Korea

Snek Halal di Korea Selatan

Di Korea Selatan, terdapat pelbagai pilihan makanan yang dijual di tepi jalan dan juga di kedai-kedai. Memang nampak menyelerakan tapi sebagai pelancong Muslim, pasti anda ragu-ragu untuk mencuba. Tidak semua makanan ini halal untuk dimakan. Tapi jangan risau, masih terdapat banyak pilihan makanan halal yang sesuai untuk dicuba oleh pelancong Muslim di Korea. Walaupun tidak mempunyai sijil halal, bahan-bahan yang digunakan di dalam makanan  di bawah ini adalah halal. Anda boleh meminta panduan pemandu pelancong anda atau penjual untuk mendapatkan kepastian.

1. Bungeo-ppang (Roti Ikan)

Bungeo bermaksud ikan kap manakala ppang bermaksud roti. Ikan merujuk kepada bentuk roti itu sendiri tetapi bahan-bahan yang digunakan di dalam roti tersebut tidak mengandungi ikan. Bungeoppang dibuat dari tepung, gula, telur, susu, baking powder, dan inti. Terdapat pilihan inti seperti kastard krim dan pes kacang merah. Bagi mereka yang kurang gemar makanan yang terlalu manis boleh mencuba inti pes kacang merah. Ia lebih sedap dinikmati panas-panas. Anda boleh memilih bungeoppang yang baru dimasak.

1

2. Croissant Taiyaki

Nampak lebih kurang sama dengan bungeoppang tapi sebenarnya berbeza. Ia lebih ranggup dan intinya juga berbeza. Terdapat pilihan inti seperti pes kacang merah, keju dan juga keledek. Sedap dimakan ketika masih panas semasa cuaca sejuk. Anda boleh berkongsi jika ingin mencuba pelbagai pilihan inti.

2

3. Susu Pelbagai Perisa

Susu ini mudah didapati di mana-mana kedai di Korea seperti di 7 Eleven dan juga GS25. Pelbagai pilihan perisa yang ada termasuk perisa melon, strawberi, latte, dan juga pisang. Perisa yang paling digemari oleh  semua terutama pelancong dari Malaysia ialah pisang kerana rasanya yang tidak mudah didapati di Malaysia. Malah, ada pelancong yang mengakui bahawa susu pisang Korea yang paling dirindui apabila pulang ke tanah air. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk membeli susu ini!

3

4. Tornado Potato

Tornado potato sangat popular di Korea Selatan. Potongan kentang yang unik menjadikan ia ranggup dan sesuai dimakan bersama serbuk keju yang menyaluti kentang. Ia sangat mudah didapati di gerai-gerai tepi jalan seperti di Myeongdong.

4

Kredit: tragrpx di Pixabay

5. Gyeran-Ppang/ Egg Bread (Roti Telur)

Gyeran bermaksud telur dalam bahasa Korea. Bahan-bahan yang digunakan di dalam roti ini termasuk tepung, mentega, susu, gula, baking powder dan telur. Ia juga mengandungi bahan seperti kacang badam, kacang tanah atau kuaci. Ada yang menggunakan variasi bahan yang berbeza bergantung kepada resipi istimewa penjual. Sangat mudah dinikmati setelah anda penat berjalan membeli-belah dan terasa lapar.

5

Kredit: travel oriented di Flickr

6. Tteokbokki/ Rice Cake (Kek Beras)

Makanan ini sangat terkenal di Korea Selatan dan banyak didapati di kedai-kedai kecil di tepi jalan. Kek beras ini dimasak bersama dengan sos cili yang pedas iaitu gochujang yang dibuat menggunakan cili Korea. Tekstur kek beras yang kenyal sangat sesuai dengan sos pedas ini yang mempunyai rasa manis tersendiri. Hidangan ini sesuai untuk para penggemar makanan pedas.

6

Kredit: politizer di Flickr

7. Aiskrim Turki

Di Korea Selatan juga terdapat aiskrim Turki halal dijual di beberapa tempat. Apa yang unik tentang aiskrim ini ialah cara ia dihidangkan kepada pelanggan. Gelagat penjualnya yang mesra dapat menarik perhatian pelanggan untuk menikmati aiskrim tersebut.

7.jpg

8. Hotteok (Lempeng Korea)

Hotteok ialah sejenis lempeng yang diperbuat dari tepung gandum berintikan gula perang, bijan, kacang tanah dan juga serbuk kulit kayu manis. Lempeng ini sesuai dimakan sejurus selepas dimasak sewaktu intinya masih panas dan cair. Penjual-penjual lempeng ini mempunyai resipi tersendiri dan anda harus cuba untuk merasai keunikannya. Malah, terdapat versi lempeng ini yang tidak manis dan diisikan dengan sayur dan mi.

8

Kredit: Republic of Korea di Flickr

Pelancong Muslim tidak perlu risau kerana terdapat banyak pilihan makanan halal di Korea Selatan, anda cuma perlu bijak memilih. Panduan ini akan memudahkan anda untuk membeli makanan di sana. Makanan ini boleh didapati di merata-rata tempat seperti di Myeongdong, Hongdae dan Itaewon. Jangan lupa untuk mencuba makanan-makanan ini bila anda melancong ke Korea Selatan!

3 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: