Sebut sahaja pasal Perth, mulalah terbayang-bayangkan kanggaru, koala,penguin dan banyak lagi haiwan yang comel-comel. Jadi, tidak mustahil bahawa Perth sentiasa menjadi destinasi pelancongan yang digemari oleh para pelancong dari seluruh pelusuk dunia.
Jom,kami kongsikan antara tempat menarik yang boleh anda lawati jika ke Perth.
1. Rottnest Island

Pulau ini memiliki populasi sekitar 100 orang sahaja tetapi pelancong yang datang ke sini mencecah kira-kira 500,000 orang dalam setahun. Apa yang menariknya di Rottnest Island sampai begitu ramai pelancong mahu ke sini ?
Percayalah, keindahan pulau ini laksana sebuah lukisan ialah penyebab utama mengapa para pelancong gemar ke sini. Selain dari tu, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini seperti snorkeling melihat keindahan syurga lautan yang penuh dengan hiduppan berwarna-warni, bersiar-siar menikmati keindahan alam semulajadi , singgah berswafoto di Wadjemup Lighthouse dan pelbagai lagi aktiviti yang boleh dilakukan di sini.
2. The Lobster Shack

Waktu operasi The Lobster Shack bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang , setiap hari. Apa lagi yang dicari jika sudah sampai di sini ? Selain dari fish and chips, fish grill, seafood burger dan salad, sudah semestinya lobster atau lebih dikenali sebagai udang kara menjadi pilihan utama. Rasai keenakkan, kesegaran dan betapa sedapnya lobster yang dihidangkan disini. Bak kata pepatah, alah membeli, menang memakai ! Berbaloi bayar mahal jika makanannya sesedap yang diidamkan.
3.Scarborough Beach

Tahukah anda bahawa Scarborough Beach ini merupakan kawasan pantai yang terkenal dan sering dilawati pengunjung kerana tahap kebersihan pantainya yang sangat bersih ? Jom, bawa mereka yang tersayang untuk santai di sini. Pastinya berbaloi dengan masa yang diluangkan di sini.
4. The Pinnacles

Juga merupakan salah satu icon Perth. The Pinnacles merupakan kawasan padang pasir yang terletak kira-kira 3 jam perjalanan dari bandar Perth. Terdapat pelbagai batuan besar dan unik yang boleh anda jadikan subjek untuk berswafoto. Jika anda bernasib baik, mungkin anda akan bertembung dengan kanggaru kerana di sini, habitat mereka.
5. Cottesloe Beach

Pantai Cottesle ini merupakan tempat yang terkenal untuk melakukan aktiviti snorkeling dan meluncur ombak di Perth. Selain itu, anda juga boleh berkelah dan meluangkan masa bersama keluarga melihat hamparan keindahan lautan hindi.
Terdapat banyak lagi tempat menarik di Perth untuk anda lawati, jika ke Perth pastikan anda meluangkan masa sebanyak mungkin untuk melawat tempat-tempat menarik yang berada di sini.