda yang digunakan juga ada dalam bahasa Inggeris.

3

Kredit: BiljaST di Pixabay

4. Keadaan Lebih Sesak Mengikut Musim

Keadaan dijangka sesak terutamanya sewaktu musim cuti sekolah dan cuti umum di China kerana pengunjung-pengunjung tempatan menggunakan peluang ini untuk ke Disneyland. Keadaan juga mungkin lebih sesak pada hujung minggu seperti hari Sabtu dan Ahad. Bersedia untuk beratur panjang bagi menikmati sesetengah tarikan yang popular. Tapi jangan risau, dengan perancangan yang baik, anda boleh melawat kebanyakan tarikan yang anda ingin! Cuma perlukan sedikit kesabaran dan perancangan. Ada juga pilihan untuk menggunakan “fast pass” yang membolehkan anda beratur di “fast line” di mana barisannya lebih pendek. Tapi, bukan semua permainan menyediakan “fast pass”. Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai “fast-pass” dari Disneyland Shanghai.

4

Kredit: Joel di Flickr

5. Dilarang Membawa Masuk Makanan Berat

Seperti di kebanyakan taman tema, pengunjung tidak dibenarkan membawa masuk makanan berat seperti nasi dan mee segera. Ini adalah kerana mereka menggalakkan anda untuk menjamu selera di premis berkenaan. Mungkin makanan ringan seperti coklat dan biskut akan dibenarkan masuk. Minta pandangan pemandu pelancong untuk mendapatkan makan tengahari yang halal. Sudah tentu, terdapat juga tempat-tempat yang menjual makanan snek dan minuman yang boleh anda beli sepanjang hari di Disneyland.

5

Kredit: Alexa_Fotos di Pixabay

6. Sediakan Ubat-ubatan

Bukan mudah untuk mendapatkan bekalan ubat-ubatan dan kita seharusnya bersedia terutamanya bagi yang membawa anak-anak kecil. Lokasinya membuatkan pengunjung agak sukar untuk mendapatkan ubat dengan segera walaupun anda bermalam di hotel. Bawalah apa-apa bekalan ubat yang perlu seperti ubat untuk melegakan selsema, demam, sakit gigi dan sakit perut. Bagaimana untuk menikmati sepenuhnya Disneyland jika ada yang sakit?

6

Kredit: Mojpe di Pixabay

Maklumat-maklumat di atas pasti akan memudahkan anda menikmati Disneyland Shanghai!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s