Eropah

Cenderahati London yang Wajib Dibawa Pulang

Kota London, kota yang mengagumkan. Bila tiba di London, terlalu banyak perkara menarik sehingga anda bingung untuk membuat pilihan cenderahati yang ingin dibeli. Jangan risau, rujuk saja senarai di bawah!

1. Magnet Peti Ais

Sudah tentu ramai yang mempunyai koleksi magnet peti ais dari pelbagai tempat yang telah dikunjungi. Pastikan anda menambah koleksi tersebut dengan magnet peti ais khas yang melambangkan simbol-simbol di London seperti bendera Union Jack, bas dua tingkat London, Royal Guard, teksi London, dan banyak lagi lambang ikonik London.

1

Kredit: transCam di Flickr

2. Bangunan Miniatur

Bangunan-bangunan dan landskap di London yang gah dan bersejarah banyak dijadikan miniatur dan boleh ditambah kepada hiasan rumah anda. Antaranya seperti Big Ben, Wensminster Abbey, dan Tower Bridge. Bukti bahawa anda telah menjadi saksi tinggalan-tinggalan bersejarah ini!

2

Kredit: Christian Cordova di Flickr

3. Kotak Tin

Pelbagai pilihan dan reka bentuk kotak tin boleh didapatkan di sini. Kebanyakannya melambangkan kota London seperti kotak telefon berwarna merah ini. Kotak ini boleh digunakan untuk meletakkan pelbagai perkara dan boleh juga dijadikan hiasan atau cenderahati buat peminat hiasan rumah bertema Inggeris.

3

Kredit: Synwell di Flickr

4. Jam Loceng

Jam loceng klasik ini begitu mudah didapati di London. Jadikan ianya cenderahati buat mereka yang sukar untuk bangun pagi! Tarikannya terletak pada reka bentuk klasiknya yang agak comel.

4

Kredit: Zhu di Flickr

5. T-Shirt

Tidak sah ke luar negara jika tidak menambah koleksi T-shirt yang melambangkan negara tersebut. Selain itu, di London juga belilah jersi bola sepak pasukan kegemaran anda atau rakan anda untuk dijadikan cenderahati.

5.jpg

Kredit: Michael di Flickr

6. Cawan

Bagi mereka yang mengumpul cawan pula anda tidak akan hampa dengan variasi cawan yang dijual di kota London. Rambang mata dibuatnya! Pelbagai pilihan warna, corak dan rekabentuk menanti anda.

6

Kredit: Gianluca1996 di Flickr

7. Snow Globe

Bawa pulang snow globe yang comel ini sebagai hiasan yang mengingatkan anda kepada kembara kota London anda. Semestinya dihiasi dengan simbol-simbol kota London, satu untuk setiap rakan-rakan atau saudara-mara.

7.jpg

Kredit: Debabrata Ray di Flickr

8. Teh

Bukan sahaja barangan, malah minuman juga boleh dijadikan cenderahati. Terkenal dengan budaya minum teh, pelbagai variasi teh dijual di London. Mungkin variasi yang tidak pernah anda fikirkan. Ada perisa pudina, strawberi, raspberry, vanila, dan banyak lagi. Malah ada kedai yang hanya menjual barangan berkaitan teh.

8.jpg

Kredit: Julian Macedo di Flickr

9. Teko Ukiran lambang England

Memang mencabar untuk memasuki kedai yang menjual pelbagai jenis teko comel ini kerana anda pasti ingin membawa pulang kesemuanya! Tapi memikirkan ruangan bagasi yang terhad, terpaksa membuat pilihan yang terbaik. Pilihla teko yang dapat anda gunakan beberapa tahun lamanya tanpa rasa jemu.

9.jpg

Kredit: Visit Britain di Flickr

Oh ya, jangan lupa sediakan ruang secukupnya di dalam bagasi anda untuk membawa pulang barangan-barangan ini!

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: