Japan

9 Winter Illumination Spot terbaik di Jepun

Kredit via

Winter Illuminations merupakan salah satu tarikan yang sangat popular di Jepun. Festival ini berlangsung sekitar bulan November hingga ke penghunjung Disember. Namun di sesetengah kawasan, festival ini berlangsung seawal bulan Oktober sehingga menjelang musim bunga.

Pada awalnya pesta cahaya ini diadakan bersempena mengingati tragedi gempa bumi yang berlaku di Kobe sekitar tahun 1995. Melihat sambutannya yang sangat menggalakkan, festival ini akhirnya menjadi salah satu acara tahunan yang paling ditunggu-tunggu oleh pelancong serata dunia.

Berikut adalah lokasi Winter Illuminations yang boleh anda kunjungi sekiranya berkunjung ke Jepun pada musim sejuk kali ini:

1. Nabana no Sato Winter Illumination, Nagoya

Nabana no Sato adalah botanical garden yang merupakan sebahagian daripada Nagashima Onsen Resort di Mie Perfecture. Siapa sangka taman yang selalunya dipenuhi dengan bunga berubah wajah menjelang musim dingin. Taman ini antara lokasi terbaik untuk anda menyaksikan winter illumination di Jepun. Dianggarkan lebih dari 8 juta lampu beraneka warna digunakan untuk tujuan tersebut.
Kredit via
Tarikh:  Oktober – Mei
Masa: 6:00PM – 10:00PM
Bayaran masuk: 2,300 JPY

2. Kobe Luminarie, Kobe

Kobe Luminarie  merupakan winter illumination event  tertua di Jepun  yang dianjurkan sempena mengingati mangsa Great Henshin Earthquake pada tahun 1995.  Anda pasti akan terpesona dengan jutaan lampu  yang direka oleh designer dari Itali dan juga Jepun.
Kredit via
Tarikh: Disember
Masa: 5:00PM  9:30PM
Bayaran masuk: Percuma

3. Tottori Sakyu Illusion, Tottori

Mencari sedikit kelainan daripada kebanyakkan winter illumination yang terdapat di Jepun? Ayuh kita ke Tottori  Sakyu Illusion yang pasti menawarkan pengalaman yang luar biasa. Tottori Sakyu ataupun Tottori Sand Dunes merupakan  hamparan bukit pasir terbesar di Jepun. Lebih 300 ribu mentol lampu akan menerangi Arca Pasir di tottori sewaktu festival ini berlangsung.
Kredit via
Tarikh: Disember
Masa: 5:30PM – 9:00PM
Bayaran masuk: Percuma

4. Sagamiko Illumination, Kanagawa

Terletak di Lake Sagami Resort Pleasure Forest  dan merupakan seasonal illumination di Wilayah Kanto. Di sini pengunjung dapat menyaksikan lebih dari 6 million lampu LED yang  akan mewarnai lereng-lereng bukit. Selain itu  terdapat juga  pertunjukkan animasi cahaya, terowong cahaya, ferris wheel  dan banyak lagi yang pasti tidak akan mengecewakan anda.
Kredit via
Tarikh: November – April
Masa: 6:00PM – 9:00PM
Bayaran masuk: 800 JPY

5. Tokushima LED Art Festival, Tokushima

Tokushima sangat terkenal dengan jolokan bandar air  dan merupakan perintis bagi teknologi pencahayaan digital. Festival ini diadakan setiap tiga tahun sekali  dan direka bentuk  untuk memanfaatkan lokasi geografi Tokushima yang sangat unik.
Kredit via
Tarikh: Disember
Masa: 6:00PM – 10:00PM
Bayaran masuk: Percuma

6. The Kingdom of Light, Huis Ten Bosch, Nagasaki

Hikari No Okoku ataupun Kingdom of Light merupakan festival cahaya terbesar di dunia dan juga di Jepun. Terletak di daerah Kyushu, festival ini menggunakan hampir 13 milion lampu di hias cantik menerangi taman tema Belanda, Huis Ten Bosch Flower & Light Kingdom. Antara tarikan utama di sini adalah LED Waterfall setinggi 66meter menjadikan ia pencahayaan air terjun tertinggi di Jepun.
Kredit via
Tarikh: Oktober – May
Masa: 6:00PM – 10:00PM
Bayaran masuk: 6,700 JPY (Pas Harian) / 5,100 (Winter illumination Pass)

7. Flower Fantasy, Ashikaga Flower Park, Tochigi

Selain terkenal dengan keindahan bunga wisteria, Ashigaka Flower Park turut menjadi tumpuan ribuan pelancong sewaktu musim sejuk. Winter Illumination di Ashigaka Flower Park merupkan salah satu daripada 3 illumination terhebat di Wilayah Kantao. Anda pasti akan terpesona melihat juraian lampu-lampu LED yang kelihatan seperti bunga wisteria yang sebenar.
Kredit via
Tarikh: Oktober – Februari
Masa: 4:30PM – 9:00PM
Bayaran masuk: 800 JPY (Dewasa) / 400 (Kanak-kanak)

8. Caretta Shiodome, Tokyo

Caretta Shiodome mall adalah pilihan yang sangat tepat untuk anda menikmati keindahan winter illumination di Tokyo. Saban tahun pelbagai tema yang berbeza di pilih bagi mewarnai bandar Tokyo dan pasti kunjungan anda ke Caretta Shiodome menawarkan satu pengalaman yang pasti tidak dapat anda lupakan.
Kredit via
Tarikh: November – Februari
Masa: 5:00PM – 11:00PM
Bayaran masuk: Percuma

9. Midosuji Illumination, Osaka

Jika anda berkunjung ke Osaka, jangan lupa untuk menikmati malam-malam yang dingin melewati deretan lampu yang menghiasi ratusan pokok gingko dan bangunan kedai. Deretan lampu yang beraneka warna ini menerangi hampir 4 km dari Umeda ke Namba menjadikan ia antara world’s longest illuminated streets.
Kredit via
Tarikh: November – Disember
Masa: 5:00PM – 11:00PM
Bayaran masuk: Percuma

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: