
Jika melancong ke Korea tak lengkap rasanya jika anda tidak mencuba pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok. “Han” merupakan panggilan lain bagi Korea, manakala “bok” bermaksud pakaian. Amnya masyarakat Korea hanya menyebut pakaian mereka sebagai “pakaian Korea” yang juga menjadi salah satu identiti dan kebanggaan mereka.
Berikut antara tempat yang boleh anda kunjungi untuk merasi sendiri pengalaman memakai pakaian tradisional Korea:
1. Istana Gyeongbokgung
Istana Gyeongbokgung ini antara Five Grand Palaces yang dibina semasa Dinasti Joseon. Banyak aktiviti dan live performance yang diadakan di sini. Di Istana Gyeongbokgung ini juga anda boleh mencuba pakaian tradisional Korea secara percuma. Lebih unik, anda boleh merakamkan gambar kenang-kenangan berlatar belakangkan seni bina Istana Gyeongbokgung yang sangat menarik.

Alamat: 161 Sajik-ro, Sejongno, Jongno-gu, Seoul
Waktu Operasi: Rabu – Isnin, 10:00, 14:00 / 10 minit bagi setiap orang
Bayaran Sewa: Percuma
Website: www.royalpalace.go.kr (Korean, English)
2. Istana Doeksugung
Upacara pertukaran pegawai istana berlaku hampir setiap hari kecuali pada hari Isnin. Di Istana Doeksugung anda boleh mencuba pakaian seragam pegawai istana dan juga Hanbok. Jangan risau, tiada bayaran yang di kenakan malah anda juga boleh bergambar bersama pegawai Istana sewaktu upacara pertukaran pegawai berlangsung.

Alamat: 99, Sejong-daero, Jung-gu, Seoul
Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 10:30-11:30, 13:30-14:30, 15:00-16:00 / 10 minit bagi setiap orang
Bayaran Sewa: Percuma
Website: www.deoksugung.go.kr (Korean, English)
3. Seoul Global Culture – M Plaza, Myeongdong
Antara lokasi yang sangat popular untuk mencuba pakaisan tradisi Korea secara percuma. Selain lokasinya yang terletak di tengah-tengah Myeongdong, staffnya yang ramah dan boleh berbahasa Inggeris pasti membuat anda lebih teruja. Bukan sekadar Hanbok, di sini juga anda boleh dapat bergaya dengan pakaian-pakai rasmi istana seperti jubah rasmi Raja Dinasti Joseon, jubah pelayan istana dan banyak lagi.

Alamat: 5F, M Plaza, 27, Myeongdong 8-gil, Jung-gu, Seoul
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat 10:00 – 17:00 / 10 minit bagi setiap orang
Waktu Rehat (12:30 – 13:30)
Bayaran Sewa: Percuma
Website: seoulculturalcenter.com (Korean, English, Japanese, Chinese)
4. Insadong PR Center
Berkonsepkan living museum, Insadong PR Center merupakan tempat paling ideal untuk anda mempelajari sejarah dan kebudayaan masyarakat Korea. Pada asalnya Insadong PR Center merupakan kediaman peribadi untuk Putera Uichin (1877-1955) iaitu anak kelima Panglima Gojong (1852-1919). Dibuka kepada pelancong sejak tahun 2006 bagi memperomosikan sejarah, kebudayaan dan tradisi masyarakat Korea. Selain dapat mencuba Hanbok, pelawat juga dapat melihat sendiri persembahan muzik traidisional Korea.

Alamat: 19, Insadong 11-gil, Jongno-gu, Seoul
Waktu Operasi: Di buka setiap hari 10:00-17:30 / 20 minit bagi setiap orang
Bayaran Sewa: 3,000 Won
Website: www.hiinsa.com (Korean, English)
5. Unhyeongung Royal Residence
Merupakan kediaman peribadi Heungseon Daewongun iaitu seorang ahli politik dan juga bapa kepada King Gojong. Selain itu ia juga pernah menjadi salah satu lokasi pengambaran bagi drama Korea “Guardian: The Lone and Great God” (2016). Di sini anda boleh mencuba Hanbok, Gwanbok (Pakaian pegawai), Dangeui (pakaian rasmi bagi wanita) dan juga Hanbok untuk kanak-kanak.
![IMG_1432_edit1[5]](https://2290musafirblog.files.wordpress.com/2018/01/img_1432_edit15.jpg?w=780)
Alamat: 464, Samil-daero, Jongno-gu, Seoul
Waktu Operasi: Selasa – Ahad, April – Oktober 10:00-18:00, November – Mac 10:00-17:00 / 20 minit bagi setiap orang
Bayaran Sewa: 3,300 won
Website: www.unhyeongung.or.kr (Korean, English, Japanese, Chinese)
6. Kokdu Traditional House, Bukchon Hanok Village
Kokdu merupakan arca kayu yang digunakan untuk menghiasi kenderaan mengangkut keranda ke tanah perkuburan nenek moyang sewaktu Dinasti Joseon (1392-1910). Pelbagai figura Kokdu di pamerkan di dalam muzium ini. Di Kokdu Traditional House ini, anda boleh melihat sendiri kindahan reka bentuk dan hiasan dalaman rumah tradisional masyarakat Korea. Pengunjung juga boleh merasai pengalaman memakai Hanbok dan merakam gambar kenangan di segenap sudut rumah yang sangat menarik.

Alamat: 155-2 Gahoe-dong, Jongno-gu, Seoul, South Korea
Waktu Operasi: 10:00 – 18:00
Bayaran Sewa: 3,000 Won