Selain Snow Festival yang terdapat di Harbin China, Sapporo juga sangat terkenal dengan pengajuran Snow Festival yang sangat meriah dan paling ditunggu-tunggu oleh ramai pelancong dari seluruh dunia.
Sapporo Snow Festival ataupun nama lainnya Sapporo Yuki Matsuri diadakan pada minggu pertama bulan Februari bertempat di Hokkaido iaitu ibu kota Sapporo.

Festival ini telah diadakan sejak dari tahun 1950 lagi di mana sekumpulan pelajar membuat beberapa patung salji disekitar kawasan Odori Park. Semenjak dari itu ia terus berkembang dan menjadi satu festival yang sangat meriah dan berjaya menarik lebih dari 2 million pelancong dari dalam dan luar negara.
Terdapat tiga kawasan yang boleh anda kunjungi untuk menikmati keindahan ukiran patung salji dari serata dunia iaitu Odori Dite, Tisudome Site dan juga Susukino Site.
1. Odori Site
merupakan kawasan tarikan terbesar bagi Snow festival di Sapporo. Terbahagi kepada 12 kawasan kecil yang menempatkan pelbagai patung salji yang diukir oleh pengukir-pengukir yang sangat kreatif. Winter illumination juga boleh didapati di sini bermula dari pukul 5.30 petang.



Lokasi: Odori park, Nishi 1 chome~ Nishi 12 chome
Waktu Operasi: Dibuka sepnajang waktu,
Illumination bermula pada pukul 5:30 PM – 10:00 PM
2. Tisudome Site
Merupakan tapak kedua terbesar bagi Snow Festival. Pelbagai tarikan dan juga aktiviti yang boleh didapati di sini seperti Snow Slide sepanjang 100 meter, Snow Strider, Snow Rafting Area dimana anda boleh menaiki rafting boat yang ditarik oleh snowmobile dan banyak lagi permainan lain yang pasti mengujakan anda.


Lokasi: The community dome, Tsudome
Waktu Operasi: 9:00 to 17:00
3. Susukino Site.
Bertemakan ‘enjoy the ice’, kawasan ini menawarkan pameran arca ais yang sangat hebat dan menarik. Anda juga boleh berkunjung ke Plaza Fureai Hiroba untuk merasai pengalaman menyentuh mahupun menunggang ice sculpture yang terdapat di situ.


Lokasi: Ekimae-dori (Station Avenue); Minami 4 jo ~ Minami 7 jo
Waktu Operasi: Dibuka sepnajang waktu,
Illumination bermula pada pukul 5:30 PM – 10:00 PM
Jadi jika anda bercadang untuk ke Sapporo Februari ini, jangan lupa untuk selitkan acara ini di dalam itenerary anda.
Semoga bermanfaat.