1. Matawang
Matawang yang digunakan ialah Dirham.
Kredit: emilynadira di Flickr
2. Bahasa
Bahasa yang digunakan secara umumnya ialah bahasa Arab Maghribi, bahasa Berber dan juga bahasa Perancis. Walaupun Perancis bukanlah bahasa rasmi, bahasa ini banyak juga digunakan untuk berniaga dan juga bagi menggambarkan status. Namun, bahasa Inggeris semakin mendapat tempat terutamanya dalam kalangan mereka yang berpendidikan.
Kredit: Hewy di Flickr
3. Musim
Musim yang paling sesak dan ramai pelancong ialah pada musim bunga dan musim luruh di antara bulan November hingga Mac. Pada musim ini juga, harga penginapan adalah lebih tinggi. Musim yang paling kurang pelancong ialah dari bulan Mac hingga September. Sewaktu ini, harga penginapan di sesetengah kawasan adalah lebih murah.
Kredit: Yassine AbbadiYassine Abbadi di Flickr
4. Waktu Perniagaan
Ada premis perniagaan yang akan menutup perniagaan awal pada hari Jumaat untuk memberi laluan bagi menunaikan solat Jumaat. Namun, waktu perniagaan berbeza-beza mengikut ketetapan masing-masing. Ada juga perniagaan yang tutup pada waktu tengahari pada hari-hari biasa. Pada bulan Ramadhan pula, waktu perniagaan akan berubah. Jangan lupa untuk periksa waktu perniagaan sebelum membeli-belah!
Kredit: mhobi di Flickr
5. Persediaan
Suhu di Morocco boleh mencecah sehingga 40ºC terutamanya pada musim panas. Oleh itu, jika ke Morocco pada waktu sebegini, sangat penting untuk membawa sunblock (pelindung matahari) dan juga air minuman yang mencukupi.
Kredit: Geoff Parsons di Flickr
6. Seni Kraftangan
Morocco ialah syurga kraftangan di mana seni kraftangan di sini ialah unik dan hanya terdapat di Morocco. Dari ukiran kayu, permaidani, barangan tembikar dan pinggan mangkuk, semuanya mempunyai rekabentuk yang menggambarkan Morocco. Rugi jika tidak membawa pulang hasil kraftangan ini.
Kredit: Dongyi Liu di Flickr
7. Senibina
Jika anda peminat atau pengkaji senibina, Morocco adalah destinasi yang tepat sekali untuk anda! Senibina di Morocco ialah suatu campuran unsur tradisional dan juga moden. Terdapat unsur-unsur senibina Islam dan juga unsur-unsur Eropah yang agak moden. Warna-warni yang digunakan menambah keindahan senibina Morocco. Perincian ukiran yang kerap digunakan menunjukkan ciri-ciri ikonik seni Morocco.
Kredit: Claire di Flickr
8. Masyarakat
Masyarakat Morocco secara umumnya sangat mementingkan nilai-nilai kekeluargaan dan biasa hidup dalam keluarga yang besar. Oleh itu, jangan terkejut sekiranya masyarakat tempatan banyak bertanya perihal keluarga anda! Ini adalah salah satu cara untuk mereka bermesra dengan orang yang baru dikenali. Oh ya, mereka juga biasanya mudah mesra.
Kredit: World Bank Photo Collection di Flickr
9. Pengembara Terkenal
Dipercayai bahawa pengembara dan cendekiawan dari Morocco, Ibn Battuta merupakan antara pengembara yang paling awal memulakan trend pengembaraan ke luar negara dan menulis tentangnya. Ibn Battuta yang dilahirkan di Tangier dipercayai telah mengembara melebihi 117, 000 km selama 30 tahun! Cerita pengembaraannya boleh dibaca sehingga kini dalam pelbagai bahasa.
Kredit: Mycroyance di Flickr