Buat pengemar Mickey Mouse dan filem-filem terbitan Walt Disney, jangan lepaskan peluang untuk ke Disneyland sekiranya anda berkunjung ke Shanghai. Di Disneyland Shanghai terdapat enam taman tema dengan pelbagai tarikan iaitu: Treasure Cove, Mickey Avenue, Adventure Isle, Fantasyland, Tomorrowland dan Gardens of Imagination.
Berikut kami kongsikan 5 permainan yang mesti anda cuba sekiranya berkunjung ke sana.
1. TRON Lightcycle Power Run – Presented by Chevrolet
/Shanghai-Disneyland-Tron-Coaster-576c3b7a5f9b5858756a468d.jpg)
TRON Lightcycle Power Run bukan seperti rollercoaster biasa. Rollercoaster yang di adaptasi dari Filem Tron ini membolehkan pengunjung duduk dengan bergaya solah-olah menunggang motosikal berkuasa tinggi. Kesan 3D dan grafiknya yang sangat menarik pasti memacu adrenalin anda.
2. Pirates of the Caribbean Battle for the Sunken Treasure

Terletak di Treasure Cove yang juga merupakan taman tema lanun pertama di Disney. Teknologi baru serta kesan visual 3D yang digunakan mampu membuatkan pengunjung berasa seolah-olah berada di tengah lautan. Di sini anda boleh melihat sendiri pertunjukkan aksi yang menakjubkan dari Captain Jack Sparrow.
3. Roaring Rapids

Susuri Raging River di Ocean Park dengan menaiki bot kayu bersama keluarga dan teman baik anda. Kesan pusaran air dan jeram di sepanjang sungai pasti membuatkan anda kebasahan
4. Soaring Over the Horizon

Nikmati pengalaman mengelilingi dunia hanya dalam beberapa minit sahaja. Dari Adventure Isle menuju ke kota-kota dan tempat tarikan pelacong lain seperti Menara Eiffel, Taj Mahal dan banyak lagi. Ingin terbang seperti burung? Nah inilah tempatnya!
5. Camp Discovery

Di Camp Discovery anda boleh memilih pelbagai ekspedisi untuk membantu mengungkap misteri di sebuah pulau serta keajaibanya. Di sini anda boleh memilih untuk menaiki tali dan melihat keindahan pemandangan dari Roaring Mountain ataupun rasai pengalaman mengali pelbagai artifak kuno yang sangat menyeronokkan.