Kashmir, terletak bersempadan diantara negara India dan Pakistan. Kawasannya penuh dengan keindahan alam semulajadi yang memukau pandangan, bahkan terdapat satu kawasan bernama Gulmarg yang bersalji sepanjang tahun. Selain itu, anda juga boleh merasai pengalaman menunggang kuda di Pahalgam. Memang seronok.
Jom kita terokai kenapa Kashmir digelar Switzerland of India!



Siapa cakap bunga tulip hanya di Keukenhof sahaja? Tahukah anda bahawa ladang tulip terbesar di Asia terletak di Kashmir ? Indira Gandhi Tulip Garden, yang dinamakan sempena bekas Perdana Menteri India ini memang mengujakan. Ladang tulip yang berlatar belakangkan gunung-ganang yang memukau. Indah sungguh pandangan mata.

Terlalu banyak keindahan alam yang belum tercemar ada di Kashmir. Anda patut jejakkan kaki di sini dan rasai sendiri apa yang dikatakan sebagai “Switzerland of India”. Ternyata, Kashmir memang suatu tempat yang patut anda masukkan dalam bucket list.