Australia

Kenapa Anda Patut Melawat Kalbarri National Park?

Keistimewaan serta Rahsia yang ada di " Kalbarri National Park" yang patut anda ketahui .

Kalbarri National Park terletak 600km ke utara Perth di persimpangan Sungai Murchison dan Lautan Hindi. Pekan Kalbarri pula terletak di antara dua bahagian utama Kalbarri National Park. Di pekan ini, pelawat boleh mendapatkan bekalan yang diperlukan dan ada juga tempat untuk bermalam setelah penat mengembara. Pengunjung yang sukakan suhu yang lebih sederhana untuk mengembara boleh memilih untuk melawat di antara bulan Disember dan Mei iaitu sewaktu musim panas dan musim luruh. Apapun, apakah keistimewaan Kalbarri National Park sehingga anda perlu singgah ke sana?

1. Dapat Menikmati Pemandangan Alam Semulajadi

Bentuk muka bumi di kawasan ini mempunyai batu-batu besar yang sangat unik dan sukar didapati di mana-mana tenpat lain. Batu-batu ini terbentuk secara semulajadi dan telah melalui proses pembentukan selama berjuta-juta tahun.

1

Kredit: amanda di Flickr

2. Melihat Dunia Melalui Nature’s Window

Antara tarikan utama di Kalbarri National Park di mana anda harus menghabiskan masa paling banyak di sini ialah di bahagian inland. Salah satu lokasi yang wajib dilawati ialah Nature’s Window. Reka bentuknya yang mengagumkan membuatkan ia menjadi salah satu lokasi yang tepat untuk mendapatkan pemandangan yang cantik. Ia seolah-olah sebuah tingkap yang terbentuk secara semulajadi. Kelihatan Sungai Murchison yang mengalir tenang menambah nilai panorama buat pengunjung.

2

Kredit: Matthieu Chatry di Flickr

 3. Pengembaraan Yang Mencabar

Pengembaraan yang dilakukan di sini pastinya lebih mencabar kerana keadaan muka bentuk bumi yang tidak rata dan berbatu-batu. Pengunjung harus berhati-hati semasa melakukan penerokaan. Walaupun teruja, aspek keselamatan harus diutamakan. Pada mereka yang sukakan cabaran, ini ialah tempat yang tepat sekali untuk jiwa mereka!

3

Kredit: couguar di Flickr

4. Menikmati Pemandangan Wildflower Yang Cantik

Kalbarri memang terkenal dengan kepelbagaian flora yang tumbuh meliar. Ia berkembang cantik pada musim tertentu. Musim wildflower yang memang terkenal di Kalbarri National Park ialah semasa musim luruh di antara bulan September hingga Oktober. Peminat bunga-bunga liar yang cantik ini boleh mendapatkan maklumat tentang spesis-spesis yang ada di taman ini melalui kajian yang dilakukan sebelum ke sana. Jangan lepaskan peluang bergambar ya!

4

Kredit: John Jennings di Flickr

5. Pantai Yang Memukau

Anda wajib berjalan di sepanjang pesisiran pantai di Kalbarri National Park yang menjanjikan pemandangan indah seluas mata memandang. Antara tempat-tempat menarik termasuk Mushroom Rock, Pot Alley dan Eagle Gorge. Semasa menyusuri persisiran pantai yang tidak banyak dipenuhi pelancong-pelancong, anda akan cenderung melayan perasaan dan berasa lebih tenang dapat melarikan diri dari kesibukan dunia bekerja.

5

Kredit: ChGross1 di Flickr

6. Peluang Melihat Ikan Paus Dan Ikan Lumba-Lumba

Anda berpeluang melihat ikan paus pada waktu-waktu tertentu sekiranya anda bertuah. Biasanya aktiviti ini dilakukan pada bulan September hingga Oktober semasa ikan paus bermigrasi. Pastikan peluang yang jarang didapati ini digunakan anda dengan mengabadikan foto-foto atau video kenangan yang banyak. Sekiranya anda bertuah, anda juga akan dapat menyaksikan kumpulan ikan lum-lumba yang lincah di laut.

6

Kredit: jackoscage di Flickr

7. Berdekatan Dengan Pink Lake

Terletak 55km dari Kalbarri, Pink Lake di Port Gregory yang terletak di Hutt Lagoon adalah port bergambar yang menarik untuk Instagram anda! Jika matahari berada di kedudukan yang tepat, tasik ini akan kelihatan seolah-olah berwarna merah jambu. Unik kan?

7

Kredit: julie burgher di Flickr

8. Melihat Spesis Binatang Yang Unik

Australia memang terkenal sebagai negara yang mempunyai spesis fauna yang tidak didapati di tempat-tempat lain. Di Kalbarri,  terdapat spesis yang mungkin tidak pernah anda lihat sebelum ini. Terdapat rekod lebih dari 400 spesis fauna yang ada di sini. Ia termasuk burung-burung, haiwan liar, haiwan kecil dan serangga.

8

Kredit: amanda di Flickr

Senarai di atas pasti dapat meyakinkan anda untuk ke Kalbarri National Park!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: