Australia

7 Lokasi Popular untuk Anda Terokai di Phillip Island, Melbourne

Kredit via
Ingin menikmati keindahan percutian yang jauh dari kesibukkan kota? Apa kata anda ke Phillip Island. Pulau yang dinamakan bersempena dengan nama Gabenor Arthur Phillip, iaitu Gabenor pertama yang berkhidmat di New South Wales.

 

Perjalanan ke sini memakan masa lebih kurang 90minit dari pusat bandar Melbourne dan berikut adalah lokasi-lokasi menarik yang boleh anda terokai sepanjang di sana:

1. Phillip Island Nature Park

Taman ini merupakan salah satu tarikan utama pelancong di Philip Island. Berkeluasan hampir 1800 hektar, Philip Island Nature Park turut merangkumi taman-taman lain seperti Rock Pyramid, Rhyll Inlet, Seal Rocks, Cape Woolamai dan Nobbies Center. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Penguin Parade pada waktu senja. Gelagat penguin kecil ini pasti mencuit hati anda.
Kredit via

2. The Nobbies

Selusuri pesisir pantai sambil menikmati pemandangan laut yang menakjubkan. Jika anda bernasib baik mungkin anda akan menemui penguin-penguin liar yang bersarang di kawasan ini. Tidak jauh dari The Nobbies ini, anda akan temui habitat anjing laut di Seal Rocks. Seal Rocks ini merupakan habitat anjing laut yang terbesar di Australia.
Kredit via

3. San Remo

Sebelum ke Philip Island singgah sebentar di San Remo yang merupakan perkampungan nelayan dan turut di kenali sebagai bandar paling hujung di semenanjung Anderson. Buat si kaki pancing, lokasi ini merupakan destinasi wajib yang harus anda kunjungi kerana hasil lautnya yang sangat banyak dan segar. Jika berkunjung bersama anak kecil, jangan lepaskan peluang untuk memberi makan burung Undan ataupun Pelican pada waktu tengah hari.
Kredit via

4. Cowes Jetty

Jeti ini dibina pada tahun 1870 dan masih beroperasi sehingga kini. Antara tarikan utama di sini adalah aktiviti memancing. Habitat kepada pelbagai spesis ikan seperti King George whiting, Autralia Salmon, silver trevally, barracouta dan banyak lagi yang pasti memberi kepuasan kepada si pemancing.
Kredit via

5. Koala Conversation Center

Menikmati alam semula jadi dengan melewati hutan kayu eukaliptus di Koala Conversation Center iaitu habitat semula jadi bagi beruang kuola yang sangat sinonim dengan Australia. Berfungsi sebagai pusat konservasi beruang kuola, taman ini juga menjadi salah satu tarikan eko pelancongan yang memberi peluang kepada pengunjung untuk mengembara ke dalam hutan bagi mempelajari dan menjejaki haiwan comel ini.
Kredit via

6. Whale Discovery Trail

Rancang perjalanan anda sebaiknya dan saksikan migrasi ikan paus yang selalunya berlaku pada bulan Mei hingga Oktober. Ikan paus species Whale Humpback dan juga Southern Right Whales ini akan melewati perairan Victoria sebelum menuju ke perairan yang lebih panas di bahagian utara Queenstown. Ikan-ikan paus ini akan kembali semula ke Antartika menjelang musim bunga.
Kredit via

7. Phillip Island Heritage Walk

Terokai sejarah Phillip Island yang bermula lebih kurang 400,000 tahun dahulu. Sebuah pulau indah yang asalnya didiami oleh orang-orang asli Bunurong. Keindahan alam semula jadinya yang memukau menarik orang-orang Eropah untuk berdagang dan akhirnya menjadi kawasan penempatan Eropah yang pertama di Churchill Island.
Kredit via

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: