Jika berkunjung ke Melbourne, tidak lengkap rasanya jika tidak berkunjung ke pasar-pasar tempatan yang terdapat di sekitar Melbourne. Pasar-pasar ini selalunya di buka pada hujung minggu dan menjadi tumpuan ramai yang ingin membeli barangan kraftangan mahupun barangan rumah.
Artikel ini kami kongsikan 8 lokasi pasar yang terdapat di Melbourne:
1. Camberwell Sunday Market

Pasar ini diilhamkan oleh Balwyn Rotary sekitar tahun 1976 untuk mengumpul dana bagi aktiviti kebajikan. Sehingga kini, pasar ini masih lagi beroperasi dan dikatakan pasar karat terbaik yang boleh anda kunjungi di Melbourne. Kebanyakkan peniaga di sini menjual pelbagai barangan terpakai dan juga barangan kraftangan.
2. Queen Victoria Night Market

3. The Rose St. Artists’ Market

Pasar ini turut menawarkan barangan yang hampir sama seperti Queen Victoria Night Market. Ramai pereka-pereka tempatan yang menjual hasil seni mereka yang unik dengan harga yang sangat berpatutan. Dari barang perhiasan rumah, aksesori wanita, pakaian, barangan seramik mahupun hasil seni fotografi turut dijual di sini. Mungkin ini adalah tempat yang paling sesuai jika anda ingin mencari cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia.
4. CERES Organic Market & Grocery

Berbeza dengan pasar pasar yang lain CERES Organic Market and Grocery menawarkan pelbagai barangan organik seperti buah-buahan dan sayur-sayuran daripada pengusaha tempatan. Menariknya semua keuntungan daripada pasar ini digunakan untuk membantu badan kebajikan CERES dalam usaha mendidik masyarakat tentang kelestarian alam sekitar.
5. St Kilda Esplanade Market

Dibuka dari tahun 1970, pasar ini menawarkan lebih daripada 150 kedai berunsurkan barangan kraf yang diperbuat daripada kayu, aksesori wanita, permainan kanak-kanak dan banyak lagi. Berlangsung di Melbourne open air gallery By The Sea, ia hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit daripada Pusat Bandar. St Kilda Esplanade Market adalah salah satu destinasi yang sesuai untuk anda habiskan masa hujung minggu bersama keluarga mahupun rakan-rakan.
6. Prahran Market

7. South Melbourne Market

Syurga bagi penggemar makanan, pasar ini merupakan lokasi yang sangat terkenal sama ada bagi penduduk tempatan mahupun pelancong asing. Di sini pengunjung bukan sahaja dapat membeli barangan segar malah barangan keperluan rumah, buku-buku terpakai serta makanan haiwan juga turut dijual di sini.
8. Bayside Farmers’ Market
