Tip Bercuti

8 PERKARA YANG ANDA PERLU ELAKKAN SEBELUM DAN SEMASA MELANCONG

Anda nak bercuti atau melancong tetapi masih terfikir apa yang anda perlu elakkan dan tidak patut anda lakukan sebelum dan semasa melancong?

kali ini entry nak share sikit supaya anda tahu apa yang anda tidak wajar lakukan.

do not do this  advice or warning - handwriting on pink sticky n

Gambar kredit :  ATG – Business Travel Solutions (google search)

1) JANGAN TUKAR DUIT DI LAPANGAN TERBANG

Jika dibandingkan dengan kadar mata wang di lapangan terbang adalah sangat tinggi berbanding di money changer luar dari kawasan lapangan terbang. Oleh itu, adalah disarankan lebih berbaloi sekiranya anda menukar mata wang kepada mata wang yang lain awal sebelum anda ke luar negara. Sekarang terdapat banyak money changer yang menawarkan kadar pertukaran mata wang yang lebih rendah berbanding di lapangan terbang. Malah, di pusat membeli-belah juga sekarang banyak menawarkan servis ini.

2) JANGAN HANYA BAWA WANG TUNAI MALAH PERLU SEDIAKAN KREDIT KAD

Siapa kata melancong hanya perlu bawa cash sahaja. Untuk yang layak memohon kredit kad, mohon la jika anda layak sebagai langkah kecemasan. Kot-kot la terjadi apa-apa yang tidak diingini seperti anda kena rompak ke? itu semua kita tidak boleh duga. Jika berlaku hal demikian sekurang-kurangnya anda ada juga sumber lain selain tunai. Selain itu bagi yang suka borong sakan tu boleh guna kad kredit kalau tidak cukup tunai.

3) JANGAN ABAIKAN INSURANS PELANCONGAN

Ramai yang beranggapan insuran itu tidak penting waktu melancong. Ramai yang berfikir setakat beberapa hari saja melancong tidak perlulah insurans itu. Anda disarankan ambil travel insurance sekiranya anda bercadang untuk ke luar negara kerana ia bertujuan untuk melindungi anda sekiranya berlaku sebarang kecemasan termasuklah medical dan non-medical emergency. Jika sesuatu berlaku kepada anda, contohnya bencana alam dan kemalangan sekurang-kurangnya anda dilindungi oleh insurans yang anda ada. perlu diingatkan kos rawatan dan perbelanjaan hospital di luar negara agak mahal dan kebiasaannya boleh mencecah sehingga beribu-ribu ringgit harus ditanggung oleh anda sendiri. Jadi Fikir-fikirlah.

4) JANGAN HANYA BERGANTUNG KEPADA ‘AIRLINE WEB ENGINE’ BESAR SAHAJA

skyscanner

Gambar kredit : Linkedln (google search)

Jangan hanya bergantung kepada search engine yang besar sahaja. Cuba dapatkan deal yang mungkin jauh lebih murah berbanding apa yang anda jumpa di laman web seperti ini. Hal ini kerana kebanyakan search engine atau laman web seperti ini tidak mengiklankan syarikat penerbangan tambang murah yang lebih kecil. Betul, tiada satu pon laman web carian yang menawarkan tawaran yang terbaik sepanjang masa. Tetapi elakkan daripada bergantung sepenuhnya pada sesuatu laman web. Luaskan carian anda. Terdapat banyak lagi search engine  yang boleh digunakan untuk mencari penerbangan yang jauh lebih murah seperti Skyscanner dan Traveloka. Selain dari flight, hotel pon anda boleh check juga. 

5) JANGAN MENOLAK UNTUK MENGINAP DI APARTMENT ATAU HOSTEL

sesetengah orang menganggap Apartment atau hostel adalah tempat tinggal yang paling tidak selesa dan tiada standart ketika melancong. Kita membayangkan kemudahan yang tidak terjaga, tidak teratur dan kotor, dan beranggapan pelajar atau golongan yang kurang kurang berkemampuan sahaja sebagai target mereka. Jika anda berfikir sebegitu, anda silap dan anda perlu ubah pemikiran anda. Kebanyakan Apartment dan hostel pada zaman sekarang ini lebih bersih dan mempunyai lebih banyak kemudahan berbanding hotel. Mereka menawarkan macam-macam kemudahan untuk menarik lebih ramai pelancong, contohnya seperti pool table, mini cafe, permainan video  komputer, kemudahan dobi, dan Wi-Fi percuma. Kemudahan bilik yang mereka sediakan juga adalah pelbagai bagi memenuhi kehendak pelanggan mereka yang bermacam-macam permintaan. Dalam masa yang sama anda juga dapat menggurangkan kos percutian anda. Jadi mengapa perlu bayar lebih.

6) JANGAN LUPA BAWA UBAT UBATAN

MEDICINE

Gambar kredit : Obesity Institute – (google search)

Disaat anda bercuti, jangan ambil mudah untuk membawa ubat-ubatan walaupun anda sihat dan tidak sakit. Sakit tidak boleh dijangka. Contoh paling mudah, bila ditempat orang mungkin kita akan diuji dengan masalah kesihatan. Mungkin makanan yang anda makan di tempat itu tidak sesuai dengan perut anda atau cuaca yang berbeza mungkin menyebabkan kita jatuh sakit. Jadi, JANGAN sesekali lupa untuk membawa ubat-ubatan asas seperti paracetamol, antiseptik, minyak angin, ubat sakit perut dan sebagainya. Tetapi kalau anda sendiri mempunyai penyakit dan sentiasa makan ubat ikut waktu, jangan pula ditinggal ubat-ubatan anda. Kalau tidak, habislah plan percutian anda!

7) JANGAN BIARKAN BEG ANDA TERLEBIH MUATAN

Haaaa. Inilah pemikiran orang kita, kalau nak bercuti, kalau boleh semua barang nak dibawa sampai penuh beg. Kadang-kadang yang tak perlu pun dibawanya. Oleh itu, mulai sekarang sebaiknya elakkan membawa barang yang tidak perlu. Bukannya anda nak duduk sebulan ke 2 bulan kat sana. Yelah, nanti menjadi satu beban pula untuk anda membawa barangan tersebut.  Silap haribulan kena charge terlebih muatan pulak. Tambahan pula jika beg anda banyak ruang nak membeli-belah pon senang. banyak la sikit barang yang anda boleh sumbat dalam beg tu.

8) JANGAN ATAU ELAKKAN NAIK TEKSI

Teksi merupakan pengangkutan yang paling penting sejak dahulu lagi. Tetapi jika anda melancong ke luar negara ataupon negara- negara yang menggunakan penggangkutan yang unik atau pengangkutan awam, sebaiknya anda cuba gunakan perkhidmatan tersebut berbanding teksi. Ini kerana, kebiasaannya kadar yang dikenakan adalah agak mahal. Boleh jika anda mahu menggunakan teksi tetapi lebih berbaloi jika anda ramai dan boleh bahagi tambangnya dan akan jadi lebih murah. Jika anda sekadar seorang atau 2 orang sahaja lebih berbaloi sekiranya anda menaiki pengangkutan awam yang lain seperti bas dan train.

Sampai di sini sahaja perkongsian untuk kali ini. semoga info ini sedikit sebanyak dapat memberi serba sedikit info dan penjelasan kepada anda dengan lebih jelas lagi.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s