Australia

Tempat-tempat Menarik di Australia Barat

Berminat untuk mengembara ke Autralia Barat dan mengalami kehebatan yang luarbiasa? Baca senarai di bawah bagi mengetahui tempat-tempat menarik untuk dikunjungi.

1. Pinnacles

Sebuah padang pasir yang terletak di sebelah utara Perth di Taman Nasional Nambung, alami keindahan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Jika anda ke sana di antara bulan Julai dan Oktober, kemungkinan besar bunga-bunga liar sedang berkembang mekar. Cantik, tapi ingat, jangan petik bunga-bunga ini! Ia tidak dibenarkan dan anda boleh didenda sehingga AU$2000. Bagi yang meminati bunga, lawatlah kawasan ini pada bulan Ogos dan September. Jika anda memandu kereta sendiri, anda perlu melalui Indian Ocean Drive. Sesampainya di sini, anda dapat melihat batu kapur purba The Pinnacles. Pemandangan yang unik terbentang luas ini telah terbentuk semenjak jutaan tahun yang lalu. Oh ya, singgah juga ke Cervantes yang terletak tidak jauh dari sini untuk menikmati makanan laut yang segar.

Waktu Sesuai Melawat: Ogos dan September (musim bunga liar)

1.jpg

Kredit: Paean Ng di Flickr

2. Caversham Wildlife Park

Sesuai untuk dIterokai oleh seluruh isi keluarga, antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ialah: Memberi kanggaru makan, menyentuh possum, berjumpa dengan wombat, melihat pertunjukan haiwan dan bergambar bersama koala. Jangan lepaskan peluang ini kerana ada haiwan-haiwan yang terdapat di sini tidak akan dijumpai di mana-mana negara lain! Apa yang unik tentang Caversham Wildlife Park ialah anda dapat peluang untuk lebih mendekati haiwan-haiwan tersebut. Ini pasti menjadi pengalaman yang sukar untuk dilupakan terutamanya buat mereka yang membawa anak-anak kecil. Untuk menikmati sepenuhnya tempat ini, anda disarankan untuk menghabiskan lebih kurang tiga jam di sini.

Waktu Operasi: 9.00 am hingga 5.30 pm setiap hari (Kecuali hari Krismas).

2.jpg

Kredit: Francesco di Flickr

2.1.jpg

Kredit: Darren Bellerby di Flickr

3. Kalbarri National Park

Kalbarri National Park menjanjikan sebuah pengembaraan yang sukar dilupakan. Dipenuhi alam semulajadi dan flora dan fauna yang cantik, sesuai untuk mereka yang sukakan pengembaraan yang mencabar. Anda boleh juga menyelusuri pantainya yang tersergam indah dan bergambar di the Nature’s Window yang sememangnya menjadi tempat bergambar yang popular. Pemandangan batu-batunya yang besar ini telah terbentuk secara semulajadi semenjak berjuta-juta tahun dahulu. Bentuk muka bumi seperti inilah yang membuatkan pengembaraan ke Australia Barat cukup mengagumkan.

Peringatan: Bawa air minuman yang mencukupi bagi memudahkan perjalanan anda.

3.jpg

Kredit: Jimmy Chen di Flickr

4. Freemantle

Freemantle – tempat bersejarah di Australia. Antara tempat-tempat menarik untuk dilawati ialah Freemantle Prison, Freemantle Markets, dan Western Australian Maritime Museum. Perjalanan ke Freemantle dari bandar Perth dengan kereta mengambil masa lebih kurang 30 minit. Jalan-jalan di Freemantle dipenuhi dengan seni bina kurun ke-19. Bandar yang sesuai dilawat oleh pencinta sejarah! Antara barang-barang yang dijual di Freemantle Market pula termasuklah lukisan, makanan, pakaian, dan barangan kraf. Tempat terbaik untuk memburu cenderahati! Namun, pasar ini tidak dibuka setiap hari. Oleh itu, lakukan kajian untuk mengetahui waktu-waktu ia dibuka. Lawatan ke Freemantle tidak akan menghampakan anda kerana ia ada sesuatu untuk dinikmati oleh setiap pengunjung.

Tips: Lawat Freemantle Visitor Centre sebelum meneroka Freemantle untuk mendapatkan maklumat tentang lokasi-lokasi menarik.

4.jpg

Kredit: Alex Clark di Flickr

4.1.jpg

Kredit: James Stonley di Flickr

5. Greenough Hamlet

Greenough Hamlet, satu lagi tempat bersejarah di Australia. Anda akan dibawa menyelusuri hidup di sana pada kurun ke-19 dengan bangunan-bangunan lama dalam keadaan asli yang dijaga rapi. Setiap bangunan mempunyai sejarah tersendiri dan ada risalah yang menceritakan tentang sejarahnya. Dari gereja, stesen polis dan sekolah, semuanya menyimpan sejarah tersendiri. Ada juga alpaca yang dibiarkan bebas berjalan ke mana-mana. Perhatikan juga sesetengah pokok-pokok di sini yang hampir menyembah bumi, pelik kan?

Cadangan: Pelajari serba-sedikit tentang kehidupan di sana pada kurun ke-19, anda akan lebih tertarik dengan sejarahnya!

5.jpg

Kredit: Richard Rossiter di Flickr

6. Kings Park

Taman di tengah-tengah bandar di Perth yang berkeluasan 400 hektar ini menawarkan kepelbagaian biodiversiti yang istimewa. Antara kawasan-kawasan yang boleh diteroka di sini ialah kawasan piknik dan taman permainan, taman botani, Rio Tinto Naturescape, State War Memorial, dan Fraser Avenue Precinct. Anda juga boleh menikmati pemandangan Swan River dari sini. Selain itu, terdapat juga pelbagai acara yang dijalankan sepanjang tahun mengikut musim seperti Moonlight Cinema, Botanic Garden Treasures, Stories of People and Plants, dan Native Plant Sale. Periksa di kalendar untuk mengetahui acara-acara yang akan dijalankan sepanjang tahun. Terlalu banyak aktiviti yang boleh dilakukan seisi keluarga di sini, oleh itu, rancang sebaiknya untuk penggunaan masa yang optimum.

Peringatan: Bukan semua kawasan dibuka pada setiap hari.

6.jpg

Kredit: David O’Keeffe di Flickr

6.1.jpg

Kredit: David O’Keeffe di Flickr

Nikmati pengembaraan Australia Barat anda!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: