Uncategorized

7 Restoran di London yang Menghidangkan Makanan Malaysia

Anda rindukan teh tarik setelah begitu lama berjalan-jalan di kota Eropah? Atau mungkin inginkan sedikit rasa makanan Malaysia yang telah sebati dalam jiwa? Jangan risau, banyak restoran di London yang menghidangkan makanan Malaysia jika anda pandai mencari!

1. Rasa Sayang

Terletak di kawasan Chinatown di London dan merupakan satu-satunya restoran berstatus halal di Chinatown buat masa sekarang, restoran ini menghidangkan pelbagai menu yang diinspirasikan dari makanan Malaysia. Menunya sentiasa berubah mengikut masa tertentu dan sudah pasti menyajikan makanan terbaik Malaysia. Antara menu popular di sini termasuklah nasi goreng, nasi lemak dan rendang daging. Ada juga dijual pencuci mulut seperti sagu gula melaka. Bagi mereka yang rindukan makanan Malaysia bolehla berkunjung ke sini.

Waktu Operasi: Isnin-Khamis (12.00 pm – 11.00 pm), Jumaat-Sabtu (12.00 pm – 12.00 am), Ahad (11.30 am – 9.30 pm)

No Telefon: +44 20 7734 1382

Alamat: 5 Macclesfield Street London, W1D 6AY

Menu: Menu Rasa Sayang

1
Kredit: Kake di Flickr

 

1.1.jpg
Kredit: Kake di Flickr
1.2.jpg
Kredit: Kake di Flickr

2. Satay House

Ditubuhkan semenjak tahun 1973, restoran ini telah mendapat tempat di hati masyarakat dan para pengunjung kota London selama lebih 30 tahun. Sudah tentu makanan yang paling istimewa di sini ialah satay! Restoran ini cukup popular dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Perancis dan sudah tentu rakyat Malaysia. Malah, restoran ini pernah dikunjungi oleh selebriti terkenal seperti Michelle Yeoh dan Jimmy Choo! Antara makanan yang boleh didapati dalam menu ialah satay kambing, satay ayam, begedil, popiah goreng, nasi lemak, nasi goreng, beriani, mee goreng, mee bandung, nasi ayam, kari laksa dan banyak lagi.

Waktu Operasi: Makan Tengahari (12.00 pm – 3.00 pm), Makan Malam (6.00 pm – 11.00 pm) Setiap Hari.

No Telefon: +44 020 7723 6763

Alamat: 13 Sale Pl, Paddington, London W2 1PX, UK

Menu: Menu Satay House

2.jpg
Kredit: Kake di Flickr

3. Melur Malaysian Restaurant

Restoran ini biasa menerima tempahan untuk pelbagai acara seperti perkahwinan dan sambutan hari jadi. Restoran ini boleh memuatkan sehingga 120 orang pengunjung pada satu-satu masa. Suasana restoran yang agak selesa menjadikan tempat ini sesuai untuk pelbagai acara. Antara menu istimewa yang dihidangkan ialah mee goreng, nasi goreng, char koey tiaw, nasi campur dan bihun goreng. Mudah untuk anda menjumpai restoran ini kerana papan tandanya yang ikonik.

Waktu Operasi: Isnin-Sabtu (12.00 pm – 11.00 pm), Ahad (12.00 pm – 11.30 pm)

No Telefon: +44 20 7706 5083

Alamat: 175A Edgware Rd, Paddington, London W2 1ET, UK

Menu: Menu Melur Malaysian Restaurant

3
Kredit: Kake di Flickr

4. Roti King

Restoran ini cukup terkenal terutamanya dalam kalangan penduduk tempatan, blogger dan vlogger. Malah, banyak vlog di Youtube yang memaparkan restoran ini. Ini membuktikan bahawa makanan yang dihidangkan di Roti King memang sedap! Sesuai dengan namanya, menu istimewa sudah tentu makanan kegemaran rakyat Malaysia iaitu roti canai. Menu yang sering dipesan oleh para pengunjung ialah kopi putih, teh tarik, roti canai, dan mee goreng. Jangan lepaskan peluang untuk melepaskan rindu anda kepada teh tarik!

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (12.00 pm – 3.00 pm, 5.00 pm – 10.30 pm), Sabtu (12.00 pm – 10.30 pm), Ahad (Tutup)

No Telefon: +44 20 7387 2518

Alamat: 40 Doric Way, London NW1 1LH, UK

Menu: Menu Roti King

4.jpg
Kredit: Kake di Flickr

5. Dapur

Apa yang unik tentang Dapur Cafe ialah menunya yang berubah setiap hari. Anda boleh periksa di FB Dapur untuk mengetahui dengan lanjut apa yang dihidangkan. Ia juga menawarkan perkhidmatan penghantaran untuk kawasan yang berdekatan. Suasana yang selesa dan makanan homemade yang dihidangkan membuatkan anda berasa seperti seorang tetamu. Ia turut digemari oleh penduduk tempatan. Dapur Cafe juga menawarkan perkhidmatan katering buat kumpulan kecil dari 15 hingga 40 orang. Antara menu yang ditawarkan termasuk nasi impit dan kuah kacang, rendang daging, nasi lemak, nasi minyak, bubur pulut hitam, karipap, ayam masak merah, dan pajeri terung.

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (11.30 am – 3.00 pm), Sabtu-Ahad (Tutup)

No Telefon: +44 20 7405 4659

Alamat: 13 Lamb’s Conduit Passage, London WC1R 4RH

Menu: Berubah setiap hari. Contoh menu Dapur Cafe. 

5.1.jpg
Kredit: Dapur di Facebook
5.2.jpg
Kredit: Dapur di Facebook

 

6. Cafe Rasa Malaysia

Cafe Rasa Malaysia mula beroperasi semenjak tahun 2015. Makanan yang dihidangkan dijamin 100 peratus halal. Bahan-bahan yang digunakan dalam masakan cukup berkualiti dan segar. Antara menu yang dihidangkan termasuklah mee goreng mamak, nasi lemak, roti canai, kuih-muih, satay, koey tiaw goreng, murtabak dan karipap. Kafe ini mempunyai dua cawangan di London.

Waktu Operasi: Isnin-Sabtu (7.30 am – 11.00 pm), Ahad (Tutup).

No Telefon: +44 7581 397235

Alamat: Ground Floor, RASA Malaysia, Westfield, Stratford, London E20 1EJ

Menu:

6.jpg
Kredit: Cafe Rasa Malaysia di Facebook

 

6.2.jpg
Kredit: Cafe Rasa Malaysia di Facebook

7. Jakarta

Restoran ini ialah restoran yang dikategorikan sebagai Muslim-friendly di mana makanan vegetarian boleh dihidangkan atas permintaan pelanggan. Daging ayam yang dihidangkan juga halal tetapi anda boleh bertanyakan lebih lanjut untuk kepastian. Antara makanan Malaysia yang dihidangkan ialah nasi goreng, kari ayam, mee goreng dan air laici. Uniknya restoran ini kerana ia menggabungkan makanan Thai, Indonesia dan Malaysia.

Colindale

Waktu Operasi: Selasa-Khamis (12.00 pm – 2.30 pm, 5.00 pm – 10.00 pm), Jumaat-Sabtu (12.00 pm – 3.00 pm, 5.00 pm – 11.00 pm), Ahad (12.00 pm – 4.00 pm, 5.00 pm – 10.00 pm), Isnin (Tutup)

No Telefon: +44 20 8205 3335

Alamat: 7 Sheaveshill Parade, Sheaveshill Ave, London NW9 6RS, UK

Menu: Menu Jakarta

7.jpg
Kredit: Kake di Flickr

Diharap dengan senarai ini akan meredakan kerinduan anda terhadap makanan Malaysia!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s