Tip Bercuti

7 Tips Penting Jika Travel Dengan ‘Flight’

silhouette of airplanes
Photo by Pixabay on Pexels.com

Pergi bercuti semestinya membuat kita teruja akan tetapi jangan lupa ambil langkah berjaga-jaga dan persiapan yang rapi. Ikuti 7 tips ringkas di bawah ini.


Tips No. 1: Datang Awal Ke Airport

person pulling travel luggage
Photo by rawpixel.com on Pexels.com

Cuba datang awal ke airport untuk mengelakkan beratur panjang dan berdiri lama terutama semasa ‘baggage drop‘. Lagi pula, kalau kita lambat sampai, ada sesetengah airplane akan mengenakan denda kepada penumpang yang lewat menaiki pesawat. Selain dari itu, ada beberapa prosedur yang memakan masa seperti pengesahan passport, pemeriksaan bagasi dan body scanning. Jadi kalau tiba awal, tak lah kelam kabut untuk lengkapkan kesemua prosedur asas lapangan terbang sebelum bertolak.


Tips No. 2: Timbang/Ukur Bag Sebelum Keluar Rumah

man wearing distressed denim pants holding multicolored backpack
Photo by nappy on Pexels.com

Hand carry luggage mestilah tidak melebihi 7kg untuk penerbangan AirAsia. Untuk drop baggage pula, ikut berat dalam resit beli tiket tu. Biasanya 20kg untuk normal luggage per person. Ada juga 30kg atau 40kg, tetapi kena tambah bayaran la. Lebihan berat akan dibayar ikut kilogram. Kalau boleh, jangan isi penuh 7kg/20kg tu semasa bertolak kerana sewaktu pulang nanti anda mesti nak bawa balik sebarang cenderahati atau buah tangan atau extra pakaian yang anda beli nanti kan? So, be smart.


Tips No. 3: Kecilkan Size Packing Cecair Mandian, Wangian atau Kosmetik Anda

assorted perfume bottles
Photo by rawpixel.com on Pexels.com

Kenapa? Dalam pesawat, tekanan udara tinggi. Jadi, kita dinasihatkan bawa barang cecair seperti mandian, shampu, ubat gigi, mouthwash, body oil, wangian, toner, pelembab, perapi dan sebagainya dalam bentuk miniature. Selain daripada faktor ini, arahan demikian boleh bantu kita menjimatkan ruang bagasi kita dengan membawa barang-barang dalam kuantiti yang diperlukan sahaja semasa berada ditempat percutian kita.


Tips No. 4: Beli Makanan Bersama Beli Tiket (AirAsia)

Image result for flight meal
Photo by inflightfeed

Jika perjalanan melebihi satu jam, pastinya perasaan lapar akan menghimpit perut kita dalam ruangan sempit dan terhad seperti kabin Air Asia tu. Jadi, jika anda seorang yang tidak tahan lapar, eloklah ambil set makanan sekali semasa membeli tiket. Elakkan membeli secara langsung di dalam pesawat kerana harganya lebih mahal malah bahkan kuantitnya terhad. Bila mana troli pramugari tu sampai pada anda, boleh jadi nasi lemak rendang kegemaran anda telah pun habis! Selain dari itu, jualan merchandise juga terdapat dalam penerbangan. Topi, keychain, flight miniature juga terdapat dijual.


Tips No. 5: Rancang Perjalanan Anda Dari Rumah ke Airport

reflection of tram in puddle
Photo by Kaique Rocha on Pexels.com

Ramai yang ambil mudah akan perkara ini dan merancang pada saat-saat terakhir. Silap langkah, anda mungkin terlepas pesawat. Jadi, penting untuk anda dan rakan-rakan atau kumpulan perjalanan anda merancang dengan baik pergerakan anda dari rumah menuju ke airport.

Adalah suka diingatkan kawasan letak kereta berhampiran atau di dalam lapangan terbang memang ada disediakan tetapi sudah pasti cajnya sangat mahal mencecah RM30 hingga RM80 satu hari jadi bayangkan sahaja anda tinggalkan kereta untuk 4 hari, anda dah boleh dapat tiket satu hala ke Krabi! Begitu juga jika letak di kawsan larangan, kereta akan dikompaun hingga RM300 mahalnya. Jadi, ambil tahu laluan tren atau keretapi yang boleh anda gunakan untuk ke airport. Atau untuk lebih mudah, berpakat ramai-ramai, ambil GrabCar. Jika rumah anda disekitar Klang Valley, GrabCar ada flat rate RM65 ke KLIA (tidak termasuk tol). Kalau nak jimat lagi, minta adik atau kakak atau sepupu hantarkan. Lagi senang.


Tips No. 6: Pergi Tandas Siap-Siap

gender
Photo by Hafidz Alifuddin on Pexels.com

Memang dalam pesawat ada disediakan tandas tapi ada setengah pesawat laluan sempit malah kena tunggu giliran kerana penumpang ramai. Jadi semasa menunggu di ruang menunggu tu, ambil masa untuk selesaikan segala hajat yang ada supaya anda mendapat perjalanan yang tenang dan selesa.


Tips No. 7: Dengar dan Ambil Perhatian

man architecture london kings cross
Photo by Negative Space on Pexels.com

Jangan terlalu mengadap komputer riba atau telefon pintar. Latih mata dan telinga anda untuk sentiasa mendengar pengumuman atau membaca papan tanda elektronik kerana kadang kala terdapat kelewatan pesawat atau kehilangan anak atau orang tua yang bersama-sama dengan anda. Boleh jadi anda terlalu leka sehingga menyebabkan anda terlepas penerbangan atau kehilangan anak kecil.


Lain-Lain Tips:

Tukar Matawang Secukupnya (Jika Bercuti Di Luar Negara)

abundance achievement bank banknotes
Photo by Pixabay on Pexels.com

Tips untuk tukar wang di money-changer, setiap hari Rabu dan Khamis biasanya matawang akan lebih murah berbanding hari-hari lain. Tempat yang paling murah dalam Lembah Klang antaranya termasuklah Pavillion sebelah Watson, Mid Valley Megamall, IOI City Mall Putrajaya di ground floor. Jika anda ada tahu tempat lain yang lagi murah, sila tinggalkan nama tempat tu di ruang komen ya.

Sentiasa Awasi Bagasi Anda

brown leather duffel bag
Photo by nappy on Pexels.com

Perlu diingatkan, peristiwa atau kejadian keldai dadah bukan cerita dongeng dan ramai yang sudahpun menjadi mangsa terpenjara bertahun-tahun lamanya walaupun tanpa bukti yang kukuh jadi penting untuk anda sentiasa berwaspada, jangan tinggalkan bagasi anda tanpa pengawasan, awasi gerak geri orang sekeliling, dan berhati-hati jika anda tiba-tiba didatangi orang yang tidak dikenali untuk bertanya sesuatu atau meminta bantuan. Minta mereka pergi kepada concierge, customer service atau polis bantuan sahaja. Bukan kerana anda orang yang tidak baik tetapi kerana kita tak pasti samaada mereka ada niat jahat terhadap anda.

 

1 comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: