Australia Tip Bercuti

Kenapa Anda Patut Cuba Self Drive di Perth, Australia

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah keistimewaan self drive di Australia? Nah, ini jawapannya.

1. Tidak Perlukan IDP

Sebagai rakyat Malaysia, adakah anda perlukan IDP untuk membolehkan anda memandu di Australia? Tidak! Jadi anda tidak perlu memohon permit memandu antarabangsa dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang pastinya akan mengambil sedikit masa dan wang anda. Bawa sahaja lesen domestik anda dan anda selamat.

1

Kredit: Robfoto di Pixabay

2. Cara Pandu Seperti Malaysia

Anda tidak akan berasa kekok memandu di Australia kerana tempat duduk pemandu adalah sama seperti di Malaysia iaitu di bahagian kanan. Mereka juga sama seperti Malaysia, memandu di bahagian kiri jalan. Tidak perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan cara pemanduan yang berbeza. Ini sudah pasti lebih selamat dan memudahkan perjalanan anda.

2

Kredit: Duncan Rawlinson di Flickr

3. Masa di Tangan Anda

Pakej self drive bermakna masa adalah lebih fleksibel. Anda boleh merancang masa mengikut kesesuaian kumpulan anda. Tidak perlu terkejar-kejar untuk mengejar jadual yang padat. Anda juga boleh berhenti di mana-mana tempat yang sesuai mungkin untuk berehat atau bergambar. Tiada siapa akan memberitahu anda apa perlu anda lakukan, semua di tangan anda!

2

Kredit: Annca di Pixabay

4. Anda Mungkin Terserempak dengan Hidupan Liar

Sentiasa ada kemungkinan untuk terserempak dengan hidupan liar di Australia yang unik seperti kangaroo dan wallaby. Sebenarnya agak bahaya untuk mereka yang di dalam kereta dan juga haiwan tersebut sekiranya tidak berhati-hati. Oleh itu, tumpukan perhatian kepada apa-apa tanda jalan yang menunjukkan kemungkinan ada haiwan liar berkeliaran. Pandu mengikut had laju dan anda akan dapat mengelakkan apa-apa kejadian tidak diingini. Juga, tidak digalakkan untuk memandu pada waktu gelap di kawasan ini. Apa pun, pengalaman yang unik ini hanya terdapat di Australia!

4

Kredit: BRJ INC. di Flickr

5. Menikmati Landskap Australia Yang Unik

Landskap Autralia semestinya unik dan berbeza dari mana-mana negara lain. Inilah masa yang terbaik untuk anda menikmatinya. Pemandangan di sepanjang perjalanan sesuai untuk anda mengambil gambar atau video untuk kenangan. Bukan mudah untuk sampai ke sana, gunakan peluang ini sebaik-baiknya. Boleh juga relaks di tempat duduk penumpang sambil merenung ke luar tingkap kereta, anda tidak akan jemu memandang keindahan bumi Australia.

5

Kredit: Mark di Flickr

6. Mencipta Pengembaraan Sendiri

Anda akan rasa lebih cabaran apabila dapat mengembara sendiri. Berdikari mencari pengalaman yang tidak dapat dilupakan, itu adalah misi anda. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku, dan anda sentiasa perlu bersedia. Setelah tamat pengembaraan ini, diri anda pasti akan berubah dan lebih yakin kepada kemampuan untuk meneroka dunia baru! Minda anda akan lebih terbuka setelah melakukan penjelajahan ini.

6

Kredit: bawbag di Pixabay

Self drive di Australia akan menjadi pengalaman baru yang tak mungkin anda lupakan!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: