China Tip Bercuti

6 Masjid untuk anda kunjungi ketika di Shanghai

Sejarah mencatatkan Islam mula bertapak di China pada abad ke-7 sewaktu pemerintahan Dinasti Tang. Dikhabarkan hampir 30 ribu masjid di bina di seluruh negeri China dan berikut merupakan masjid-masjid yang boleh anda ziarah sekiranya berkunjung ke Shanghai:

1. Huxi Mosque

Kredit via
Masjid yang sangat terkenal di Shanghai dan dibina pada tahun 1921 atas usaha penduduk muslim dari Hubei, Shandong, Henan dan Anhui yang tinggal berdekatan dengan Jalan Xikang. Proses pembinaanya mengambil masa lebih kurang dua tahun sebelum ia dipindahkan ke lokasi baru iaitu Jalan Changde pada April 1992. Berkunjunglah ke Huxi Mosque pada hari Jumaat kerana di sinilah syurga makanan halal dan merupakan bazaar muslim terbesar di Shanghai.

 

Alamat: No. 3, Changde Road, Putuo District, Shanghai
No. Telefon: 021-62772076
Akses: Bas 108 atau 109

2. Xiaotaoyuan Mosque

Kredit via
Masjid ini didirikan sedari tahun 1917 dan kemudianya dibina semula pada tahun 1925. Masjid yang juga dikenali dengan nama Xicheng Mosque merupakan salah satu masjid yang terkenal di kalangan pelancong mahupun penduduk tempatan. Masjid ini juga pernah menjadi pusat berkumpul bagi umat Islam disekitar Shanghai sebelum berlepas menunaikan haji melalui jalan laut.

 

Alamat: No. 52, Xiaotaoyuan Street, Huangpu District, Shanghai (Berhampiran dengan Yuyuan Garden)
No. Telefon: 021-63775442

3. Shanghai Songjiang Mosque

Kredit via
Masjid tertua di Shanghai yang dibina sewaktu pemerintahan Regim Zhizheng (1341-1368). Bercirikan senibina dari Dinasti Yuan dan Dinasti Ming, masjid ini mampu menampung lebih kurang 200 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini turut disearaikan sebagai unit peninggalan budaya utama dan diletakkan di bawah perlindungan negara.

 

Alamat: Gangbeng Xiang, Songjiang District, Shanghai (40 Km dari Shanghai downtown)
No. Telefon: 021-57823684

4. Shanghai Pudong Mosque

Kredit via
Masjid ini dibina semula di atas tapak masjid Pushuo dan merupakan salah satu masjid utama di Shanghai. Pada awalnya komuniti muslim di sekitar Jalan Dongchang, Pudong hanya menyewa sebuah rumah untuk dijadikan ruang sembahyang sementara. Kerja-kerja pembinaan masjid bermula pada tahun 1939  dan mengambil masa lebih kurang 8 tahun sebelum ia masjid ini dipindahkan ke Jalan Yuanshen pada tahun 1995.

 

Alamat: No. 375, Yuanshen Road, Pudong New District, Shanghai (Berhampiran Yuanshen Stadium, Pudong)
No. Telefon: 021-50540416
Akses: Bas 102; 107; 110; 113; 104; 106

5. Shanghai Fuyou Road Mosque

Kredit via

Masjid ini terletak berhampiran dengan Yuyuan Garden Station (Shanghai Metro) dan boleh memuatkan lebih kurang 100 jemaah pada satu-satu masa. Fuyou Road Mosque turut dikenali sebagai North Mosque dan dibina atas hasil derma oleh sekumpulan muslim dari Nanjing. Bercirikan senibina tradisional Disnati Qing, masjid tiga tingkat ini turut menempatkan perpustakaan, dewan persidangan, bilik mandi dan kemudahan lain.

 

Alamat: No. 378, Fuyou Road, Shanghai
No. Telefon: 021-63282135

6. Shanghai Female Mosque

Kredit via
Dibina pada tahun 1920 dan pernah ditutup sewaktu pendudukan Jepun sekitar tahun 1937-1945. Lokasi asal masjid ini pada awalnya terletak di Jalan Gaodun, Nanshi District dan kemudian dipindahkan ke Jalan Xiaotaoyuan. Masjid ini juga merupakan sekolah pertama yang di bina khusus untuk wanita muslim di Shanghai.

 

Alamat: No. 52, Xiaotaoyuan Street, Huangpu District, Shanghai (Berhampiran dengan Yuyuan Garden)
No. Telefon: 021-63775442

 

1 comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: