Kota London sememangnya memiliki pelbagai tarikan yang luar biasa. Seni bina yang menakjubkan serta ikonya yang unik pasti membuatkan siapa sahaja ingin merakamkan gambar kenangan apabila berkunjung ke sini.
Artikel ini kami kongsikan beberapa lokasi foto terbaik untuk panduan anda:
1. Tower Bridge
Jambatan yang sangat terkenal ini antara lokasi yang anda wajib kunjungi jika ke London. Dibina antara tahun 1886 dan 1894 jambatan ini melintasi Sungai Thames dekat dengan Menara London. Jangan pula terkeliru dengan Jambatan London ya.

Masa Terbaik: Senja atau Malam
Kos: Percuma
Lokasi: Tower Bridge Rd, London SE1 2UP, UK
2. The Red Phone Box
The Red phone box ataupun kotak telefon merah ini direka oleh Sir Gilles Gilbert Scott. Antara rekaan lain beliau adalah kotak peti surat yang berwarna merah dan juga Bas Merah London yang menjadi ikon yang sangat sinonim dengan negara Britain.

Masa Terbaik: Waktu Siang
Kos: Percuma
Lokasi: Disekitar bandar.
3. Big Ben dan House of Parliament
Senibina Gothiknya dan perincian mewah yang pasti membuatkan sesiapa saja teruja untuk bergambar kenangan di Istana Westminster. Tidak lupa Menara Elizabeth Iaitu menara jam yang sangat terkenal dengan jolokkan Big Ben.

Masa Terbaik: Bila-bila masa
Kos: Percuma
Lokasi: Westminster, London SW1A 0AA, UK
4. Neils Yard
Hidden gem of London yang terletak di kawasan Covent Garden. perkampungan kecil yang indah ini pasti membuatkan hari anda lebih ceria. pelbagai restoran comel dan butik butik yang terdapat disekitar Nils yard. jangan lupa bergambar sepuasnya di sini dan menjengah ke neils yArd REmedies iaitu kedai penjagaan kulit dan kesihatan yang terkenal di London .

Masa Terbaik: Waktu Siang
Kos: Percuma
Lokasi: Neal’s Yard, London WC2H
5. Notting Hill dan Portobello Road
daerah mewah yang terletak di bahagian barat London ini sangat terkenal dengan Deretan terEsnya yang menarik dan berwarna-warni. Berkunjunglah pada hari Jumaat atau Sabtu untuk merasai sendiri kemeriahan pasar di portobello market yang menawarkan pelbagai variasi barangan antik dan juga fesyen vintage

Masa Terbaik: Waktu Siang
Kos: Percuma
Lokasi: Portobello Road dan Hillgate Place