Japan

Budaya Jepun

Sebelum ke Jepun, mungkin anda ingin mengetahui serba-sedikit tentang budaya masyarakat Jepun yang unik.

1. Agama

Antara agama yang paling banyak diamalkan di Jepun ialah agama Shinto dan Buddha. Namun, ia bukanlah menjadi amalan utama di dalam budaya Jepun. Agama dianggap sebagai suatu yang peribadi dan tidak ditonjolkan di dalam kehidupan seharian seperti di sekolah-sekolah. Namun begitu, prinsip-prinsip di dalam agama Shinto dapat dilihat di dalam kehidupan harian masyarakat Jepun terutamanya dalam kesenian seperti rekabentuk taman-taman Jepun, bonsai, dan juga sambutan bunga sakura.

1.jpg

Kredit: Timothy Takemoto di Flickr

2. Bahasa

Sudah tentu, bahasa utama yang digunakan di dalam kehidupan harian ialah bahasa Jepun. Namun, globalisasi yang menyaksikan kebangkitan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa menyedarkan masyarakat Jepun terutamanya golongan yang lebih muda untuk menguasai bahasa ini. Oleh itu, semakin ramai golongan muda yang memilih untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Pada masa depan, kemungkinan lebih ramai orang Jepun yang akan menguasai bahasa Inggeris.

2.jpg

Kredit: MsPxl di Flickr

3. Manga dan Anime

Manga ialah komik Jepun manakala anime ialah animasi Jepun. Ia merupakan sebahagian besar budaya Jepun. Karakter-karakter di dalam manga dan anime biasanya mempunyai mata yang besar bagi menghasilkan efek yang lebih dramatik. Manga dan anime bukan sahaja disasarkan untuk golongan kanak-kanak, malah ia mempunyai kelompok peminat dewasa yang besar. Ini kerana ia wujud dalam pelbagai bentuk genre seperti aksi, romantik, komedi, sukan, seram dan banyak lagi. Manga dan anime menghasilkan industri yang besar termasuklah penghasilan figurin dan kostum-kostum mengikut karakter di dalam manga dan anime tersebut. Jangan terkejut jika anda terserempak dengan orang Jepun dewasa yang memakai pakaian karakter kegemaran mereka sedang berjalan-jalan di kota. Ini adalah suatu pemandangan yang biasa bagi mereka. Antara manga dan anime yang popular termasuklah Sailormoon, Pokemon, Doraemon dan Dragon Ball.

3.jpg

Kredit: Adam Purves (S3ISOR) di Flickr

4. Vending Machine (Mesin Layan Diri)

Jangan terkejut melihat pelbagai jenis vending machine yang ada di Jepun. Pelbagai barangan boleh dijual melalui vending machine seperti makanan panas, minuman ringan, rokok dan coklat. Hampir setiap blok di Tokyo mempunyai vending machine, termasuklah di kawasan perumahan, di celah-celah lorong, dan di hadapan kedai serbaneka! Berjalan beberapa langkah dan anda akan terserempak dengan vending machine. Tidak hairanlah sekiranya Jepun mempunyai kepadatan vending machine paling tinggi di dunia iaitu terdapat satu vending machine untuk setiap 23 orang. Kenapa ada terlalu banyak vending machine di Jepun? Dipercayai bahawa salah satu sebabnya ialah kerana kos tenaga buruh yang tinggi membuatkan kebanyakan syarikat lebih suka menjual melalui vending machine daripada manusia.

4.jpg

Kredit: inefekt69 di Flickr

5. Menggunakan Wang Tunai

Walaupun masyarakat Jepun sangat moden dengan pelbagai kemudahan berteknologi tinggi, banyak urusniaga yang dilakukan menggunakan wang tunai berbanding dengan kad debit atau kad kredit. Banyak kedai yang tidak menerima kad kredit. Oleh itu, masyarakat Jepun kebiasaannya membawa wang tunai. Salah satu sebabnya adalah kerana tahap keselamatan yang tinggi di Jepun dan kurangnya kes kecurian membuatkan orang ramai selesa membawa wang tunai dalam jumlah yang besar. Sudah tentu pusat-pusat membeli belah terkemuka menyediakan sistem pembayaran melalui kad kredit. Mungkin kedai-kedai kecil lebih suka menerima wang tunai. Oleh itu, pastikan anda sentiasa membawa wang tunai jika melancong ke Jepun.

5.jpg

Kredit: Japanexperterna.se di Flickr

6. Budaya Tunduk Hormat

Jepun mempunyai budaya sopan yang terkenal di seluruh dunia iaitu budaya tunduk hormat. Semua orang diajar dari kecil untuk tunduk hormat bagi mengucapkan hai, selamat tinggal, mohon maaf dan terima kasih. Jika anda ke mana-mana kedai juga, para pekerja akan memberi tunduk hormat kepada para pelanggan sebagai tanda menghormati. Anda sebagai pelanggan tidak perlu tunduk hormat, cuma sekadar mengangguk sudah cukup. Memang terdapat beberapa peraturan dalam budaya ini tetapi sebagai pelancong, tidak perlu terlalu serius mengamalkannya. Cukup sekadar menunduk sedikit sebagai tanda penghormatan.

6.jpg

Kredit: Akuppa John Wigham di Flickr

7. Menanggalkan Kasut

Ada sesetengah tempat yang meminta pelanggan menanggalkan kasut sebelum masuk ke premis. Ia menjadi kebiasaan untuk menanggalkan kasut jika ke ryokan tradisional dan juga sesetengah restoran! Perhatikan apa yang pengunjung lain lakukan dan ikut sahaja sekiranya mereka menanggalkan kasut. Jika ada rak kasut yang dipenuhi kasut di luar, kemungkinan besar anda perlu menanggalkan kasut.

7.jpg

Kredit: S. di Flickr

8. Mementingkan Kebersihan

Orang Jepun sangat sensitif tentang kebersihan terutamanya kebersihan kawasan awam. Sukar untuk anda melihat sampah merata-rata di atas lantai. Walaupun tempat awam di Jepun tidak mempunyai tong sampah (Ya, sukar untuk menjumpai tong sampah awam di sana!), penduduk tidak akan membuang sampah ke lantai. Sebaliknya, mereka akan membawa pulang sampah yang dihasilkan kerana percaya bahawa pengurusan sampah adalah tanggungjawab masing-masing. Kedai-kedai juga bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan kawasan sekeliling kedai. Diakui juga mereka memang maju dari segi pengurusan sampah. Sistem kitar semula diamalkan secara aktif oleh seluruh lapisan masyarakat di mana sampah-sampah diasingkan. Malah, sebelum membuang botol kicap, mereka akan membilasnya! Oleh itu, jika anda ke sana, jagalah nama baik negara dengan menjaga kebersihan kawasan sekitar. Bawalah beg kecil ke mana-mana untuk membuang apa-apa sampah yang anda hasilkan. Ambil contoh dari negara Jepun dan cuba amalkan di negara sendiri.

8.jpg

Kredit: Timothy Takemoto di Flickr

Baca dengan lebih lanjut tentang etiket dan budaya Jepun sebelum ke sana, anda akan tertarik dengan kehalusan budayanya.

2 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: