Tip Bercuti

Airbnb Vs. Hotel: Mana Lebih Baik?

Mungkin ada masih bingung, mahu menginap di Airbnb atau hotel? Ini semua bergantung kepada beberapa faktor. Semasa membuat pilihan, ambil kira faktor-faktor di bawah sebelum membuat keputusan.

1. Saiz Kumpulan

Saiz kumpulan memainkan peranan yang besar dalam pemilihan tempat penginapan. Sekiranya menginap di hotel, saiz kumpulan yang lebih besar bermakna anda perlu menempah beberapa bilik yang sudah tentu akan menambah kos. Bagi Airbnb pula, ada yang menerima saiz kumpulan yang besar, bergantung kepada saiz penempatan tersebut. Ada Airbnb yang mempunyai banyak bilik dalam satu apartment. Sebaliknya, jika anda melancong seorang atau berdua sahaja, mungkin penginapan hotel lebih sesuai.

1

2. Tempoh Penginapan

Berapa lama anda bercadang untuk menginap? Tempahan beberapa buah bilik hotel untuk beberapa hari tentunya lebih mahal dibandingkan dengan tempahan sebuah Airbnb untuk beberapa hari. Jika menginap sekadar satu malam, mungkin lebih mudah untuk menempah bilik hotel. Jika menginap lebih dari tiga hari, pilihlah Airbnb.

3. Makan

Adakah pakej percutian yang anda pilih menyediakan makan pagi, tengahari dan malam? Atau anda bercadang untuk memasak sendiri semasa percutian? Mungkin ada yang lebih suka memasak sendiri untuk seluruh ahli keluarga semasa bercuti. Oleh itu, Airbnb yang menyediakan dapur untuk memasak lebih sesuai. Hotel pula biasanya cuma menyediakan makan pagi dan selebihnya bergantung kepada anda. Sekiranya itinerari agak padat, lebih baik makan di luar sahaja. Ia juga membolehkan anda merasai makanan tempatan.

3.JPG

4. Bajet

Sememangnya pilihan penginapan sangat memberi kesan kepada bajet keseluruhan. Sekiranya inginkan percutian yang lebih selesa dan mempunyai bajet yang lebih besar, bolehlah menginap di hotel. Bagi Airbnb pula, pilihan harga berbeza-beza mengikut jenis penginapan yang dipilih. Tapi secara umumnya, harga Airbnb lebih berpatutan.

4.jpg
Kredit: Pictures of Money di Flickr

5. Tahap Servis yang Diinginkan

Anda suka dilayan dengan baik seperti raja di tempat penginapan? Atau hanya menganggap tempat penginapan sebagai tempat persinggahan untuk bermalam? Sekiranya lebih suka menghabiskan masa menikmati servis yang ditawarkan di tempat penginapan seperti servis mengemas bilik, kolam mandi, dan perkhidmatan-perkihdmatan lain, hotel ialah pilihan yang tepat. Airbnb pula ada yang membolehkan anda membasuh baju dan memasak sendiri, bergantung kepada jenis penginapan. Jika lebih suka menghabiskan masa di luar tempat penginapan untuk meneroka dunia luar, pilihlah Airbnb.

5.JPG

6. Lihat Ulasan

Hotel sememangnya lebih dipercayai kerana reputasi yang jelas dan juga ulasan yang mudah didapati di laman web. Bagi mereka yang lebih tradisional mungkin akan lebih mempercayai penginapan hotel. Mungkin penginapan di hotel dirasakan lebih selamat kerana dikelilingi dengan staf-staf hotel dan berada di kawasan komersial. Airbnb pula melibatkan sedikit risiko kerana biasanya penginapan ialah milik persendirian. Namun, bagi golongan muda dan generasi baru, mereka tidak takut untuk merasai pengalaman menginap di Airbnb. Ia seolah-olah sebuah pengembaraan yang lebih mencabar.

6.jpg
Kredit: Enda Guinan di Flickr

7. Pengalaman yang Dicari

Adakah anda berminat untuk mengembara seperti seorang lokal atau seorang pelancong? Ingin berasa seperti berada di rumah? Hotel secara umumnya menyediakan pengalaman yang lebih standard, tidak kira anda berada di negara mana. Jika selesa dengan perkhidmatan standard, hotel memang sesuai. Bagi penginapan Airbnb pula, anda dapat merasai pengalaman seperti penduduk negara kunjungan anda kerana kemungkinan jiran-jiran anda adalah penduduk lokal. Ini membolehkan anda mendekati masyarakat dan cara hidup lokal. Bagi yang ingin menyelami kehidupan penduduk kampung, pilihlah penginapan di kawasan pedalaman. Bagi yang sukakan kehidupan bandar, boleh memilih apartment yang bersesuaian.

7.jpg
Kredit: cotaro70s di Flickr

Buatlah pilihan berdasarkan faktor-faktor ini!

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: