Tip Bercuti

7 Jenis Penipuan atau Scammer ketika Melancong.

Siapa tak suka nak melancong betul tak? Melancong tu Melancong jugak. Tetapi kena juga ambil tahu terdapat banyak penipuan ataupon Scammer yang akan memerhatikan anda dan cuba untuk mendekati anda ketika melancong. Mana tak nye, mereka ini jika nampak je ada pelancong datang terus nak mencari peluang untuk ambil kesempatan. Makanya, di sini, admin nak kongsikan sedikit antara jenis-jenis penipuan atau travel scammer supaya anda lebih berhati-hati ketika melancong!!!

1 ) Pengemis Jalanan

pengemis

Picture kredit via Google image 

yang ini sering kita lihat di mana-mana sahaja. Contohnya ada budak datang dan cuba mengejar kita untuk meminta sedekah atau mengemis dengan kita. Iya betul, sedekah itu bagus. Tetapi anda perlu ingat jika kita bagi dia duit, kita seolah-olah menggalakkan sindiket ini semakin berleluasa di negara mereka. Selain itu dalam tidak sedar kita akan menarik minat pengemis lain untuk melakukan hal yang sama kerana beranggapan kita ini sentiasa berduit.

CARA MENGATASI : Cuba mengelak dengan beradab dan elakkan daripada menyentuh atau mengasari mereka. Buat tidak tahu sahaja. Tetapi jika memang anda jenis kesian ataupon memang nak buat amal waktu itu, boleh tukarkan wang dari bentuk lain contohnya belanja makanan atau minuman.

2 ) Tukang Angkat Beg

baggage

Picture kredit via Google image

Yang ini sering kita lihat kebanyakan kalau kita pergi ke pulau-pulau peranginan begitu contohnya si pengangkat beg ini akan offer nak angkatkan beg dari bot ke jeti ataupon dari lapangan terbang menuju ke teksi. Itu sudah biasa sangat da kita lihat.

CARA MENGATASI : Jangan terus memaki golongan ini, sebaliknya pegang rapat beg anda dan menolak dengan cara baik. Sebab mereka ini pantang nampak peluang depan mata. tau-tau je da angkat beg terus mintak upah. upah pula bergantung mereka la nak mintak berapa. Jadi anda perlu lebih berhati-hati ye.

3 ) Meter Kenderaan Rosak

taxi metre

Picture kredit via Google image 

Untuk meter rosak ini pula lagi kita senang nak jumpa. Lebih-lebih lagi jika anda merancang untuk mahu menaiki teksi ketika melancong. Perlu diingatkan ye dimana-mana sahaja tempat kalau anda itu pelancong, kenderaan ini lah yang sering menggunakan alasan meter rosak ataupon gunakan jarak yang lebih jauh walhal tempat itu dekat je pon. Ada banyak lagi cara mereka gunakan tetapi dua cara ini sahaja yang sering mereka gunakan. Tetapi tak semua pemandu teksi begitu cuma ingin mengingatkan sahaja sebelum terkena.

CARA MENGATASI : Sebelum nak ambik teksi tu, rajin-rajinkanlah mulut anda tu bertanya kepada pemandu tersebut, dia pakai meter atau tidak? kalau dia kata tidak, boleh je anda nak ambik perkhidmatan itu tetapi anda cuba negotiate harga dengan pemandu tersebut dahulu. kalau dia boleh bagi harga lebih baik anda ambil. tetapi kalau dia tidak tetapkan harga dan suruh anda bayar ketika sampai ke destinasi yang anda hendak tuju, lupakan sahaja kerana mereka akan cas lebih tinggi. itu salah satu taktik mereka.

4 ) Penjual Jalanan atau Bunga Percuma

budak jual bunga

Picture kredit via Google image

Teknik ini juga kita sering lihat. Contohnya mereka akan target kita yang melancong ini dan akan seboleh-boleh mengejar kita dan menjual barang atau memberi kita bunga percuma. Ni admin nak ingatkan kalau anda memang tidak berminat dan tidak mahu beli, Elakkan dari melayan dan menyentuh atau menunjukkan anda berminat dengan barang yang mereka tunjukkan kepada anda. Kalau tidak merana la anda dikejar mereka.

CARA MENGATASI : Cuba alihkan pandangan anda dan rajin-rajinkan lah tangan anda menyimpan dalam poket tu dan cepat-cepatlah beredar daripada mereka. Ini kerana mereka boleh bertindak memaksa dan lebih agresif bila kita kata tak nak.

5 ) Motor/Kereta sewa rosak atau dicuri

Fixing A Car Scratch

Picture kredit via Google image 

Ini pula berkaitan dengan syarikat sewa kenderaan. Bagi yang suka melancong gunakan perkhidmatan sewa kenderaan, baca betul-betul. Jangan terlalu ambil sambil lewa. malah jika anda menggunakan kenderaan sewa ini, anda perlu lebih teliti. Ini kerana ada sesetengah syarikat akan tuduh kita rosakkan atau calarkan kenderaan mereka walhal anda ambil mula-mula memang macam itu. yang lebih teruk lagi jika kenderaan anda itu dicuri. Sedangkan yang melakukan aktiviti itu adalah orang-orang mereka juga. Maka anda perlu la membayar ganti rugi atas kerosakan atau kehilangan tersebut.

CARA MENGATASI : Lepas anda selesai pendaftaran semua, periksa setiap sudut termasuk dalam dan luar sebelum anda bawak kenderaan tersebut. Selain itu jika anda ternampak ada calar atau kemek di mana-mana beritahu tuan kedai atau tangkap gambar sebagai bukti. Untuk kenderaan dicuri pula, Elakkan bagi alamat lengkap tempat kita menginap dan sentiasa letakkan kenderaan di tempat yang ramai orang atau dekat dengan security supaya senang dipantau.

6 ) Penyeluk Saku

seluk saku

Picture kredit via Google image 

Sewaktu anda melancong, aktiviti si penyeluk saku ni memang merata-rata. Banyak taktik mereka gunakan untuk mengaburi penglihatan anda. Antaranya, mereka berpura-pura menanyakan anda soalan atau berpura-pura sesat supaya anda tertarik kepada pertanyaan mereka. Walhal anda tidak sedar yang terdapat orang lain atau kawan mereka sendiri yang sedang melakukan kerja penyelukan sewaktu anda ingin menjawab pertanyaan mereka.

CARA MENGATASI : anda harus sentiasa berwaspada dan sentiasa awasi barang-barang anda, terutamanya di tempat-tempat yang padat dengan orang ramai. Jika anda memakai kot atau jaket, pakai beg anda di dalamnya supaya terlindung daripada dapat dilihat atau dicapai oleh si penyeluk saku ini. Cara ini sesuai kalau anda membawa sling bag yang bertali panjang itu. Boleh galas di bahu seperti biasa, atau pun secara bersilang badan (crossbody) dan kemudiannya disorokkan di dalam kot atau jaket. Kalau anda membawa backpack atau beg galas belakang, cara ini mungkin kurang sesuai. Jika anda seorang yang backpacker, lebih baik galaskan di hadapan anda, kecuali jika anda ada kawan yang berjalan di belakang supaya dapat memantau beg anda.

7 ) Photografer Scammer

photografer scammer

Picture kredit via Google image 

Jika anda pergi bercuti mesti nak ambil gambar kan? Antara contoh scammer fotografer yang anda akan jumpa ialah tatkala anda sedang ingin mengambil gambar, akan ada orang yang memerhati dan akan datang kepada anda untuk menawarkan untuk mengambil gambar anda. Tapi selepas selesai mereka akan meminta bayaran di atas perkhidmatan itu. Sekiranya anda enggan untuk membayar mereka, kamera anda tidak akan dikembalikan atau mereka akan bertindak agresif. Lebih teruk lagi mereka akan lari bersama gadget anda.

CARA MENGATASI : Jangan mudah terpengaruh dengan orang seperti ini. Cuba cara lain samaada anda selfie atau suruh kawan anda atau pasangan anda ambil gambar tersebut. Jika anda mengambil pakej peribadi yang mempunyai pemandu pelancong, boleh meminta mereka ambilkan gambar anda.

 

# Semoga info yang dikongsikan setakat ini serba sedikit akan membantu dan memudahkan perjalanan dan keselamatan anda ketika hendak melancong ke negara lain.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: