Eropah

Cantiknya Switzerland! – Kota Dengan ‘Living Standard’ Tertinggi di Dunia

Image result for Zurich
Photo by The Most Perfect View
https://i0.wp.com/glam.my/wp-content/uploads/2015/12/Switzerland.jpg
Photo by Switzerland Tourism

Zurich & Bern

Zurich, kota terbesar negara ini juga pusat kewangan yang menempatkan banyak ibu pejabat bursa saham tempatan dan antarabangsa. Di sini juga terletak markas utama FIFA. Walaupun begitu, Zurich bukan lah ibu negara bagi Switzerland, sebaliknya kota Bern adalah ibu kota negara cantik ini.

Image result for Zurich
Zurich. Photo by Ironman Triathlon

Zurich adalah kota tua Eropah yang menggabungkan kisah silam dengan kehidupan hari ini. Berjalan-jalan di Zurich anda dihidangkan dengan deretan seni bina lama tetapi disegarkan dengan gedung dan muzium dengan seni bina moden dan kontemporari. Kota ini selain terkenal dengan keindahan alam, turut menjadi simbol kota metropolis.

Related image
Zurich. Photo by linfodurable.fr

Zurich aktif dengan kehidupan malam dengan kehadiran hampir seratus kelab pada hujung minggu dan turut menjadi tumpuan pencinta gastronomi dengan bar melebihi 500 dan restoran berjumlah 1500. Bagi insan seni,  Zurich memiliki 50 muzium dan hampir seratus galeri seni.

https://www.luxos.com/media/k2/items/cache/5f552e45c33b0a21129c8050525f117b_XL.jpg
Photo by Luxos

Sistem pengangkutan Switzerland sungguh efisien. Bayangkan hanya dengan satu pas, Swiss Pass Rail Europe anda boleh ke mana-mana sahaja tidak kira dengan keretapi, bas ataupun bot.

https://i0.wp.com/glam.my/wp-content/uploads/2015/12/ISS_3445_01662xx.jpg
Bern

Bern. Ibu negara Swizerland yang diiktirafkan sebagai UNESCO World Cultural Heritage sungguh mempesona. Kota tua bersejarah beratus tahun dengan seni bina lama dikepung sungai jernih dengan latar gunung berlitupi salji.

Related image
Bern. Photo by Jivamukti Yoga

Bern memnampakkan landskap kegemilangan era Medieval dan Renaissance. Bangunan diperbuat daripada batu pasir, lorong-lorong sempit berbatu buntar (cobbled alleyways), menara jam tua, dan dataran lapang dengan kolam seakan perigi.

Image result for Bern
Photo by The Travelista

Sekilas di Lausanne

https://i0.wp.com/glam.my/wp-content/uploads/2015/12/ISS_3445_01650xx.jpg
Lausanne

Lausanne agak tinggi dan seluruh kota menghadap Tasik Geneva dengan latar puncak pergunungan Swiss dan Perancis. Oleh kerana kedudukannya yang agak tinggi membuat penduduk di sini menggunakan khidmat tram dari satu tempat ke satu tempat lain.

Image result for Lausanne
Lausenne. Photo by Eurocentres

Ladang Anggur Lavaux

Image result for Lavaux
Photo by French Today

Ladang anggur Lavaux adalah salah satu tempat yang paling menakjubkan di sekitar Lake Geneva. Kebun-kebun anggur merangkumi hampir 30 kilometer (18.6 batu) di sepanjang tebing tasik, dan mereka telah digunakan sejak zaman Rom, sejarah yang terkenal yang mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Image result for Lavaux
Vineyard terraces of Lavaux. Photo by Pockets of Geneva

Sehingga hari ini, ladang anggur masih menghasilkan beberapa wain terbaik Switzerland. Anda boleh melawat ladang anggur dengan mudah dari mana-mana bandar dan bandar di sepanjang Lake Geneva.

Image result for Lavaux grapes
Lavaux grapes. Photo by robertharding
Image result for Lavaux grapes
Picking that fresh grapes. Photo by loving switzerland
Related image
Ladang anggur Lavaux. Photo by Never Stop Traveling

Udara Segar Banjaran Alps di Montreux

Montreux, sebuah bandar dipersisiran tasik Geneva yang cantik dan bersih yang serba serbinya elit dan mahal.

Related image
Montreux. Photo by renatures

Selain pemandangan banjaran Alps dan kawasan bukit bukau yang mempersona, panorama tasik yang cantik lagi bersih seperti di Montreux dan Geneva juga cukup mendamaikan. Kedua-dua bandar ini berkongsi tasik yang sama (Lake Geneva), cuma bezanya lokasi Montreux di hujung timur tasik dan Geneva pula terletak di hujung barat tasik.

eurotel_montreux-montreux-aussenansicht-13-12793.jpg
Montreux. Photo by hrs.com

Montreux dikatakan lebih mempesona berbanding dengan Geneva sebabkan pemandangan tasik yang berlatarbelakang kawasan pergunungan jelas kelihatan di Montreux tetapi berbeza dengan Geneva dimana hanya pemandangan tasik yang dapat dilihat walaupun berkongsi tasik sama.

Image result for ada apa di Montreux
Banjaran Alps at the background. Photo by booking.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: