Tip Bercuti

Percutian Musim Sejuk, ini 12 barang yang perlu anda bawa

Siapa yang tak excited nak travel ketika musim sejuk ye dak? Pasti sudah terbayang-bayang kesejukan bermain salji sambil membuat snowman. Bagi kebanyakkan negara empat musim dia Eropah dan Asia (kecuali New Zealand dan Australia), musim sejuk bermula pada bulan Disember dan berakhir padan bulan Februari.
enis-yavuz-189633.jpg
Kredit via
Artikel ini kami kongsikan senarai barangan yang perlu anda bawa khas untuk pembaca yang pertama kali melancong ketika musim sejuk:

1. Winter Jacket/Baju Sejuk

Kredit via
Pelbagai jenis jacket yang boleh anda dapati di pasaran. Pea Coat, trench coat, down jacket, duffel dan sebagainya. Apapun jenis jacket yang anda beli, pastikan ia sesuai dengan suhu dan keadaan semasa. Antara ciri yang perlu anda titik beratkan adalah keupayaan jacket tersebut memerangkap haba dan kalis air.

2. Fleece Jacket/Sweater

Kredit via
Dah ada winter jacket perlu lagi ke fleece jacket ataupun sweater ni? Ini terpulang pada anda sendiri. Jika badan anda cukup kebal menahan tiupan angin dan suhu yang sangat rendah, pakai winter jacket pun sudah pun memadai. Kalau tidak anda boleh sarung fleece jacket/sweater dibawah winter coat.

3. Thermal Wear

Kredit via
Thermal wear ni apa pulak? Ok thermal wear ni sedikit nipis, ada juga orang panggil sebagai long john dan ia dipakai di bawah baju harian kita. Teknologi HeatTech yang digunakan dalam pembuatan fabrinya mampu mengekalkan suhu badan kita pada musim sejuk. Tak tahu nak beli di mana? Cari sahaja di Uniqlo ataupun Sport Directs.

4. Winter boots

Kredit via
Jika destinasi yang akan anda tuju adalah tempat yang bersalji, pastikan anda memakai kasut atau winter boot yang anti slip. Banyak kes kemalangan berlaku ketika bermain salji disebabkan tergelincir dan faktor utamanya adalah kasut. Tips tambahan, beli kasut/winter boots satu saiz lebih besar dari size anda. Ini adalah untuk mengelakkan kasut anda menjadi terlalu ketat setelah memakai stocking wool yang tebal.

5. Topi/Snow Cap

Kredit via
Andai winter coat anda tidak mempunyai hood, anda boleh gunakan snow cap untuk melindungi kepala daripada kesejukkan.

6. Earmuff

Kredit via
Earmuff, antara aksesori lain yang boleh anda gunakan untuk melindungi telinga anda ketika musim sejuk. Ia sangat membantu terutamanya dalam menghalang udara dingin masuk ke telinga.

7. Muffler Scarf

Kredit via
Ini bukan scarf biasa-biasa ya. Muffler scarf ini selalu digunakan untuk menghangatkan leher dan adakalanya boleh juga digunakan untuk menutup hidung ataupun muka saat angin kuat datang menyapa. Kalau mahu berjimat, manfaatkan shaja shawl Pashmina yang ada di rumah anda sebagai ganti kepada muffler scarf

8 Sarung Tangan

Kredit via
Ini memang penting dan wajib bawa. Sarung tangan juga terdapat pelbagai jenis dan fabrik. Pastikan sarung tangan yang anda beli boleh tekan screen phone ya!

9. Stoking

Kredit via
Sama seperti sarung tangan, stoking ni adalah antara benda yang wajib dibawa. selain digunakan ketika keluar bejalan, ia turut membantu memanaskan kaki sewaktu ingin tidur

10. Krim Pelembap

Kredit via
Masalah utama yang akan anda hadapi jika melancong pada musim sejuk adalah masalah kulit kering dan mengelupas. Cocoa butter losyen antara losyen yang terbaik boleh anda gunakan untuk mengelakkan kulit kering dan mengekalkan kelembapan kulit dalam tempoh waktu yang lama.

11. Lip Balm

Kredit via
Tak kira lelaki ataupun perempuan, pastikan anda bawa lip balm sewaktu mengembara. Ia sangat membantu melembapkan bibir apabila badan kita mengalami dehidrasi. Selain itu anda juga boleh menggunakan petroleum jelly sebagai penganti lip balm.

12. Hand Warmer

Kredit via
Anda boleh dapatkan hand warmer ataupun heat pack yang banyak di jual di Daiso. Hand warmer ini sangat membantu untuk menghangatkan tangan sewaktu musim sejuk.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: