Tip Bercuti

6 TIP KUMPUL DUIT UNTUK MELANCONG

Setiap orang pasti ada hasrat atau impian untuk bercuti. Ingin melawat tempat-tempat menarik, bermain di tepian pantai, menikmati musim bunga, bermain salji dan menangkap gambar dengan pemandangan yang cantik seperti orang lain. Tetapi punca utama yang sering menjadi penghalang untuk bercuti jika ditanya kepada semua, majoritinya akan menjawab kekurangan DUIT.

don worry

Picture credit : Ossekeag Publishing

Jangan risau, di sini saya ingin kongsikan tip yang boleh anda praktikkan supaya tiada lagi masalah yang membelenggu fikiran dan menghalang impian anda untuk bercuti seperti orang lain.

1)  MULAKAN MENABUNG

menabung

Picture credit : Mengelola Keuangan

Menabung memerlukan disiplin dan kesabaran yang tinggi. jika sebelum ini, anda seorang yang boros atau suka melabur duit kepada benda-benda yang tidak berfaedah, lebih baik anda menyimpan walaupun sedikit supaya dapat mencapai impian anda untuk bercuti seperti orang lain. sebagai contoh jika gaji anda sebulan Rm 1500, cuba asingkan 15% daripada gaji anda setiap bulan iaitu Rm 150. setahun anda sudah dapat Rm 1800. sekurang-kurangnya lepas jugak bajet tu kalau nak ke thailand mahupon indonesia. Biar sedikit lama-lama akan jadi bukit.

2)  KERJA SAMBILAN /PART TIME

Bagi yang bujang, membuat kerja sambilan adalah perkara yang paling mudah untuk menjana pendapatan dengan lebih cepat  untuk melancong. Ini kerana, bujang tiada banyak komitmen. Contohnya boleh join catering, buat fotografi, jual barangan online dan seumpamanya daripada anda membuang masa melakukan benda-benda yang tidak berfaedah.

3) GUNA DUIT DIVIDEN ASB ATAU TABUNG HAJI

Bagi sesiapa yang tiada lagi ASB atau Tabung haji seeloknya buka la akaun dan buat simpanan setiap bulan. Cuba disiplinkan diri anda untuk menyimpan minimum Rm 50 sebulan. setiap awal tahun anda boleh check dividen yang anda dapat daripada simpanan anda itu. Sekurang-kurangnya duit dividen itu akan membantu perbelanjaan percutian anda.

4) TUKAR DUIT KETIKA MATAWANG RENDAH

yuen

Picture credit : Reuters

Selalunya, jika anda anda ingin melancong mesti anda sudah membuat pilihan destinasi di mana dan bila tarikhnya. Tetapi ramai yang selalu menukar duit di saat-saat terakhir. Ini tip nya. Kalau boleh, Pastikan anda menukarkan duit pada matawang negara yang ingin dilawati semasa kadar tukaran mata wang yang rendah. Adakalanya destinasi yang ingin anda lawati telah dipilih lebih awal. Oleh itu, tukar matawang RM ke matawang asing pada waktu yang tepat dan rendah.

5) MAIN DUIT KUTU

Mugkin ramai yang sudah tahu atau pernah main duit kutu. Dimana anda kumpul berapa orang yang ingin main dan akan dibayar mengikut giliran. Ini juga salah satu cara untuk anda mencapai impian anda untuk bercuti dan menyimpan duit simpanan pelancongan anda daripada digunakan. Kalau boleh cari kumpulan yang betul-betul jujur da konsisten untuk bermain duit kutu. Kalau orang itu tidak konsisten bayar. lupakan sahaja dan cuba cari kumpulan lain.

6) PROMOSI TIKET PENERBANGAN

TICKET RIDE

Picture credit : Simplify and Travel

Untuk tiket flight, Rajin-rajin kan lah tangan tu untuk check tiket flight setiap masa. ataupon daftar jadi member untuk mengetahui promosi terkini. kalau boleh, anda sudah tahu destinasi mana nak di tuju, bila ada promosi terus je tempah. Jangan membuat keputusan yang lama. Ini kerana harga tiket sentiasa berubah-ubah. Mana tahu anda boleh dapat harga penerbangan ke Indonesia serendah Rm 80 ringgit sahaja. Anda lambat, anda yang akan melepas.

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: