China Japan Tip Bercuti

Tips Melancong ke Negara China Ketika Musim Sejuk.

Negara China bukanlah destinasi pelancongan popular di kalangan pelancong yang ingin mencari aktiviti ketika musim sejuk. Namun begitu,tahukah anda, di Negara China terdapat beberapa cerun ski yang boleh dinikmati dan menyeronokkan?

Apa yang lebih utama, melancong ke Negara China ketika musim sejuk adalah sangat berbaloi kerana ia mengurangkan kesesakkan dan ternyata mengurangkan kos perbelanjaan!

Negara China mempunyai tarikan tersendiri ketika musim sejuk seperti Festival Musim Sejuk yang terbaik didunia. Ia mempunyai Kawasan musim sejuk yang dingin dan indah.

7513
Credit pic: Euromic

Seperti yang dinyatakan tadi, ia merupakan “low season” bagi aktiviti pelancongan yang menjadikan harga barangan dikurangkan dari biasa untuk menggalakkan perbelanjaan luar musim. Ia bermula pada bulan November dan berakhir pada awal March. Jadi, jika anda bercadang untuk membeli-belah di Negara Tembok Besar ini, musim sejuk ialah waktu yang terbaik.


Diskaun Hebat oleh Hotel dan Syarikat Penerbangan

Airline-Ticket-and-Hotel-Deal
Credit pic : Google Image

Apa maksudnya ni ? Kebanyakkan hotel dan syarikat penerbangan akan menawarkan tawaran hebat untuk menarik pelanggan,bahkan sesetangah daripada mereka akan menawarkan potongan sehingga 80% dari harga asal. Menarik dan menjimatkan bukan?


Musim Sejuk dengan Taburan Hujan yang Kurang

frost-1946519_1280
credit pic: TheUjulala

Jika anda menggemari cuaca yang kering dan tidak panas, musim sejuk di China adalah yang terbaik utnuk anda kerana musim sejuk di China ialah berkeadaan waktu paling kering di seluruh China, terutamanya di kawasan utara. Umum mengetahui, salji di Negara China agak lambat berbanding negara jiranya seperti Jepun dan Korea.


Musim Sejuk di Timur Laut Negara China

32a93132d92948928e36ce4739678548_6
credit pic: aljazeera

Jilin, yang terletak di Timur Laut Negara China ialah kawasan paling sejuk, beku dan bersalji. Ia juga mempunyai musim sejuk paling panjang dalam kesemua wilayah di Negara China. Wilayah Heilongjiang yang bersempadan dengan Rusia di mana ibukotanya ialah Harbin dikenali sebagai bandar ais atau “ice city” mempunyai suhu purata -12 darjah celcius pada waktu siang dan lebih sejuk dan beku ketika malam menjelma.


Musim Sejuk di Utara Negara China

maxresdefault
credit pic: youtube

Beijing dan Xian mengalami musim sejuk yang kebiasaanya kering dan panjang. Musim sejuk di Beijing bermula pada awal bulan November sehingga bulan Mac. Suhu puratanya berada di adalah di bawah tahat pembekuan, tetapi waktu siangnya cerah dan sempurna untuk bersiar-siar.


Musim sejuk di Kawasan Tengah dan Selatan Negara China

shutterstock_168310118
credit pic: shutterstock

Shanghai mengalami cuaca yang lebih ringan daripada Beijing. Musim musim sejuknya bermula dari  Disember hingga Februari. Ia mengalami musim sejuk yang lembab, tetapi terdapat sedikit salji dan hari yang mendung. Suhu biasanya kekal di atas takat beku, tetapi akan berasa lebih sejuk kerana kelembapan.

Jadi, anda bercadang menikmati msim sejuk di China? Ia pasti sesuatu yang berbaloi untuk anda cuba, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Jauh perjalanan, luas pemandangan!

1 comment

Leave a Reply to misscosmics Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: