1. Disneyland Shanghai menempatkan istana Disney yang terbesar dan tertinggi setakat ini dengan ketinggian 60 meter. Ia juga istana pertama yang memaparkan semua puteri-puteri Disney dalam rekabentuknya.
2. Terdapat beberapa tarikan baru yang belum pernah ada seperti Pirates of the Caribbean: Battle for the Sunken Treasure, Soaring Over the Horizon, dan TRON Lightcycle Power Run.
Kredit: Jeremy Thompson di Flickr
3. Disneyland Shanghai menawarkan antara tiket termurah berbanding mana-mana taman tema Disneyland di seluruh dunia!
Kredit: Jeremy Thompson di Flickr
4. Terdapat beberapa tarikan yang memaparkan ciri-ciri budaya Cina yang unik seperti Garden of Twelve Friends yang mewakili simbol-simbol zodiak Cina.
Kredit: Joel di Flickr
5. Di The Seven Dwarfs Mine Train, the seven dwarfs akan menyanyikan ‘Heigh-Ho’ di dalam bahasa Mandarin.
Kredit: Joel di Flickr
6. Persembahan The Lion King di The Walt Disney Grand Theatre, Disneytown, dipersembahkan buat pertama kalinya dalam bahasa Mandarin.
Kredit: Joel di Flickr
7. TRON Lightcycle Power Run adalah antara permainan paling laju di mana-mana taman tema Disney!
Kredit: Jeremy Thompson di Flickr
8. Ia mempunyai kapal terbang bertemakan Disney dari China Eastern Airlines di mana penumpang boleh mendapatkan cenderahati Disney. Laluannya ialah di antara Beijing dan Shanghai.
Kredit: Alec Wilson di Flickr
9. Di sini anda boleh melihat Donald Duck mepersembahkan gerakan-gerakan Tai Chi sekiranya anda bertuah.
Kredit: Ryutaro Koma di Flickr
10. Treasure Cove ialah tarikan bertemakan pirate yang pertama di Disney.
Kredit: Xiquinho Silva di Flickr