China

Kenapa Wajib Melawat Suzhou Jika ke Shanghai

Bandar Suzhou terletak tidak jauh dari Shanghai dan menjadi antara bandar yang perlu anda lawat setelah sampai ke Shanghai. Ia adalah bandar bersejarah yang telah mencatat sejarah selama hampir 2500 tahun! Sering disebut sebagai ‘Venice of the East’, memang anda wajib ke sini untuk mengetahui tentang tarikan bandar Suzhou.

1. Terkenal Dengan Pembuatan Sutera

Fabrik sutera yang mewah dan lembut, terkenal di serata dunia sebagai simbol kecantikan dan kemewahan. Di Suzhou, anda boleh melawat kilang pembuatan sutera iaitu Suzhou Silk Factory dan juga muzium Suzhou Silk Museum yang menceritakan tentang sejarah Suzhou sebagai pengeluar kain sutera semenjak 4000 tahun dahulu. Di sini ditunjukkan teknik-teknik tenunan sutera dan fesyen yang menggunakan kain sutera pada zaman dinasti terdahulu. Anda dapat melihat para pekerja sibuk menghasilkan kain sutera yang telah menjadi kebanggaan China sejak beribu tahun dahulu. Anda juga boleh membeli fabrik sutera pilihan anda di sini! Malah, jika anda benar-benar berminat dengan fabrik sutera, ada festival khusus yang dinamakan Suzhou Silk Festival yang akan memaparkan sejarah sutera dan juga pelbagai produk sutera untuk dijual.

1.jpg
Kredit: _chrisUK di Flickr

2. Gabungan Seni Tradisional dan Moden di Suzhou Museum

Di sini anda dapat melihat gabungan antara seni zaman purba dan juga seni pada zaman moden. Malah, Suzhou Museum mempunyai dua jenis senibina iaitu bangunan lama dan juga bangunan baru yang direkabentuk oleh arkitek terkenal I.M. Pei. Di dalam muzium juga anda dapat melihat hasil seni oleh artis-artis dari zaman dahulu termasuklah lukisan, kaligrafi, kraftangan, porselin, barangan gangsa dan arca. Kontras di antara dunia moden dan zaman dahulu mencetuskan inspirasi bagi mereka yang sukakan seni dan sejarah.

2.jpg
Kredit:Mickaël Denié di Flickr
2.1.jpg
Kredit: Jonathan di Flickr

3. Terokai Sejarah Melalui Pingjiang Road

Jalan sepanjang 1,606 meter ini telah direkodkan semenjak zaman Dinasti Song iaitu lebih kurang 800 tahun dahulu. Kini, ia masih mengekalkan ciri-ciri tradisional walaupun beberapa dekad telah berlalu. Terdapat terusan yang mengalir di sini yang menjadi simbol ikonik Suzhou. Perhatikan keindahan kawasan ini dengan senibina tradisional dan juga penduduk tempatan yang menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Ada juga beberapa jambatan cantik yang sering dijadikan lokasi fotografi perkahwinan untuk penduduk di sana. Terdapat juga kedai-kedai yang menjual cenderahati dengan harga yang berpatutan di sini. Pemandangan di sini lebih cantik jika anda melawat pada waktu malam dengan imej kerlipan lampu yang dipantulkan di terusan.

3.jpg
Kredit: Russ Bowling di Flickr
3.1.jpg
Kredit: Russ Bowling di Flickr

4. Terkenal Dengan Taman-taman yang Menenangkan Jiwa

Suzhou terkenal dengan taman-taman yang dibina oleh golongan bangsawan seawal abad ke-6. Susun atur taman-taman ini biasanya direka berdasarkan falsafah tradisional dan ideologi masyarakat Cina yang berjaya menghasilkan taman-taman tersusun indah. Tasik dan jambatan kecil, susunan batu-bata dan warna-warni bunga serta tanaman menambah pesona. Senibinanya menggambarkan budaya Cina yang jelas di setiap pelusuk taman. Malah, ada taman yang memaparkan bait-bait puisi dan gambar yang indah. Antara taman yang boleh anda lawati ialah Couple’s Retreat Garden. Duduk di tepi kolam dan nikmati ketenangan luarbiasa jauh dari kesibukan dunia kerja anda. Setiap pemandangan yang anda nikmati di sini bakal mencairkan masalah dunia anda.

4.jpg
Kredit: François Philipp di Flickr

Habiskan masa sehari atau dua untuk meneroka Suzhou, pasti banyak kenangan indah yang akan anda bawa pulang!

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: