1 ) VISA KUNJUNGAN LAWATAN / TOURIST VISA
Inilah visa yang paling kerap digunakan jika pergi ke luar negera. visa ini membolehkan seseorang untuk dibenarkan masuk ke sesuatu negara tanpa ada sebarang aktiviti perniagaan. Namun untuk mendapatkan visa ini kita harus rujuk kepada kedutaan (Embassy) sebelum berangkat kerana setiap negara mempunyai tempoh yang berbeza-beza.
2 ) VISA ON ARRIVAL (VOA)
VOA adalah visa yang hanya perlu dipohon semasa tiba di lapangan terbang di negara yang kita dikunjungi. Tidak perlu mengajukan permohonan visa di kedutaan di negara asal, terus sahaja berurusan di lapangan terbang negara berkenaan. Biasanya VOA ini hanya untuk kunjungan singkat seperti melancong atau kunjungan sosial. Kebanyakan Sistem visa on arrival ini hanya berlaku di antara negara-negara yang memiliki hubungan baik.
3 ) VISA BELAJAR
Visa ini digunakan untuk oleh mahasiswa/mahasiswi yang ingin melanjutkan pelajaran di luar negara. Sistem pembuatan visa ini lebih mudah apabila kita sudah memenuhi syarat di institusi pendidikan negara yang ingin dituju. Selalunya, Visa ini sah selama masa pendidikan anda berjalan, termasuk masa bercuti.
4 ) VISA KERJA
Visa kerja diperuntukkan bagi orang-orang yang bekerja di luar negara dan mempunyai jangka waktu yang lama bergantung kepada negara itu sendiri. Boleh jadi status anda tinggal di sana separuh kekal, kekal atau sesuai dengan berapa lama kontrak kerja anda. Visa ini tidak boleh diteruskan secara langsung atau di negara anda kerja. Untuk menyambung visa ini, anda harus kembali ke negara asal dan membuat semula visa anda untuk menyambung tempohnya.
5 ) VISA TRANSIT
visa yang diberikan kepada seseorang jika orang tersebut hanya singgah dari perjalanan udara untuk sementara waktu (tidak lebih dari 24 jam atau ketentuan setiap negara) sebelum melanjutkan penerbangan ke negara lain. Sementara itu, jika anda hanya transit tanpa meninggalkan kawasan lapangan terbang untuk meneruskan penerbangan selanjutnya anda tidak memerlukan Visa transit itu. Walaubagaimanapon jika anda ragu-ragu dengan visa transit ini, anda boleh terus rujuk di kedutaan ataupon syarikat penerbangan yang anda naiki.
6 ) VISA DIPLOMATIK
Visa ini hanya dimiliki oleh orang khusus. Orang tersebut adalah orang yang kebiasaannya bekerja di kedutaan atau seumpamanya yang mewakilkan negara yang berkunjung atas dasar diplomatik.
7 ) VISA PERTUKARAN PELAJAR (EXCHANGE PERMITS)
Visa ini lebih kurang dengan visa belajar. Cuma bezanya, Visa ini biasanya tempoh tidak lama. Visa ini juga selalunya akan diuruskan oleh organisasi pusat pengajian tersebut.