Melancong memang seronok. Selain dari meluaskan pandangan dan menambah pengetahuan, tidak dapat dinafikan lagi dalam seronok melancong, ada cabarannya sendiri termasuklah jika travel bersama anak kecil.
Kami kongsikan beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan bersama anak kecil jika melancong ke Perth, Australia ketika musim panas.
1. Melawat Swan View Tunnel
Swan View Tunnel pada asalnya terowong laluan kereta api di Perth. Setelah penutupan tempat ini sebagai terowong laluan kereta api, ia dibuka semula sebagai sebahagian dari John Forest Heritage Trail. Swan View Tunnel ini sering dilawati oleh keluarga yang ingin beriadah bersama anak kecil. Jika ke Perth, jangan lupa untuk singgah ya.
2. Berkelah di Teluk Matilda (Matilda Bay)
Bina istana pasir bersama yang tersayang dan nikmati pandangan yang mengasyikkan. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan disini, sama ada berkayak , berkelah atau barbeku. Pastinya masa yang diluangkan bersama keluarga adalah berbaloi.
3.Apple Fun Park Donnybrook
Ini merupakan sebuah taman permainan yang terdapat di Perth. Tiket masuk tentulah percuma, bawa anak kecil anda ke sini dan lihatlah keterujaan mereka. Lebih-lebih lagi rekaan mainan di Apple Fun Park Donnybrook memang ceria dan lain dari taman permainan yang ada di Malaysia. Memang cantik dan seronok ke sini.
4. Berkunjung ke Caversham Wildlife Park
Tidak sah ke Perth jika tidak berkunjung ke sini. Di Caversham Wildlife Park, anda boleh membawa anak-anak melihat haiwan -haiwan yang ada di Perth, terutamanya kanggaru, possum,wombat, bahkan penguin. Caversham Wildlife Park dibuka setiap hari dalam setahun kecuali semasa sambutan Krismas pada 25 Disember.

Jadi, siapa cakap susah nak buat aktivit jika melancong dengan anak kecil ? Terbanglah ke Perth dan banyak aktiviti boleh dilakukan bersama si kecil yang tersayang,