Indonesia

7 Perkara Luarbiasa Anda Akan Alami di Bali

Bali – sebuah tarikan yang tidak asing lagi bagi para pelancong. Ia menjadi destinasi impian bagi ramai orang. Mungkin anda juga ingin menyelami, apakah sebenarnya keistimewaan Bali? Ini adalah perkara luarbiasa yang akan anda alami bila melancong ke Bali, Indonesia.

1. Kebudayaan Unik

Kebudayaan dan kesenian yang terdapat di Bali sukar didapati di tempat lain. Di sana, anda dapat menyelami budaya ini dengan menonton tarian-tarian yang dipersembahkan atau menyaksikan pelbagai upacara yang diadakan pada waktu-waktu tertentu sepanjang tahun. Bali memang terkenal dengan tarian tradisional seperti tarian Trunajaya, tarian Barong, tarian Legong dan tarian Kecak. Banyak lagi jenis tarian yang ada di Bali dan bakal menghiburkan anda.

1.jpg

Kredit: Patrik M. Loeff di Flickr

1.1.jpg

Kredit: Riza Nugraha di Flickr

2. Pemandangan Matahari Terbenam yang Mengagumkan

Tidak dapat dinafikan , pemandangan matahari terbenam di pesisiran pantai-pantai di Bali akan memukau mata para pengunjung. Ambil kesempatan ini untuk merakamkan sebanyak mungkin momen indah di sini. Anda juga berpeluang menikmati makan malam romantik berlatarbelakangkan matahari terbenam. Ya, aktiviti seperti ini memang digemari oleh pengunjung terutamanya buat pasangan yang berbulan madu.

2

Kredit: java tourism di Flickr

2.1.jpg

Kredit: Joe Le Merou di Flickr

3. Warna-Warni

Bali akan sentiasa disirami pemandangan warna-warni hasil budayanya yang berwarna-warni. Ia tidak akan pernah suram selagi budaya ini dikekalkan. Dari warna-warni pakaian yang dipakai para penduduk, kain-kain yang digunakan untuk upacara tertentu, dan warna-warni bunga-bunga segar, semuanya mewarnai bumi Bali. Tidak hairanlah sekiranya pengunjung sentiasa ada sesuatu yang cantik untuk dirakamkan di lensa kamera!

3.jpg

Kredit: alain01789 di Flickr

3.1.jpg

Kredit: Riza Nugraha di Flickr

3.2.jpg

Kredit: David Stanley di Flickr

4. Keindahan Flora dan Fauna

Keindahan flora dan fauna di Bali sukar digambarkan, anda perlu ke sana untuk mengalaminya sendiri. Kehijauan yang menyegarkan dan binatang-binatang yang menghiasi landskap Bali adalah lain dari yang lain. Malah ada kuil yang dibina di tengah-tengah kehijauan pokok-pokok di sekeliling. Ada juga hotel yang dibina dengan dikelilingi alam semulajadi. Pasti anda mendapat ketenangan luarbiasa dan dapat merehatkan minda sepenuhnya di Bali.

4.jpg

Kredit: Kai Lehmann di Flickr

4.1.jpg

Kredit: alfaneque di Flickr

5. Seni Ukiran Bali

Sememangnya ukiran patung-patung di Bali istimewa kerana hanya terdapat di sini. Para pengukirnya adalah pakar yang mendedikasikan hidup untuk membuat ukiran-ukiran ini. Sama ada ukiran kayu atau batu, masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri. Ramai pelancong dari Eropah dan Amerika akan membawa pulang ukiran-ukiran kayu untuk dijadikan hiasan di rumah.

5.jpg

Kredit: Travis Wise di Flickr

5.2.jpg

Kredit: eGuide Travel di Flickr

6. Sawah Padi Luas Terbentang

Pemandangan sawah padi di Bali nampak fotogenik dan sudah pasti terpahat di kenangan para pengunjung kerana kecantikannya. Ia nampak istimewa kerana penanaman yang dilakukan secara bertingkat-tingkat di sesetengah kawasan. Ya, memang nasi menjadi makanan ruji penduduk di sini, sama seperti di kebanyakan negara Asia yang lain. Oleh itu, tidak sukar untuk pelancong dari Malaysia untuk mendapatkan makanan yang kena dengan selera mereka.

6.jpg

Kredit: Roberto Faccenda di Flickr

6.1.jpg

Kredit: Everyone Sinks Starco di Flickr

7. Kemesraan Penduduknya

Penduduk Bali murah dengan senyuman dan ramah dengan para pelancong. Tidak perlu takut untuk mendekati mereka kerana mereka pasti akan menolong jika anda perlukan bantuan. Walaupun ramai yang tidak memiliki kemewahan dunia, mereka kelihatan gembira dengan kehidupan di Bali. Mungkin menyelami keistimewaan Bali setiap hari yang membuatkan mereka gembira!

7.jpg

Kredit: M Meijerink di Flickr

7.1.jpg

Kredit: Adam Cohn di Flickr

Anda perlu ke Bali untuk mengalami apa yang saya ceritakan!

 

 

 

 

1 comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: