Tip Bercuti

7 Sebab Kenapa Anda Perlu Simpan Wang Untuk Mengembara

Adakah anda seorang yang sering bercita-cita untuk mengembara tetapi sering mengabaikan impian tersebut kerana memikirkan situasi kewangan? Ketahuilah bahawa sebenarnya mengembara akan menjadikan anda kaya dari pelbagai segi. Tidak rugi jika memperuntukkan tabung khas untuk mengembara. Jom kita lihat kenapa anda perlu simpan wang untuk mengembara!

1. Membuka Minda Terhadap Budaya Seluruh Dunia

Pengembaraan ke mana-mana negara di luar negara kita sendiri akan mendedahkan kita kepada budaya baru yang mungkin belum pernah kita lihat. Sebagai contoh, Jepun terkenal dengan budayanya yang tersendiri dan lain dari negara lain seperti yang boleh anda baca di sini. Antara budaya jepun yang unik ialah pergantungannya kepada mesin layan diri atau vending machine. Mungkin kelihatan sedikit aneh bagi mereka yang tidak biasa namun apabila selalu mengembara, lebih banyak perkara pelik yang akan anda lihat. Ini secara tidak lansung membuka minda kita untuk menerima perkara yang di luar kebiasaan. Kita juga dapat mempraktikkan budaya yang baik di tempat sendiri contohnya budaya mementingkan kebersihan yang diamalkan di Jepun.

4
Kredit: inefekt69 di Flickr

2. Mempelajari Perkara Baru

Dengan mengembara melihat dunia luar, sudah pasti kita akan belajar banyak perkara baru. Bagi yang berminat dengan bahasa, mungkin anda akan mempelajari serba sedikit tentang bahasa tempatan negara yang akan dilawati. Jika lebih berminat dengan makanan, mungkin anda berpeluang mempelajari cara masakan makanan tradisi negara yang dilawati. Terlalu banyak peluang untuk belajar perkara yang di luar kebiasaan jika anda mengembara. Ini secara tidak lansung dapat menambah pengetahuan am anda tentang dunia.

2.jpg

3. Mengagumi Keindahan Alam Ciptaan Tuhan

Kita digalakkan untuk mengembara dan melihat alam ciptaan Tuhan yang sangat luas. Melihat keindahan dunia membuatkan kita lebih ingat kepada kebesaran Tuhan Maha Mencipta. Jika sering mengalami musim panas di negara sendiri, mengembara pula ke negara lain semasa musim sejuk, pasti anda kagum dengan salji yang turun. Jika biasa melihat kehijauan daun pokok di negara sendiri, alami kecantikan daun berwarna merah dan kuning di negara lain pada musim luruh. Banyak kemungkinan untuk anda terokai!

2 (2)
Kredit: Matthieu Chatry di Flickr

4. Mengumpul Pengalaman Hidup yang Bermakna

Menghabiskan wang untuk mengumpul pengalaman hidup lebih baik daripada membeli banyak barangan yang tidak diperlukan. Barang yang dibeli hanya mengambil ruangan dalam hidup anda dan menjadi liabiliti manakala pengalaman yang dikumpul akan mengkayakan hidup anda. Pengalaman mengembara bersama seluruh keluarga pula akan merapatkan hubungan kekeluargaan. Pengalaman ini sememangnya lebih bermakna dari membeli perabot baru!

4.jpg

5. Menunjukkan Keindahan Peribadi Orang Muslim

Kebelakangan ini orang Muslim sentiasa dilihat dengan pandangan yang negatif oleh masyarakat global terutamanya mereka yang tidak mengenali Islam. Inilah masanya untuk anda menunjukkan kebaikan peribadi orang Muslim. Masyarakat Muslim sebenarnya orang yang sukakan keamanan dan mementingkan hubungan persaudaraan. Bergaul mesra dengan pelbagai lapisan masyarakat tanpa prejudis, tunjukkan sifat yang sopan dan saling menghormati, praktikkan kebersihan dan ketepatan masa. Buktikan kehebatan Muslim di mata dunia.

5.JPG

6. Mempromosi Negara Sendiri

Sewaktu mengembara juga, anda berpeluang untuk mempamerkan kehebatan negara kita. Siapa tahu, mungkin makin ramai pelancong berminat untuk mempelajari lebih tentang negara kita dan melancong ke sini. Tunjukkan kemesraan rakyat Malaysia, pasti lebih ramai yang ingin tahu tentang negara kita. Anggap diri anda sebagai duta kepada negara sendiri, anda melakukan sesuatu yang baik untuk negara! Pada masa yang sama, jangan memalukan negara dengan menunjukkan perangai yang kurang baik.

6.JPG

 

7. Menambah Kenalan dari Serata Dunia

Mengembara juga meningkatkan peluang untuk menambah kenalan dari serata dunia. Dengan ramai kenalan dari serata dunia, ia akan meningkatkan nilai anda. Masing-masing boleh mendapat kebaikan dari perhubungan yang dibina. Contohnya, mungkin jika rakan anda melawat negara anda, anda boleh membawanya ke tarikan-tarikan menarik yang sesuai. Begitu juga sebaliknya. Selain itu, peluang bertukar-tukar buah fikiran akan menjadikan anda seorang yang lebih matang dan terbuka.

7.JPG

Bukankah berbaloi untuk anda menyimpan wang bermula dari sekarang untuk hobi baru anda iaitu mengembara?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: