Eropah

Kenapa Pilih Western Europe Sebagai Destinasi Percutian Seterusnya?

Mungkin anda masih bingung untuk memilih destinasi percutian seterusnya. Western Europe patut menjadi pilihan anda! Kenapa? Jom kita tengok.

1. Cuaca Yang Berbeza dari Malaysia

Umum mengetahui yang negara Malaysia tidak mempunyai empat musim seperti negara-negara Eropah. Ini adalah peluang untuk anda menikmati musim yang anda suka. Pilih musim yang sesuai untuk jiwa anda, dan mengembara ke sana pada waktu yang dipilih. Pada yang belum pernah merasai musim sejuk, boleh memilih musim ini. Rasakan kenyamanan udara yang semulajadi.

Color Impact _02

Kredit: Nandakumar Subramaniam di Flickr

2. Peluang Untuk Berfesyen

Jika anda ke sana pada waktu musim sejuk, inilah peluang untuk anda berfesyen. Ya, anda tidak dapat melakukan perkara ini di Malaysia! Keluarkan baju-baju sejuk anda yang lama tersimpan di dalam almari. Jika ada budget lebih, boleh membeli baju sejuk di sana juga. Pilihan fesyen musim sejuk yang pastinya lebih banyak berbanding di negara kita. Mungkin anda akan terkejut bila mendapati baju sejuk di sana dijual lebih murah berbanding di Malaysia!

2

3. Bergambar Dengan Latarbelakang Cantik

Eropah Barat terkenal dengan kecantikan pemandangan semulajadi. Mungkin anda dapat melihat bunga yang berwarna-warni, pokok yang tidak berdaun, mugkin juga salji! Keunikannya terletak pada pemandangan yang berubah-ubah mengikut musim. Oleh itu, pilihlah musim kesukaan anda. Ini adalah peluang terbaik untuk anda mendapatkan pose dan gambar yang menarik dan berkongsi ke media sosial. Gambar-gambar yang diambil akan menjadi kenangan yang manis sepanjang hayat.

3

4. Senibina Yang Gah

Bangunan-bangunan di Eropah semestinya lain dari yang lain. Mereka lebih mementingkan sejarah dan berusaha keras untuk memelihara bangunan-bangunan lama yang bersejarah. Dari sini, kita dapat melihat kehalusan senibinanya yang menawan. Apabila anda menyelusuri jalan-jalan di kota Paris, anda akan rasa seperti berada pada zaman dahulu. Sekiranya anda ke istana-istana gah yang wujud semenjak beratus tahun dahulu, anda akan mengagumi kebesaran dan kecantikannya. Pengalaman seperti ini tidak mudah didapati dan harus digunakan sepenuhnya. Sekiranya sukakan sejarah, boleh juga membaca serba-sedikit tentang istana atau bangunan yang akan anda lawati sebelum ke sana. Ini pasti akan menambah minat anda apabila anda meneroka bangunan-bangunan tersebut.

4

Kredit: Thibault CHAPPE di Flickr

4.2.JPG

5. Mempelajari Budaya Baru

Sudah tentu budaya mereka jauh berbeza dengan kita. Di sini kita dapat melihat kehidupan harian masyarakat Eropah dan mempelajari sedikit sebanyak tentang mereka. Ini dapat membuka minda kita dan mungkin merubah diri ke arah yang lebih positif. Sekiranya anda berminat, boleh juga mempelajari bahasa mereka seperti bahasa Perancis. Pengetahuan bahasa yang asas sudah cukup untuk anda praktikkan seperti cara untuk mengucapkan selamat pagi dan terima kasih. Sekiranya anda ke sana pada bulan November atau Disember, anda berpeluang untuk melawat pasar Krismas atau Christmas market yang memeriahkan suasana krismas di Eropah. Musim Krismas di Eropah memang satu pengalaman yang berbeza dengan gemerlapan cahaya lampu dari pokok krismas dan kemeriahan pasar Krismas.

5

Menarik kan? Tak perlu fikir lagi, pilih saja Western Europe untuk percutian anda! Ia tidak akan merugikan anda malah akan menjadi kenangan manis yang tidak mungkin dilupakan.

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: