Eropah Tip Bercuti

7 Snek Halal di Paris dan Brussels

Berjalan-jalan di kota Paris dan Brussels, anda mungkin teringin untuk mencuba snek-snek yang dijual tetapi ragu-ragu tentang status halalnya. Walaupun tidak mempunyai logo halal, ada jugak snek yang boleh dimakan berdasarkan bahan-bahan yang digunakan. Berikut adalah panduan untuk pelancong-pelancong Muslim.

1. Lotus Speculoos

Bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan biskut ini sesuai untuk dimakan oleh vegan iaitu tidak mengandungi unsur-unsur haiwan. Ia boleh didapati di mana-mana pasaraya di sana. Biskut ini berasal dari Belgium tapi mudah juga didapati di Paris. Biskut ini terkenal di benua Eropah dan biasanya dihidangkan bersama dengan kopi. Rasanya sempurna dan tidak terlalu manis, baunya wangi. Nikmatinya semasa anda di Eropah kerana pasti anda akan terkenangkan baunya bila pulang ke Malaysia nanti. Malah, biskut ini juga boleh didapatkan di Malaysia di pasaraya seperti di Jaya Grocer dan Cold Storage bila anda terkenangkan pengembaraan Eropah anda.

1

Kredit: Danny de Vylder di Flickr

2. Tiram Segar

Bagi yang sedikit berani, anda boleh mencuba tiram segar. Lemon diperah di atas tiram akan menambah kesedapan tiram segar. Anda harus cuba untuk menambah pengalaman dan meneroka perisa-perisa baru. Sekurang-kurangnya, dapat berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan yang belum berpeluang mencuba.

Jpeg

3. Crumpet

Crumpet boleh didapati di mana-mana pasaraya. Panaskan crumpet di atas kuali atau pembakar roti, sapukan mentega Perancis di atas crumpet yang panas. Percayalah, mentega dari Eropah memang berbeza rasanya, lebih asli dan lemak. Sapu juga sedikit jem bagi yang sukakan perisa manis. Nikmatinya bersama secangkir teh sambil menulis di dalam diari pengembaraan anda. Momen yang akan anda kenangkan!

Jpeg

4. Churros

Mudah didapati di Paris dan Brussels, anda pasti terserempak dengan kedai yang menjual churros. Biasanya digoreng dengan minyak sayuran atau ‘huile vegetale’ dalam bahasa Perancis, ada yang meletakkan papan tanda bertulis ‘huile vegetale’. Namun, anda boleh bertanya kepada penjual untuk kepastian. Yang pastinya, churros di sini lebih sedap mungkin kerana keasliannya dan juga bahan-bahan digunakan tidak terdapat di Malaysia seperti mentega Eropah yang sedap. Harga yang dijual adalah mengikut saiz, saiz yang besar cukup banyak untuk dikongsi dengan keluarga.

Jpeg

Jpeg

5. Macaron dan Kopi

Rugi ke Paris jika tidak masuk ke mana-mana kedai kopi atau cafe yang banyak terdapat di sepanjang jalan. Anda boleh menikmati macaron yang pernah menjadi trend di Malaysia. Tidak perlu ragu-ragu kerana bahan asas yang digunakan biasanya adalah gula, tepung badam, dan telur putih. Lepak di cafe Perancis sambil menghirup kopi bertemankan macaron, bukankah impian ramai orang? Dapat juga berlindung sementara dari angin sejuk di luar kafe sekiranya anda ke sana semasa musim sejuk.

Jpeg

6. Kebab

Brussels dan Paris juga mempunyai komuniti Islam tersendiri. Mereka menjalankan perniagaan makanan yang selalunya berasaskan makanan Timur Tengah seperti kebab. Ia popular terutamanya doner kebab di Brussels yang wajib anda cuba. Sekiranya anda memilih untuk makan bagi melapik perut, boleh juga berkongsi kerana saiz hidangan yang besar cukup sebagai hidangan lengkap.

Jpeg

Jpeg

Jpeg

7. Buah Berangan

Jangan terkejut kerana anda akan nampak banyak tempat menjual buah berangan di Paris. Buah berangan atau chestnuts yang dibakar ini sememangnya sedap dimakan semasa panas. Harganya adalah berdasarkan saiz yang anda pilih.

7

Kredit: John Barth di Flickr

Snek-snek yang anda nikmati ini akan menjadi kenangan manis sepanjang pengembaraan Eropah anda!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: