Uncategorized

7 Festival Pelik Seluruh Dunia

Setiap negara pasti memiliki perayaannya tersendiri samaada perayaan yang berunsur keagamaan ataupun peraayaan yang disambut secara turun temurun. Berikut antara festival-festival pelik yang disambut oleh beberapa negara di dunia dan turut menjadi salah satu destinasi unik bagi para pelancong:

1. Battle of the Oranges – Itali

Kredit via

Pertempuran buah oren ini diadakan di bandar Ivrea iaitu bahagian utara Itali dan merupakan pertarungan makanan yang terbesar di Itali. Ribuan penduduk tempatan mahupun pelancong akan datang ke sini untuk mengambil bahagian dalam pertempuran ini. Peserta dikehendaki memakai pakaian Zaman Pertengahan dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Berpuluh ribu buah oren kelihatan berterbangan di udara, manakali di bahu-bahu jalan dan balkoni-balkoni rumah pula akan di penuhi oleh para penonton yang ingin melihat sendiri dan merasai kemeriahan sambutan ini.

Tarikh: Februari

Lokasi: Bandar Ivrea, Itali


2. Naki Sumo – Japan

Kredit via
Naki Sumo ataupun Baby Crying Festival merupakan acara tahunan yang berlangsung di Sensoki Temple, Tokyo sekitar bulan April. Festival ini merupakan salah satu tradisi masyakat Jepun sejak dari 400 tahun yang lalu. Upacara ini melibatkan dua ahli sumo yang memegang bayi masing-masing. Pengadil kemudianya akan memakai Topeng yang mengerikan untuk membuat bayi tersebut menangis. Bayi yang menangis paling kuat dan paling lama akan diistiharkan sebagai pemenang. Ibu bapa masyarakat Jepun percaya anak kecil yang menangis mampu memanjangkan umur mereka dan hidup lebih sihat. Malah upacara ini juga dipercayai mampu melindungi mereka daripada roh jahat.
Tarikh: April
Lokasi: Sensoji Temple, Tokyo, Japan

3. Songkran Festival – Thailand

Songkran Festival merupakan sambutan tahun baru yang diadakan secara besar-besaran di seluruh Thailand. Secara amnya Pesta ain Songkran ini di raikan oleh masyarakat Budha dan turut disitiharkan sebagai cuti umum di Thailand. Masyarakat tempatan percaya air ini dapat memurnikan hati dan membersihkan diri mereka dari nasib buruk dan kesedihan pada tahun yang lalu.
Tarikh: 13 – 15 April 2018
Lokasi: Chiang Mai, Thailand

4. Cheese Rolling – England

Kredit via
Festival yang berlangsung sejak dari abad ke 15 ini antara festival yang paling di tunggu-tunggu oleh semua lapisan masyarakat. Cheese Rolling diadakan di Copper Hill, Brockworth dimana peserta dikehendaki mengejar keju jenis double gloucester seberat 4 kilogram yang dilepaskan dari atas bukit. Peserta yang terdahulu sampai ke garisan penamat akan dikira sebagai pemenang dan akan membawa pulang keju sebagai hadiah kejuaraan.
Tarikh: May (Spring Bank Holiday)
Lokasi: Cooper’s Hill, Brockworth , England

5. El Colacho – Spain

Kredit via
Festival tahunan yang dikenali sebagai El Cloacho ini adalah sebuah perayaan ritual yang diadakan di Castrillo de Murcia iaitu sebuah perkampungan di Spanyol. Sepanjang festival ini berlangsung bayi-bayi akan dibaringkan di atas tilam dan di susun di tengah-tengah jalan. Pada hari ini “Colacho”, lelaki yang berpakaian Iblis akan berlari dan melompat melepasi barisan bayi-bayi tersebut. Masyarakat tempatan percaya ritual ini boleh menghalau dosa-dosa asal bayi tersebut.
Tarikh: Jun
Lokasi: Castrillo de Murcia, Spanyol

6. Boryeong Mud Festival – South Korea

Kredit via
Boryeong Mud Festival yang turut dikenali sebagai Boryeong merupakan festival tahunan yang berlangsung di Daecheon Beach Mud Plaza. Festival ini bermula sejak dari tahun 1997 dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari pelancong asing mahupun penduduk tempatan. Lumpur yang diguna pakai sepanjang festival ini berlangsung di ambil dari dataran lumpur Boryeong dan kaya dengan mineral. Malah lumpur yang sama turut di gunakan dalam pembuatan kosmetik di Korea. Pelabagai acara boleh anda dapatu di sini antaranya Mud Self Massage Zone, Giant Mud Bath, Mud Pool Slide dan banyak lagi.
Tarikh: July
Lokasi: Boryeong, Korea Selatan.

7. La Tomatina, Spain

Kredit via
Festival yang berlansung sejak dari tahun 1945 ini diadakan di Valencia, Bunol iaitu sebuah kota yang terletak di bahagian timur Spanyol. Selalunya festival ini hanya berlangsung sekitar satu jam di mana peserta perlu meramas terlebih dahulu tomato tersebut sebelum dilemparkan kepada peserta lain. Saban tahun hampir 150 tan tomato akan diimport ke kota Bunol bagi tujuan ini.
Tarikh: Rabu teakhir pada bulan Ogos
Lokasi: Bunol, Spanyol

 

Jika berkesempatan, berkunjunglah ke lokasi-lokasi yang menarik ini untuk menggenali kebudayaan dunia yang pelbagai disamping dapat menikmati pengalaman yang luar biasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: