Australia

Alami Keseronokan Pengembaraan Keretapi Bersejarah di Puffing Billy, Australia

IMG-20180215-WA0010.jpg

Sejarah Puffing Billy

Puffing Billy terletak lebih kurang sejam dari kota Melbourne. Ia adalah sebuah sistem pengangkutan keretapi yang telah mengukir sejarah yang cukup panjang di Australia. Ia telah wujud semenjak awal abad ke -20. Lebih seratus tahun kemudian, ia masih kukuh berdiri dan beroperasi. Walaupun pernah berhenti beroperasi selama beberapa tahun, usaha beberapa pihak yang menghargai kepentingan sistem keretapi bersejarah ini membolehkan kita menggunakan sistem keretapi ini sehingga ke hari ini.

Keretapi Yang Mempunyai Rekabentuk Klasik

Kelainan yang boleh anda saksikan sebaik sahaja sampai ke Puffing Billy ialah rekabentuk keretapinya yang agak berbeza berbanding keretapi moden. Kewujudannya lebih seratus tahun dahulu sememangnya sesuatu yang istimewa buat para pengunjung. Sambil menunggu keretapi, para pengunjung berasa seolah-olah berada di abad lain. Anda boleh berhenti di stesen-stesen tertentu mengikut pilihan perjalanan anda.

puffing billy

puffing billy

IMG-20180215-WA0007

IMG-20180215-WA0014.jpg

Nikmati Perjalanan Merentasi Alam Semulajadi

Anda boleh memilih perjalanan melalui Dandenong Ranges yang cukup terkenal dengan keindahan hutan hujan semulajadi. Hirup udara segar sambil menikmati perjalanan sekali seumur hidup ini! Seluruh isi keluarga pasti akan terpesona dengan keindahan Australia. Terasa seolah-olah berada di zaman silam apabila menaiki keretapi bersejarah ini. Sistem keretapi yang lebih terbuka membolehkan para penumpang untuk berada lebih dekat dengan alam. Malah, bagi yang berani, boleh menjulurkan kaki ke luar keretapi!

puffing billy through nature
Kredit: Holiday Point di Flickr

puffing billy

Anda Berpeluang Melihat Binatang Asli Australia

Bukan sahaja dikelilingi alam semulajadi menghijau, malah penumpang keretapi juga berpeluang melihat pelbagai spesis binatang yang terdapat di sepanjang perjalanan. Ia rumah kepada pelbagai spesis burung, wombat, koala, possum, sugar glider, dan banyak lagi! Jika anda bertuah, mungkin anda dapat melihat haiwan-haiwan ini di habitat semulajadi mereka.

 

animals in puffing billy
Kredit: Steel Wool di Flickr

 

Sesuai Untuk Kanak-Kanak

Puffing Billy memang tempat yang sesuai untuk dilawati oleh seisi keluarga. Jika anda ingin mengetahui tentang aktiviti-aktiviti yang sesuai dilakukan oleh anak-anak anda, boleh merujuk kepada acara-acara yang diadakan secara berkala. Contohnya di Gembrook Station ada hiburan untuk kanak-kanak terutamanya bagi mereka yang menggemari watak Thomas and Friends. Pelbagai aktiviti disediakan untuk ‘Day Out with Thomas’ seperti melawat ladang haiwan ternakan, menaiki keretapi bersama Thomas, Percy dan Diesel, bergambar bersama Thomas and Friends dan banyak lagi aktiviti keluarga. Dijamin anak anda tidak akan bosan di sini! Namun, harus diingatkan bahawa acara ini bukanlah diadakan sepanjang tahun. Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut.

16967802897_b92d93724c_k.jpg
Kredit: Michael Greenhill di Flickr

Aktiviti Berpiknik Digalakkan

Bagi yang menggemari aktiviti berpiknik, ia merupakan salah satu aktiviti yang digalakkan di sini. Anda boleh membawa makanan sendiri atau membeli makanan di mana-mana stesyen yang sesuai. Di kawasan Emerald Lake Park, memang disediakan kawasan piknik yang khusus di mana anda boleh menikmati hidangan sambil berehat di tepi tasik. Menarik bukan? Ada juga taman permainan yang pasti menggembirakan anak-anak dan juga bot yang boleh disewa.

6892231492_d82191aed2_h.jpg
Kredit: Brian YapBrian Yap di Flickr

 

3483391176_869c467f1b_b.jpg
Kredit: Sheep “R” Us di Flickr

Trekking di Emerald Lake Park

Aktiviti trekking juga boleh dilakukan di Emeral Lake Park sebelum memulakan perjalanan pulang. Ada laluan trekking yang disediakan untuk anda menerokai taman tersebut. Beberapa jalan pilihan yang disediakan dan anda boleh pilih mengikut kesesuaian tahap kecergasan. Ada yang mudah untuk dilalui dan ada juga laluan yang lebh mencabar. Yang pasti, pemandangannya tidak akan mengecewakan anda!

Peta Emerald Lake Victoria Puffing Billy

26457556282_dd2d1a2f9f_h.jpg
Kredit: Brian Yap di Flickr

Nikmati masa anda di stesen keretapi bersejarah Australia!

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: