Korea Tip Bercuti

Di mana nak dapatkan makanan HALAL yang sedap di Korea.

Melancong ke luar negara memang seronok. Lebih-lebih lagi jika ke Korea, sebuah negara 4 musim yang terkenal. Selain dari menikmati saujana mata yang cantik dan indah, soal makanan juga selalu dititikberatkan oleh para pelancong, lebih-lebih lagi untuk makanan halal. Jom, kami kongsikan antara tempat makan yang Halal dan sedap di Korea, jadi tak perlulah asyik makan ramen atau maggi sahaja kan.

1.  EID – 이드 Halal Korean Food

EID - 이드 Halal Korean Food

photo credit :Eid Halal Korean Food

Kedai makan Eid ini terletak di daerah Itaewon dan berada berdekatan dengan Masjid Terbesar di Korea iaitu Masjid Itaewon. Antara makanan yang boleh anda dapatkan disini ialah, Samgeytang iaitu Sup Ayam Gingseng, Bulgogi dan pelbagai lagi.

Samgyetang-recipe-2                                                                     Samgeytang

DSC_0797-e1426734660853                                                                            Bulgogi

Lokasi : 67, Usadan-ro 10-gil, Yongsan-guSeoul 04408, South Korea                         

Nombor Telefon :+82 70-8899-8210

 

2. Makan Halal Korean Restaurant

11008092_1565764447009782_1895549977356103149_n

credit photo :Makan

Restoran ini terletak berdekatan Masjid Itaewon. Hanya berjalan kaki sekitar 5 minit sahaja anda akan menemui restoran ini. Jangan tak tahu, lokasi kedai Makan ini juga terletak berdekatan dengan kedai Eid Halal Korean Food. Ia juga menyajikan makanan tempatan Korea yang Halal seperti Samgeytang dan Bulgogi. Kedai Makan ini sering menjadi pilihan kepada pengunjung dari Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia kerana perkataan “Makan” itu sendiri.

Lokasi :52 Usadan-ro 10 gil, Yongsan-guSeoul 04407, South Korea   

Nombor Telefon :+82 2-6012-2231

 

3. Mr. Kebab

kababababa

Mr. Kebab menyajikan makanan halal dari kawasan timur tengah, atau lebih tepat lagi ialah Turki. Selain itu jika anda ingin merasai pengalaman “dibuli” oleh peniaga ais krim Turki, anda boleh menikmatinya di sini.

Nah, kami kongsikan menu untuk anda pilih sendiri apa yang dihajati.

menu                                                            photo credit:Nins_12

Lokasi :192, Itaewon-ro, Yongsan-guSeoul 04406, South Korea                                 

Nombor Telefon :+82 2-3463-2356

 

4. Shogin Lamb House – Halal Certified

shogin

Ingin lari dari makanan korea seperti Samgeytang dan lain-lain? Kami syorkan supaya anda cuba barbeku di Shogin Lamb House. Namun, barbekunya masih mengekalkan gaya Korea. Satu pengalaman yang patut anda cuba sekurang-kurangnya, sekali seumur hidup.

gfds                   Jom makan kambing bakar ala Korea.     photo credit:Deena S

Lokasi : 552, Nonhyeon-ro, Gangnam-guSeoul 06136, South Korea                           

Nombor Telefon :+82 2-561-8999

 

5. Nami-ok

SAMSUNG CSC

Sebut betul-betul ya, bukan Nami-OK tetapi namiok. Walaupun ejaanya eolah-olah seperti Nami-OK, sebutan ialah digabungkan terus kedua-dua perkataan tersebut. Restoran ini terletak berdekatan Pulau Nami yang popular sebagai lokasi penggambaran drama Winter Sonata yang pernah hit di Malaysia suatu ketika dulu.

Restoran ini menyediakan makanan cara tradisional Korea yang sedap iaitu Dakgalbi. Tak lupa juga, kimchi di sini memang sedap sekali.

20140509_110844                                                                          Dakgalbi

Lokasi : 264, Munhwa-ro, Gapyeong-eup, Gapyeong-gun, Gyeonggi-do         

Nombor Telefon :+82-31-581-1686

Jadi, tidak dinafikan lagi bahawa tidak susah sebenarnya untuk dapatkan makanan halal di negara Korea ini. Jika anda ke Korea, jangan lupa singgah di restoran-restoran ini ya.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: