“Sekiranya yang bersalah mencari perlindungan di sini,
Seperti orang diampunkan, dia bebas daripada dosa.
Sekiranya orang yang berdosa mencari jalan ke rumah agam ini,
Semua dosanya di masa lalu dibersihkan.
Pandangan rumah agam ini mencipta keluhan kesedihan;
Dan bulan dan matahari mengalirkan air mata.
Di dunia ini bangunan ini telah dibina;
Bagi menggambarkan keagungan Pencipta.”
Bait-bait kata yang baru sahaja anda baca adalah sebahagian daripada bait-bait kata Maharaja Shah Jahan ketika beliau mula-mula menggambarkan bagaimana dia mahu sebuah istana peringatan untuk isteri tercinta dibina.
Ya. Taj Mahal merupakan sebuah tugu cinta, sebuah makam yang dibina oleh Maharaja India bernama Shah Jahan untuk isterinya bernama Mumtaz Mahal yang meninggal dunia selepas melahirkan anakanda mereka yang ke-14.

Pembinaan rumah agam berupa istana itu bermula pada tahun 1632 dan siap tahun 1648. Pada tahun 1983, UNESCO telah mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Dunia yang perlu dilindungi. Bangunan ini dikatakan ‘permata seni bina Islam’.
Mengapa ia istimewa?
Selain daripada kisah cinta yang ada disebalik pembinaan agung ini, Shah Jahan memerintahkan Ustaz Ahmad membentuk bangunan ini. Ustaz Ahmad mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia.
Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripada marmar putih, serta seni mozek yang indah, Taj Mahal merupakan satu daripada Tujuh Benda Ajaib di dunia. Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya berlian, jed, kristal, topaz dan nilam telah digunakan. Pembinaan Taj Mahal menelan masa selama 22 tahun.
Ada khabar angin….
Apabila Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan menjatuhkan hukuman pancung ke atas arkitek Ustaz Ahmad Lauhari. Di samping itu, kesemua penukang yang terlibat dalam pembinaan bangunan itu dipotong tangan mereka supaya mereka tidak dapat membina bangunan yang menandingi Taj Mahal.
Namun, dakwaan ini masih dipertikaikan kerana Shah Jahan seorang yang ‘sentimental’ dan tidak ada bukti kezalimannya.
Apa yang berlaku terhadap Taj Mahal selepas itu..
Setelah Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan telah digulingkan oleh anak lelakinya Aurangzeb. Shah Jahan telah ditahan di dalam rumah berdekatan Pelabuhan Agra. Dari sana, beliau meninjau makam Taj Mahal. Setelah meninggal dunia, Aurangzeb mengebumikan ayahnya di sebelah makam isterinya.
Dalam abad ke-19, banyak bahagian dan lapisan telah jatuh dan tidak diperbaiki. Ketika pemberontakan India 1857, tentera British telah menguasai Taj Mahal dan mencuri batu permata di dindingnya.
Pada penghujung abad ke-19, George Nathaniel Curzon yang menjadi wizurai British di India mengarahkan pembaikan dilakukan yang siap pada tahun 1908. Lampu-lampu besar chandeliar telah dipasang. Seni taman telah diubah mengikut gaya London.
Ketika Perang Dunia II pada 1942, dindingnya rosak akibat serangan udara daripada tentera Jerman. Tentera Jepun juga menjadikannya sebagai sasaran serangan udara.
Ketika Perang India-Pakistan 1965 dan 1971, Taj Mahal turut menerima padah daripada serangan udara.
Pencemaran udara terutama hujan asid daripada kilang penapis minyak Mathura telah menjejaskan warna putih Taj Mahal. Sungai Jumna yang kotor dan tercemar turut menjejaskan keindahan Taj Mahal.
Tapak pelancongan..
Jutaan pelancong datang ke Agra, India semata-mata mahu melihat satu daripada 7 benda ajaib di dunia. Bandar kecil seperti Taj Ganji atau Mumtazabad dibina bagi pembinaan bazar dan pasar serta medan caravan.
2-3 juta orang pelancong datang setiap tahun dan 200,000 daripadanya pelancong asing terutama bulan Oktober, November dan Februari. Hon kereta tidak dibenarkan. Pelancong mestilah berjalan kaki dari tapak meletak kereta dan bas elektrik.
Kontroversi tentang kewujudan Taj Mahal..
Apabila kita baca perenggan-perenggan di atas, tak jauh beza daripada mitos yang kita dengar sejak kecil tentang kewujudan Taj Mahal ini. Akan tetapi sekitar tahun 2002, kewujudan dan mitos Shah Jahan-Mumtaz Mahal ini kembali dipertikai. Ini berikutan menurut sumber arkeologi, rumah agam itu telah wujud sebelum pemerintahan Maharaja Shah Jahan lagi. What??
Ya. Anda tak salah dengar (baca)..
Pada 2002, sekumpulan penganut Hindu mendakwa tapak asas bangunan Tal Mahal ialah kuil Hindu. Purushottam Nagesh Oak (lahir 1917) menyatakan tapak Taj Mahal itu masih ada puing-puing kuil Hindu dan mahu kerja-kerja arkeologi dilakukan.
Pada 2005, Amar Nath Mishra membawa petisyen ke Mahkamah Tinggi Allahabad. Beliau mendakwa Raja Hindu bernama Parmar Dev membina Taj Mahal pada 1196 masihi. Mereka mendakwa Taj Mahal berasal daripada istilah ‘Tejo-Mahalaya‘ iaitu nama lain bagi dewa Shiva.
Bukti-bukti:
- Batu-batu yang diambil di tebing Sungai Jumna telah dibuat ujian tarikh karbon. Hasilnya batu itu 300 tahun lebih tua daripada tempoh pemerintahan Shah Jahan. Ujian itu dilakukan oleh Marvin Miller, ahli ekonomi di New York.
- Johan Albert Mandelso seorang pengembara Eropah yang melawat Agra pada 1638, tujuh tahun selepas kematian Mumtaz Mahal. Beliau tidak menyatakan sebarang kerja-kerja pembinaan Taj Mahal.
- Peter Mundy seorang British melawat Agra pada tahun Mumtaz Mahal mati. Katanya Taj Mahal telah sedia wujud sebelum Shah Jahan berkuasa.
- Beberapa panel pada makam menggunakan lambang Hindu seperti Om dan Swastika.
Dan ini benar-benar adalah satu kontroversi atau ‘plot-twist’ daripada apa yang kita tahu selama ini. Menarik bukan?
Di bawah ini beberapa sudut gambar Taj Mahal yang unik dan cantik:






Walau apa pun kontroversi terhadap bangunan bersejarah yang cantik ini, pengembara-pengembara tegar (‘kaki jalan’) pasti tak akan melepaskan peluang melihat ciptaan enigma ini dengan kepala mata sendiri, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Jadi, tunggu apa lagi? Contact 2290 Musafir untuk pakej dan tawaran menarik ke Taj Mahal, Agra, India.