Jom kita semak Tip serta Etika sebelum dan semasa di dalam kapal terbang yang boleh anda praktikkan untuk kemudahan dan keselesaan anda dan orang lain.
1 ) PATUHI HAD SAIZ BAGASI TANGAN
Jangan degil bawa bagasi tangan jauh lebih besar dari had yang ditetapkan. Kalau boleh jangan amalkan sikap penting diri! Bila anda patuhi saiz, beg anda boleh disimpan menegak kerana beg yang disimpan melintang di atas ruang cabin akan memakan ruang. Orang lain pun nak letak beg juga.
2 ) ELAKKAN BERATUR YANG ADA KELUARGA DAN KANAK-KANAK
Sewaktu berbaris untuk pemeriksaan keselamatan, elakkan barisan yang ada keluarga dengan kanak-kanak. Ini kerana lagi ramai orang, lagi lama untuk anda sampai kehadapan.
3 ) BUKA JAKET, KELUARKAN SEGALA BARANG ELEKTRONIK, BARANG YANG MEMPUNYAI BESI DAN ASINGKAN ATAU KELUARKAN DARI BAGASI ANDA
Untuk mempercepatkan pemeriksaan dan memendekkan barisan, penting untuk anda bersiap sedia dengan mengeluarkan siap-siap segala alatan elektronik, membuka jaket, dan menanggalkan segala barang yang mempunyai besi supaya mempercepatkan masa ketika pemeriksaan diri dijalankan.
Untuk bahan cecair pula, samaada anda akan diminta buang atau tinggalkan semasa pemeriksaan diri kerana barang itu dilarang. Kecuali barangan itu mengikut had isipadu yang ditetapkan dan anda perlu memasukkan di dalam satu plastik boleh zip yang lutsinar.
Bergerak cepat bila dipanggil dan ambil barang-barang anda segera dan pakai semula di kawasan yang jauh dari kawasan pemeriksaan!
4 ) BAWA BOTOL KOSONG
Jangan beli air botol, sebaliknya bawalah botol kosong anda sendiri. Ini kerana, hampir semua airport di dunia ini ada mesin air percuma. Jadi, anda tak perlu nak beli air botol sebelum dan selepas pemeriksaan. Botol kosong takkan dirampas ketika pemeriksaan. Anda pon boleh berjimat!!!
5 ) ELAKKAN MEMAKAI PAKAIAN KETAT TERUTAMA DALAM PENERBANGAN JARAK JAUH
Perlu diingatkan ye, ketika penerbangan jarak jauh, hampir setiap masa anda akan duduk di kerusi anda tanpa pergerakan yang banyak. Tahukah anda, pakaian ketat boleh menyebabkan DVT (deep vein thrombosis) iaitu penggumpalan darah dalam salur darah.
Kaki boleh bengkak kerana darah tak mengalir. Oleh itu selamatkan diri anda dari perkara ini. Anda pakai pakaian longgar, anda juga yang selesa.
6 ) SENTIASA PAKAI TALI PINGGANG BILA DI TEMPAT DUDUK ANDA WALAUPUN LAMPU INSYARAT PASANGKAN TALI PINGGANG TELAH DIPADAMKAN
Untuk langkah keselamatan, sentiasalah pakai tali pinggang pesawat Itu walaupun anda sudah berada di udara dan insyarat telah dipadamkan. Kita tidak boleh jangka bila waktu kecemasan akan tiba yang boleh menyebabkan kecederaan yang serius.
7 ) TUMPUKAN PERHATIAN KEPADA DEMO KESELAMATAN
Walaupun anda telah terbang berpuluh-puluh kali, sentiasalah TUMPUKAN PERHATIAN kepada demo keselamatan. Ini kerana peraturan setiap pesawat mungkin ada yang berbeza daripada pesawat yang lain. Perhatikan dan apa yang paling penting anda ingat di mana pintu kecemasan terdekat dengan anda. Sentiasa peka dengan arahan anak kapal. Jangan ambil sambil lewa tentang demo ini.
8 ) JANGAN SESEKALI TIDUR SEWAKTU KAPAL TERBANG BERLEPAS & MENDARAT
Ini penting ya semua. 3 MINIT PERTAMA dan TERAKHIR di setiap penerbangan ialah MINIT PENTING atau masa hidup dan mati. Ini kerana menurut statistik, sebahagian besar kemalangan udara berlaku ketika berlepas dan mendarat. Maka diingatkan JANGAN TIDUR di 3 minit pertama dan terakhir ini!
9 ) JANGAN BUKA KASUT
Tolong jangan buka kasut jika anda rasa kaki anda jenis yang cepat berpeluh dan berbau. Ini kerana udara dalam kabin terhad dan dikitar semula, bau tersebut boleh kekal dalam kabin dan menyebabkan ketidakselesaan penumpang lain. Kalau nak buka juga, pastikan stokin anda bersih dan jangan tanggalkan dari kaki anda.
10 ) DIDIK ANAK ADAB DAN TATASUSILA SEWAKTU DI DALAM PESAWAT
Bagi yang menaiki pesawat dengan anak kecil, ajari anak-anak anda supaya beradab contohnya untuk tidak menendang kerusi di hadapan atau membuat bising dalam pesawat. Mungkin bagi anda susah untuk melakukan ini. Tetapi seeloknnya cuba usahakan, walaupun sukar. Anda perlu ingat setiap orang di dalam pesawat itu juga ingin bercuti dengan tenang.
11 ) HORMATI PRIVASI PENUMPANG LAIN
Bagi sesiapa yang jenis peramah atau mesra dengan semua orang, Nak diingatkan, kalau yang duduk di sebelah anda bukan yang anda kenal dan mereka tak mahu berbual dengan sesiapa pun, jangan paksa! Berikan privasi. Tak salah nak jadi mesra dengan semua orang tetapi biarlah bertempat. Semua orang ada privasi sendiri.
12 ) CUBA TUNGGU WAKTU SESUAI UNTUK KE TANDAS
Ni nak tegur sikit. Bukan tak boleh nak ke tandas. BOLEH!!! tapi tengok-tengok la kedaan atau tunggulah masa yang sesuai, sebagai contoh, bukannya sewaktu anda nampak anak kapal sedang sorong troli makanan dan minuman, masa tu la anda sibuk nak pergi ke tandas. Paling tidak pon tunggulah Selepas anda makan, tunggu sehingga anak kapal kumpul dulang barulah anda bangun dan pergi ke tandas. Tetapi klau memang anda tidak tahan jangan la pula anda tunggu. Nanti penyakit lain pula yang datang.
13 ) JADILAH SEORANG YANG “BERTIMBANG RASA”
Sebagai contoh, Jika anda perlu rendahkan atau ingin baringkan kerusi anda di pesawat, jangan terus turunkan. sebaiknya jenguk dulu apa yang orang belakang anda buat. Kot-kot lah tengah makan ke atau tengah minum air panas, anda turunkan kerusi itu, dah menyebabkan kecelakaan. Jika anda tengok keadaan okay, baru baringkan kerusi anda. Bertimbang rasa lah sedikit kerana mereka juga sama macam kita naik pesawat tu berbayar.
14 ) ISI BORANG KETIBAAN DAN PASTIKAN LENGKAP DIISI SEBELUM PESAWAT MENDARAT
Jika anda pergi melawat tempat yang mempunyai borang ketibaan, ketika dalam penerbangan atau sebelum keluar dari kapal, isikan borang/kad ketibaan tersebut. Bukan lama pon isi benda tu. tak smpai pon 10 minit. Jangan tunggu dah mendarat atau sewaktu imigresen baru nak isi. Kan buang masa anda je. Selain itu, penting untuk anda bawa satu atau dua pen dalam beg anda ye!
15 ) TUNGGU BILA KAPAL BETUL-BETUL BERHENTI BARU BANGUN AMBIL BEG
Ini yang selalu kita lihat. Apa salahnya anda tunggu pesawat berhenti dulu baru la bangun untuk ambil beg dan bergerak ke depan pesawat. Semua orang nak cepat. Tak perlu nak berebut-rebut. Bukannya airport tu lari pon.
16 ) HORMAT ATAU BERBUDI BAHASA DENGAN ANAK KAPAL ATAU ORANG LAIN
Jangan anda rasa anda bayar untuk penerbangan itu, anda boleh buat sesuka hati anda. Sebaliknya, dengar arahan dan cuba ramah dan hormat pramugari dan pramugara ketika mereka memberikan layanan dan perkhidmatan kepada anda. Elakkan dari berlawan cakap atau bergaduh tak kira semasa di dalam pesawat, lapangan terbang, atau sewaktu waktu pemeriksaan.
Kalau anda tak puas hati dengan perkhidmatan diberikan, boleh bawa berbincang di tepi atau di belakang orang awam ataupun boleh buat aduan ketika mendarat nanti. Tak perlu marah-marah atau jerit-jerit. Anda juga yang akan malu nanti. Kalau bukan mereka ini yang membantu memudahkan urusan anda di dalam pesawat, siapa lagi. mereka ini juga manusia dan ada perasaan bukan anda seorang sahaja yang ada perasaan.
# Semoga info dan tips ini memberi serba sedikit info kepada anda dan SELAMAT BERCUTI DENGAN TENANG…