Eropah

Cerita Ladang Tulip Keukenhof, Netherlands

Rasa familiar dengan gambar bunga tulip yang memukau pandangan di Netherlands? Jom kita singkap cerita di sebalik ladang bunga paling popular di dunia!

garden-1093681_1280
credit photo:skeeze

Sejarah Keukenhof

Keukenhod yang terletak di Lisse, South Holland, Netherlands juga dikenali sebagai “Garden of Europe”. Sejarah Keukenhof bermula pada abad ke-15. Ladang Keukenhof dibina pada tahun 1641 dan ianya berkembang merangkumi kawasan seluas lebih 200 hektar.

Arkitek landskap Jan David Zocher dan anaknya, Louis Paul Zocher, yang juga merancang Vondelpark Amsterdam telah mengubah reka bentuk ladang Keukenhof pada tahun 1857. Taman itu, dalam gaya landskap Inggeris, masih menjadi asas kepada Keukenhof.

tulip-3345355_1920
credit photo: MabelAmber
garden-3345970_1920
credit photo: MabelAmber

Pada tahun 1949 sekumpulan 20 orang petani dan pengeksport bunga terkemuka datang dengan rancangan untuk menggunakan ladang itu bagi mempamerkan bunga tulip sebagai tanda kelahiran Keukenhof sebagai taman musim bunga.

Taman ini membuka pintu kepada orang ramai pada tahun 1950 dan merupakan kejayaan segera, dengan 236,000 pelawat pada tahun pertama sahaja. 2019 akan menjadi Keukenhof edisi ke-70, dengan “Power Flower” sebagai temanya. Sepanjang 69 tahun Keukenhof telah berkembang menjadi daya tarikan yang terkenal di dunia.

tulip-3379470_1920
credit photo: virginie-l

Masa Lawatan

Pada tahun ini (2018) Keukenhof telah dibuka dari 22 Mac hingga 13 Mei 2018, manakala perarakan bunga telah diadakan pada hari sabtu, 21 April 2018

tulips-1235731_1920
credit photo: Ellen26

Ingin menikmati lautan bunga yang cantik dan berwarna-warni di Keukenhof ini ? Sertai 2290 Musafir dalam menjejak keindahan lautan bunga di sana!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: