Anda peminat ramen? di Kuala Lumpur, ramen yang anda makan telah diolah dari rasa asal? Kalau begitu, say no more! Tempah tiket kapal terbang anda sekarang, kita akan ke Jepun dan menyerbu tempat makan ramen yang terkenal, rasa yang asli, dan yang penting, diyakini HALAL.
Shinjuku Gyouen Ramen Ouka (Tokyo)
Restoran ini antara restoran halal yang terkenal di Tokyo. Manager dan staf restoren ini dipercayai beragama Islam dan sangat ramah serta boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Terletak berdekatan Shinjuku Gyoen Park, kebiasaannya penuh dengan pelanggan pada waktu makan tengah hari jadi anda dinasihatkan telefon dulu dan buat reservation lebih awal.
Address: 1-11-7 , Shinjuku, Tokyo, 160-0022 Japan (Halal certified, owner/staffs are Muslim, all meats used are halal, uses separate utensils for Halal dishes.)


Naritaya (Tokyo, Miyagi, Kyoto)
Restoren Naritaya mempunyai tiga cawangan seluruh Jepun dan merupakan sebuah restoran dibawah naungan syarikat pengeluar mi yang menghasilkan mi sendiri untuk restoren-restoren dibawah kelolaan mereka. Naritaya sangat terkenal di kalangan pelancong asing. Restoren ini mendapat pengiktirafan halal untuk ketiga-tiga cawangan jadi jangan risau untuk menikmati ramen kegemaran anda di sini.
Address in Tokyo: 2-7-13, Taito, Tokyo, 111-0032 Japan (Halal certified, owner/staffs are Muslim, all meats used are halal, uses separate utensils for Halal dishes, prayer space available, alcohols are served.)
Address in Miyagi: 981-0914, Sendai, Miyagi (Halal certified, owner/staffs are Muslim, all meats used are halal, Halal dishes available upon request.)
Address in Kyoto: 1F Ability Gion 424 Rinka-cho, Kyōto (Halal certified, owner/staffs are Muslim, all meats used are halal, menu labelled halal, Halal dishes available upon request.)


Kaijin Ramen (Tokyo)
Restoren Kaijin telah beroperasi lebih 8 tahun dan terkenal dengan 100% ramen berasaskan ikan. Walaupun mereka tidak mendapat pengiktirafan halal, juadah yang mereka sediakan tidak mengandungi sebarang daging khinzir ataupun alkohol. Untuk topping, pengembara Muslim dinasihatkan untuk menukar daripada topping ayam kepada topping udang tempura kerana ayam mereka tidak disembelih secara halal.
Address: Sanraku Building 2F, Shinjuku 3-35-7, Shinjuku, Tokyo (Seafood only menu is available, meat and chicken is not halal, some non-Halal dishes are served, alcohol are served.)



Ramen Honolu (Osaka & Tokyo)
Ramen Honolu terkenal dengan sup yang pedas dan rasa umami. Memang terbaik kena dengan selera lidah orang Malaysia. Selain ramen, mereka ada menu halal popular seperti Gyoza from Nikkoken dan Roasted Chicken. Kakitangan restoran ini kesemuanya Muslim dan mereka boleh bertutur Bahasa Inggeris, Bahasa Indonesia, Bahasa Perancis dan Bahasa Itali. Jadi tak perlu susah-susah guna penterjemah untuk memesan makanan!
Address in Tokyo: Ebisuminami, 1 Chome−23−1, Shibuya-ku, Tōkyō-to (Halal certificate is visible, owner/staff is Muslim, all meats used are Halal.)
Address in Tokyo: Nihonbashikobunachō, 4−9, Chūō-ku, Tōkyō-to (Halal certificate is visible, owner/staff is Muslim, all meats used are Halal.)
Address in Osaka: Motomachi, 2-5-27, 1F, Osaka-shi, Naniwa-ku, Osaka (Halal certificate is visible, all meats used are Halal, uses separate utensils for Halal dishes, alcohols are served.)


Torisoba Ayam Ya (Kyoto & Tokyo)
Cawangan Torisoba Ayam Ya di Kyoto hanya terletak berdekatan Kyoto Station. Anggaran 10 minit berjalan kaki. Uniknya restoren ini mereka menggunakan sistem tiket bernombor menggunakan mesin untuk memesan makanan. Jangan bimbang, mesin mereka ada alih bahasa ke bahasa Inggeris ye. Cuma, kalau anda jenis makan ‘portion’ besar, dinasihatkan pesan dua mangkuk ramen kerana porsi nya agak kecil.
Address in Tokyo: 4 Chome−10−1 Yamada Building, Taitō-ku, Tōkyō-to (Halal certificate is visible, all meats used are Halal, owner/staff are Muslim)
Address in Kyoto: Mikatakonyacho 2-1-11, Shimogyo Ward, Kyoto ( Halal certificate is visible, all meats used are Halal, menu labelled Halal)


Nikkoken (Tochigi)
Nikkkoenpopular dengan hidangan Halal Gyouza. Isi dalam diperbuat daripada tempeh. Ya, tempeh yang selalu orang Malaysia/Indonesia makan bersama Ayam Penyet tu. Disebabkan menu ni sangat sedap, terkenal dan disukai ramai, ada restoran lain yang buat ‘dropship’ menu ini, diambil dan dijual pula direstoren mereka untuk menarik pengunjung.
Kepakaran mereka atau menu istimewa yang mereka hasilkan yang wajib anda cuba adalah Miso Ramen dan Beef Tongue Ramen (ya, lidah lembu, saya tak salah ejaan.) Restoren ini terletak di hadapan Sano Station, Tochigi.
Address: Wakamatsucho, 138, Sano, Tochigi (Halal dishes are available upon request, some non-Halal dishes are served, uses separate utensils for Halal dish)


Shin-Yokohama Rāmen Museum Restaurants (Yokohama)
Ia terletak di dalam Ramen Museum di Yokohama. Ha, ini restoran wajib untuk penggemar tegar ramen. Untuk masuk ke museum perlukan anda untuk membayar 300 yen dan di dalam terdapat pelbagai kedai ramen. Di dalam nya juga ada satu booth bernama My Ramen yang membolehkan pengunjung mengadun sendiri ramen mereka.
Ada 4 restoren yang menghidangkan vegan ramen dan non-pork ramen menu yang anda boleh cuba iaitu Ryu Shanghai Honten, Muku Zweite, Komurasaki, Shina Soba-ya dan Nidai-me Genkotsu-ya.
Address: 2-14-21 Shinyokohama, Kohoku Ward, Yokohama, Kanagawa (Vegetarian menu is available)



T’s Tantan (Tokyo)
Ini merupakan sebuah restoren ramen vegetarian dan terletak dalam Tokyo Station. Kepakaran mereka adala ramen seperti Gyouza dan Karaage yang disajikan bersama ‘fake-meat’ yang diperbuat daripada soya.
Address: Marunouchi 1-9-1 Keiyo Street, Chiyoda, Tokyo (Vegetarian menu is available)


Ittoryu (Oita)
Ittoryu merupakan restoren ramen ‘muslim-friendly’ yang terletak di Oita. Walaupun mereka menghidangkan menu tidak halal, mereka menggunakan peralatan dan perkakas berasingan untuk menu halal. Chopsticks yang mereka gunakan pun di asingkan untuk pengguna Muslim.
Address: 15, 1, Beppu-shi, Ōita-ken (Halal certified, some non-Halal menus are served)


Naramachi Jinniyah (Nara)
Ini antara halal restoran yang pertama dibuka di Nara. Baru beroperasi pada March 2016 di Naramachi Shopping Centre. Restoren ini uniknya bangunan mereka masih mengekalkan ciri-ciri tradisional Jepun yang berusia lebih 90 tahun. Meja dan kerusi yang digunakan juga diperbuat daripada kayu Nara Cedar.
Mereka menjual tiga jenis ramen iaitu Halal Ramen Jin, Halal Ramen Jinniyah dan Halal Ramen Naramachisou. Harga juga tidak mahal sekitar 800 – 1700 yen sahaja.
Address: 28-34 NARAMACHI-SOUQ, Minamijoudo-cho, Nara-shi, Nara (Halal certified, menu labelled Halal, only chicken is Halal)


*Disclaimer: The halal tips provided in this article are contributed by Halal Navi’s user. Readers are advised to reconfirmed with the restaurant owner.
credit: halal navi