China

Fakta-fakta Tentang Kota Shanghai Yang Anda Tidak Tahu

1. Masakan dari Shanghai terkenal dengan kemanisan rasanya berbanding dengan masakan dari bahagian China yang lain. Ini adalah kerana penggunaan gulanya yang lebih dalam masakan.

1.jpg
Kredit: Jun Seita di Flickr

2. Shanghai pada masa dahulu hanyalah sebuah kampung perikanan yang dinamakan Hudu.

3. Masjid yang terbesar, paling lama dan paling aktif di Shanghai bernama Masjid Fuyou Lu di mana kawasan perempuan dan lelaki diasingkan.

4. Dialek Cina yang digunakan di Shanghai dinamakan sebagai Shanghainese, iaitu salah satu daripada 250 dialek Cina yang digunakan digunakan di seluruh dunia. Tambahan pula, dialek Shanghai juga dipecahkan kepada dialek-dialek yang lebih kecil!

5. Bahasa Inggeris turut diberi penekanan dalam sistem pelajaran di sini, mungkin kerana statusnya sebagai bandar antarabangsa. Oleh itu, jangan terlalu takut untuk menggunakan bahasa Inggeris jika ke sini.

6. Bandar ini terkenal sebagai salah satu bandar terbesar di dunia dengan jumlah penduduk kira-kira 25 juta orang.

7.Shanghai dikelilingi oleh air. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya bandar ini mendapat hujan yang banyak sepanjang tahun. Mungkin boleh sediakan baju hujan untuk trip anda ke sini?

7.jpg
Kredit: Bernd Thaller di Flickr

8. Shanghai ialah syurga membeli-belah!

8.jpg
Kredit: David Veksler di Flickr

9. Musim terbaik untuk melawat Shanghai ialah pada musim bunga dan musim luruh.

10. Shanghai makin tenggelam secara perlahan sebanyak 1.5 cm setiap tahun.

11. Shanghai dikenali sebagai ‘Paris of the East’ dan ‘Queen of the Orient’.

12. TV Tower di Shanghai telah beberapa kali dipaparkan dalam filem-filem Hollywood termasuk filem ‘Fantastic Four’, ‘Godzilla: Final Wars’ dan ‘Mission Impossible 3’.

12.jpg
Kredit: Shawn Clover di Flickr

13. Shanghai ialah bandar paling mahal di China.

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: