Fakta umum tentang Perth…
Perth merupakan ibu negeri bagi negara Australia. Ia merupakan bandar terbesar di wilayah Australia Barat. Perth merupakan bandar keempat di Australia yang mempunyai paling ramai penduduk.
Kawasan metropolitan Perth terletak di Darling Range. Ini menjadi tempat tumpuan lepak dan banyak bar-bar serta cafe terbaik boleh anda dapati sekitar kawasan ini. Manakala kawasan pusat perdagangannya pula terletak di sepanjang Sungai Swan (Swan River). Bandaraya terdekat dengan Perth adalah bandaraya Adelaide.
Lokasi Perth terletak 2,716km dari Adelaide, 4,049km dari Darwin, 3,456km dari Melbourne dan 3,972km dari Sydney.
Suhu di Perth…
Secara purata, suhu maksimum di Perth tercatat pada 24.5 darjah Celcius, manakala suhu minimum jatuh sehingga 12.6 darjah Celcius. Pakaian sesuai ketika di Perth? Di nasihatkan untuk pengembara musim bunga di Perth bawa baju tebal sedikit daripada biasa, risau anda kesejukan.
Empat Musim di Perth, Australia…
Jika anda merancang untuk bercuti ke Australia, cuba lihat dahulu musim-musim yang ada di Australia dan waktu sesuai melawat mengikut kehendak musim yang anda ingini.
- Musim Panas (Summer) pada bulan December hingga Februari setiap tahun
- Musim Luruh (Fall) pada bulan Mac hingga May setiap tahun
- Musim Sejuk (Winter) pada bulan Jun hingga Ogos setiap tahun
- Musim Bunga (Spring) pada bulan September hingga November setiap tahun
Tempat terbaik menyaksikan musim bunga di Perth…
Perth antara 5 bandar terbaik dunia untuk musim bunga selepas Jepun. Terdapat berpuluh-puluh Flower Festival yang disajikan untuk pengunjung, antaranya adalah
King’s Park Festival, (a.k.a Wildflower Festival)
Tulip Time Festival di Southern Highlands
Lilac City Festival di Goulburn
Australian Springtime Flora Festival di Gosford
Jaracanda Festival di Grafton
Leura Garden Festival di Blue Mountains
Tesselaar Tulip Festival di Victoria
Wildflower Festival di Royal Botanic Garden Granbourne
Carnival of Flowers di Toowoomba, Queensland
Tulip Festivals di Hobart’s Royal Tasmanian Botanical Garden dan di Wynyard Northwest Launceston
Aktiviti pada musim bunga di Perth…
Musim bunga adalah musim yang amat sesuai untuk melakukan hampir kesemua aktiviti samaada ‘indoor’ mahupun ‘outdoor’.. anda boleh berkelah, mendaki bukit, berbasikal, berjalan di taman-taman awam, mengadakan barbeque di bahagian ‘backyard’ belakang homestay yang anda duduk, paragliding atau ‘food marathon’ di kafe-kafe berdekatan bandar metropolitan di Perth.
Have a safe, happy journey to Perth, Australia..
all photos credited to Google Image